Monday, May 25, 2009

gembira kot

hujung minggu yang sibuk dan tiada istilah untuk berehat. keseronokan kursus semalam masih dalam ingatan dan rasanya inilah kursus yang paling happy dari kursus2 yg sebelum ni." kursus pemasaran dan promosi".

em aku akan bertugas ke sabah tuk program TADAU KEAMATAN di sana. bestnya.... tak sabar rasanya nak ke sana. bagus juga bos aku hantar aku ke sana. alamat rentung dan hitamlah aku kat sana nanti... pe pun kerja tetap kerja dan apa yang penting? kerjasama...hehehehe

Saturday, May 16, 2009

windunya KL

bosannya kat sini, nasib line free kat sni.wakakakaka.windunya kl...hehehhe.kalu org lain mesti nak lari dr kl, aku lak....rindu lak kat kl.apada....tak sabarnya mau bis bengkel ni...

Wednesday, May 13, 2009

tak pernah habis episod II

kerja2....
tak abis lagi kerja2 aku yang lain dah aku terima lagi 2 kerja lagi. adei, masa manalah aku nak dapat rehat dan bercuti ni. muka aku, rambut aku pun dah tak terurus dibuatnya. memikirkan dan membuat kerja2 aku yg tak abis lagi. episod 2 ni aku nak kongsi pasal aku dapat kerja baru bukan satu tapi 2.wakakakak bestnya hidup aku ni, agaknya idup tuk semata mata menerima kerja. jadi janganlah anda menunjukkan yg diri anda seorang yang best atau rajin2 membuat kerja. kalau tidak anda akan menjadi sebahagian daripada aku dan teman2 yg tak berhenti tuk bekerja. agaknya bila jantung aku dah berhenti barulah aku stop dari membuat kerja, tu pun aku terfikir sapalah yang nak buat kerja aku sebab aku tak wat serah tugas masa tu.wakakaka memang hampeh jawapan aku.

nak dipendekkan cerita aku kena siapkan 9 tugas dalam 1 masa yang sama dan terdekat giler. cam mana ek, sabtu sampai ahad ni aku bekerja juga tapi aku tak ada di KL sampai isnin. lokasinya tak perlulah aku jelaskan sebab sapalah yg nak amik tau kan. hahahaha.aku akan kongsi bila aku balik nanti.

ujan semakin lebat kat luar sana, dan faham2 lah keadaan d ofis aku masa ni, sejuk giler cam musim sejuk kat london plak.heheehhe
dan tuk pengetahuan korang aku dan seangkatan yg ada dah mula beku. sejuk2 gini perubahan yg ada kat aku pertamanya, kuku warna biru tak yah pakai pewarna, tangan aku jd kecut tak yah rendam ngan air lelama, mata aku jadi berat tak yah makan ubat tidur,dan perut aku akan bergema tandanya menanti air panas masuk ke dalamnya. huhuhu nak dijadikan cerita di sebelah aku sudah tersedia secawan milo panas tanpa gula yg menyelerakan.nyam2....nikmatnya
hilang sikit beban di kepala aku.

otak aku terfikir pula akan 2 anak ninja yg kat umah tu, mesti tertunggu tunggu aku balik. so sweet, bila aku bersama diorang aku rasa hepy sangat walaupun hanya untuk seketika bersama aku. yer lah bukan aku punya pun, apa pun thanks sebab bagi aku peluang untuk mengingati dan mengabadikan rasa rindu aku pada arwah senja dan mega. cuma yang lebih menyedihkan aku bila aku pergi bertugas di luar nanti, siapalah yang akan jaga diorang? aku tak pernah rasakan mereka menyusahkan aku, cuma org yang menyalah ertikan maksud aku.

huh sedih plak rasanya. untuk memberi kepercayaan dan kefahaman kepada seseorang manusia bukan sesuatu yang mudah dan berkesan. melainkan kalau seseorang itu mempunyai minda yg terbuka, kematangan dalam pelbagai aspek dan seorang yang penyabar dan bebas daripada ancaman anasir2 liar. manusia mudah untuk mengajar org lain untuk menjadi yg terbaik, tetapi hakikatnya apa yang dikongsikan tidak diterjemahkan dengan baik khasnya untuk diri mereka sendiri.

em apalah yg cuba aku sampaikan di sini, entahlah.apa yg terfikir tulah yg aku keluarkan. apa pun aku telah mencuba untuk menjadikan diri aku yang terbaik antara yang terbaik. cukuplah aku pernah menjadi seorang yang bodoh dalam membuat tindakan dan keputusan. mungkin ianya tidakkan berulang lagi dengan perancangan dan penelitian yang bersistem aku takkan jadi seperti dulu.

doaku pada petang asar yang dingin ni, agar aku berpeluang mencari masa tuk diri aku
sendiri. amin

tak pernah habis

Semalam aku balik awal sedikit dari yang sebelumnya. agak pelik sedikit kerana jalanraya yang menjadi rutin laluan aku tak sesak seperti kebiasaannya. menerima cadangan teman2 untuk mencari tempat bagi mengisi kekosongan perut aku akhir2 ni yang semakin susah menerima makanan. selepas maghrib atau isyak baru we all akan keluar. seperti biasa aku akan wat apa2 yang patut, dan tunggu punya tunggu sampailah aku tertidur dan dikejutkan dengan panggilan. aku sendiri tak sedar aapa yang aku cakap dan aku kembali terlena. jam 4.30 pagi aku terjaga untuk mencari air,terasa kehausan dengan kepanasan cuaca sekarang ni. sempat juga aku capai tel bimbit dan tertera 1 msg telah masuk dan aku membukanya, hahahahha rupanya temanku memberi tahu tak jadi untuk keluar kerana keadaan tidak mengizinkan sebab kerja tak abis lagi. apa lagi aku menyambung semula lenaku sebelum terjaga jam 6.45 pagi.

dan untuk pagi ini, aku mengenakan sepasang kurung bertemakan kuning dan oren. em tak tau kenapa aku rasa nak pakai baju yg setelah lama aku simpan ni. mungkin faktor warna membuatkan kita akan ceria, tapi aku rasa biasa jer. tak tau apa yg berserabut kat otak aku sejak kebelakangan ini. perut aku berkeroncong untuk kesekian kalinya mintak diisikan sesuatu, jam menunjukkan ke angka 9 suku pagi, macam tak sempat tuk aku bersarapan. sehelai surat pangggilan meeting ada ditangan aku dan aku terpaksa melupakan seketika keroncong yang aku alami.

tuk tak tuk tak...keting....bunyi kasut aku menuju ke lif tuk pegi meeting. sampainya aku di sana, kosong, sunyi seperti tiada apa2 yang berlaku.
" kak, ada ke meeting pagi ni?" aku bertanya dengan muka aku yang sedikit kecewa.
" tunda jam dik, sebab pengerusi ada mesyuarat lain."

fuh dengan berkat kesabaran yang ada aku kembali semula ke lif, jangan tak tau aku merungut habis dah tau ada meeting, wat pelah diorang wat time yg sama. banyak lagi time yg ada.ntah lah, keroncong aku semakin bergema dan aku melangkahkan kaki aku ke floor yg menjadi tempat persinggahan aku untuk sarapan. sekadar tuk melapik perut, ok lah.

kembali semula ke bilik aku, otak aku mula menunjukkan kesemakan dengan paper2 yg ada di meja aku. aduh...semakin banyak dan banyak, tak tau aku nak mulakan yg mana. memang tak pernah abis...disebabkan kerja aku yg tak habis ni lah manusia disekeliling aku menjauhkan diri daripada aku. entahlah, memang susah nak menyakinkan mereka. terpulanglah untuk memahami ataupun tidak. dan aku tetap akan teruskan kerja yg tek pernah habis ni demi menggembirakan orang disekeliling aku. dan aku akan cuba mencari ruang untuk aku mencari diri aku semula.insyallah akan ada

Monday, May 11, 2009

?

siapalah aku untuk menjadi yang sempurna dimatanya
dan siapalah aku untuk jadi yang terbaik dimatanya

oldtown punye citer


ni lah tempat yg aku suka lepak. kalu bukan bersama rakan2, aku suka g walaupun sendirian. cukuplah bertemankan laptop bila bersendirian n pekena oldtwn whtecofee dah memadai tuk aku melepak di situ. em suka mencari story2 yg leh aku kongsikan pd rakan2 yg sudi bersama aku. mencari kepuasan tuk diri sendiri, kepuasan idea2 tuk di bawa ke kerja n mcm2lah pendek katanya.

kalau nak dijadikan cerita yg tengah hot di oldtwn lokasinya tak dapat aku nyatakan disini, maaf,semakin ramailah manusia2 yg ada di situ tuk mengambil kesempatan mencari manusia2 baru tuk dijadikan rakan kongsi perniagaan. boleh dikatakan macam MLM lah kiranya. em tuk menarik perhatian seseorang tuk menjadi kaya n rakan kongsi yg baru pendek kata situlah antara tempat yg diorang pilih tuk berbisnes. berderetanlah kereta2 yg besar, canggih dan macm2 lagi tuk menarik perhatian manusia yg baru nak join bisnes. nak dijadikan cerita, manusia2 baru ni akan dilayan dengan baik sekali, cakap jer nak makan apa...semua dibayar dan ditanggung beres.hehehee lucu situasi tu semua.

kadang2 melihat juga kepada kebodohan2 mereka2 dan mungkin jua diri aku sendiri.
tuhan takkan menjadikan seseorang itu kaya dengan semudah yg disangka. pada yang belum melangkah ke alam itu, bersedialah untuk tidak melibatkan diri anda jika anda buakan seorang yang kuat.

melihat pula adegan2 pasangan yang bercinta, ada juga story yang membuatkan aku kadangkala suka dan kadangkala jijik dan menyampah. dalam erti kata perempuan sebenarnya. kadang kala aku malu pd kaum aku sendiri. yang begitu mudah dan merelakan diri mereka sendiri dijadikan begitu. aku tidak menyalahkan kaum lelaki itu sendiri, memang dah jadi lumrah kadang kala kaum lelaki suka mengambil kesempatan. dan apakah tindakan kita sebagai kaum hawa. hanya merelakan, tanda SAYANG?

melihat persekitaran2 di situ, terlalu ramainya pekerja2 luar yg ada disitu. aku tak salahkan mereka, kalau mereka bekerja di situ. memang mereka rajin, berusaha, kuat semangat, berkeyakinan diri sehingga sanggup tinggalkan keluarga dan negara diorang sendiri semata-mata tuk mencari rezeki yang halal. AKU TAK SALAHKAN MERERKA!! tahu kenapa? soalan aku apakah yang anak melayu buat? Masyarakat mencemuh pada negara kita kerana banyaknya pendatang luar yg bekerja di sini. sedangkan masyarakat Malaysia sendiri byk yg jadi pengganggur. pikir sendiri, masyarakat kita mahu ke bekerja sebagai buruh kasar, kilang, kedai2, pam minyak, atau apa2 jelah? jawapan aku, TAK. Sebabnya disini terlampau memilih, KONONNYA BAGUS SANGAT sehingga menyebabkan menyusahkan mak bapak. pas tu tak tau wat apa, sambung belajar lagi, guna duit sapa? MAK BAPAK juga lagi. kalau p belajar betul tak pe, alhamdulillah. Apa yg anak lelaki melayu buat? jawapannya ambil dadah, melepak di tangga2 rumah orang, merompak,rogol sana sini, merempit n byk lagi. tu yg anak melayu buat! yg melucukan aku, majoriti di sini, org warga luar yg bekerja dengan jayanya. sebab mereka tak bodoh macam anak melayu yang tak sedar diuntung dah tua bangka nak mampus pun mintak duit kat mak bapak diorang. BODOH!

apa lagi punya citer, jumpa lagi di old town story episod 2.

kat manalah

mencari mood aku yg dah tercicir.kat manalah...

Friday, May 8, 2009

mau jugak


walaupun aku tidak mempunyai kamera yang canggih, tapi aku tetap jua nak mengabadikan photo ni yg aku tangkap sendiri dengan menggunakan kamera tel. aku yang murah jerkk..hehehehe

panjangkan umur mereka


ya tuhan, kau panjangkanlah umur mereka
kerana aku masih mempunyai tanggungjawab kepada mereka
kerana aku masih belum membalas jasa mereka
kerana aku masih belum menghapuskan dosa2 aku pada mereka
kerana aku masih belum puas merasa sayang mereka
dan
kerana aku masih dan masih memerlukan mereka.
amin....

kenapalah aku


apabila kebosanan melanda, macam2 yg cuba untuk kita lakukan. boleh dikatakan macam2 idea yg keluar samada bernas ataupun tidak. macam tu lah aku, walaupun banyak idea, tapi tak semua menggembirakan orang. kebosanan yang aku rasa bilamana perlu menggembirakan orang disekeliling aku. kadangkala rasa jahat mula menghantui aku bilamana aku mula tidak ikhlas untuk menggembirakan hati orang. mungkin sebab aku yang tak digembirakan. boleh jadi ker. em entahlah, tapi itulah aku, bila bosan aku akan mencari idea untuk menggembirakan aku dan yang penting ianya teratur dan tidak menyusahkan aku.

iNDAH

indahnya sesuatu itu hanya dari kita yg rasa
indahnya dari apa yg berlaku hanya kita yang merasa
tapi kalau indahnya dari yang terindah, siapa pula yang akan merasa

Thursday, May 7, 2009

MASALAH

aku tak tau apa masalah dengan blog aku ni.tak boleh do comment.napalah,siap aku kena perli lagi sb tak bagi org komen.jd pada sesiapa yg tau masalah aku ni...plzzzz help me

Monday, May 4, 2009

kesempatan

mencari kesempatan untuk aku mengisi sisa2 masa yg ada. sempat juga aku bukak blog aku yg dah lama aku tak bukak.membaca kisah2 teman2 yg aku kenal dan aku tak kenal pun ada.em kesibukan yang ada membuatkan aku terbatas tuk melakukan segala-galanya.