Tuesday, February 24, 2009

Kelab Sukan



Bulan ni kelab suka kat tempat aku kerja sibuk mengaktifkan kelab yang sebelum ni yg kurang keaktifannya memandangkan staf2 semua terikat dengan komitmen masing2. nak dijadikan cerita pada tahun ni n bulan ni segala program berjalan dengan baik. antara permainan yang dipertandingkan iaitu, badminton -kategori bergu lelaki n perempuan, futsal -lelaki n perempuan, bola jaring- dah tentu perempuan sebab tak da sambutan dari lelaki, bola tampar campuran n yg acara kemuncaknya bowling.hahahahaha. itulah antara acara yg ada tuk kami. walaupun kami semua sibuk, tapi tetap juga nak bersukan.hehehehe. termasuk aku sendiri yg semakin comel ni. utk game badminton bergu aku johan dgn sahabat aku syaini. Game futsal, aku dapat jadi n.johan saja, eleh lebih satu mata jer.....tapi yg penting aku puas. untuk bola jaring aku suka sebab kump.aku johan manakala tuk bola tampar em memang saingan senget tetapi kumpulan aku johan. hahahaha memang best walaupun badan n kaki aku sakit sampai sekarang tak baik2 lagi n tak sabar nak tunggu kemuncaknya pada 1 mac 2009 ni kat b.times squere.datanglah kalu sapa2 rasa nak sokong aku yg tak handal ni. hahahaha. memang mengharapkan kemenangan tapi yang paling penting aku sangat bangga ngan ahli2 kelab aku yang sangat sporting n team work. hahahaha yg paling best gak org yg syg kat aku tu bg sokongan skali dengan kameranya yg mahal tu.hahahahha. so pada yang memiliki kamera yg canggih n mahal datanglah amik gambar aku yg comel. pendek bukan sebarang pendek.hehehehe.CAYOK2

Canada oh canada



inilah gambar my bro ketika dia di sana. arghhhhh, bilalah giliran aku pulak.huhuhu.bestnyer.......my bro dah alik dari sana, sebulan jer kat sana. huhuhu yg bestnya aku dapat perfume nina ricci.huhuhu.tq...

Monday, February 23, 2009

Kemuncak ASN


Inilah acara kemuncak Anugerah Seni Negara. Acara ini telah diadakan pada 18 Februari 2009 yang lalu bertempat di hotel Shangri-la Kuala Lumpur. Program ini merupakan Majlis Penganugerahan Seniman Negara yang ke-8. Beberapa anugerah turut diberi kepada penggiat2 seni tanahair iaitu Anugerah Bakat Muda, Anugerah Pendukung Seni, Anugerah Karyawan Seni dan ANUGERAH SENIMAN NEGARA KE-8. Tetamu Kehormat yang hadir iaitu SPB Yang di Pertua Agong dan SPB Raja Permaisuri Agong, YB Menteri KPKKW dan Isteri, dan YB Senator Tan Sri Datuk Dr. Jin Shamsudin serta tetamu2 jemputan yg lain.Turut menampilkan persembahan2 yg menarik khususnya mengenai penerima anugerah2 seniman yg lepas. Suatu persembahan yg unik dan menarik tutut ditampilkan juga persembahan khas iaitu persembahan daripada Dato' Sarimah yang berganding dengan rakan seperjuangannya yang merupakan penerima Anugerah Seniman Negara ke-8 iaitu YB Senator Tan Sri Datuk Dr. Jin Shamsudin. Suatu persembahan yang membuatkan tetamu terhibur dan tersenyum dalam tangisan kegembiraan.Tahniah juga kepada penerima2 anugerah yang lain yang tidak dapat saya sebutkan satu persatu.

Sunday, February 15, 2009

KERJA lg

em sakang aku masih lagi di ofis. semalam dan juga ari ni dan juga sememangnya hari2 bekerja yang lain. bila lah agaknya dapat aku berehat dengan tenang dan nyaman.huhuhu. kerja makin hari makin banyak. masa aku belajar dulu, tak lah stress cam ni. banyak2 ximent masa study dulu, aku masih lagi mantain leh buat. kali ni tak sama dengan masa aku study dulu. segala2nya perlu betul,tepat dan padat serta cepat. kalu rasa slow2 memanjang, tak yah lah amik kerja ni. pada aku semua ni boleh diselesaikan. dan aku tak suka nak merumitkan dan memanjangkan sesuatu perkara. argh.... aku bosan sb tak dapat g menghiburkan ati. sekurang2nya dapat p jalan2, tengok wayang di ujung minggu, lepak2....em indahnya. bilah lah dapatku buat semua tu. letih juga nak memerah otak ni. sapa yg sudi ganti kerja, meh sini. korang test dalam 1 bulan pun dah cukup.hahahahahaha. manalah masa cuti aku agaknya kan.lepas satu akan datang satu lagi dan satu lagi dan satu ribu lagi dan satu dan satu sampai tak terkejar sb semua nak dihantar serentak. adeiiiiiiiiiii.meh tolong aku meh.hahaha.ngantok siot ngadap pc.lapar.....rasa cam nak jer aku makan kertas2 kat meja aku ni. uwaaaaaaaaaa bila nak siap......

Sepi

Sepi hati terjadi lagi
Mungkin sampai mati aku sepi
Biar senyum hadir di hariku
namun ini hanya ada di bibir
di bibir saja

Aku ini yang bisa mengerti
walaupun yang lain mau mengerti
Namun berat beban hidupku
biarkan saja
Biar saja hanya ku yang tahu

Sejarah cinta dan hidupku
penuh duri dan banyak ranjau
Butuh kesabaran yang penuh
untuk tetap ku berdiri

Oh.. ada saatnya ku bicara
bila hatiku telah bulat
Sepanjang ku bisa atasi semua
aku tetap diam

Woo.. sejarah cinta dan hidupku
penuh duri dan banyak ranjau
butuh kesabaran yang penuh
untuk tetap ku berdiri

Oh.. ada saatnya ku bicara
bila hatiku telah bulat
Sepanjang ku bisa atasi semua
aku tetap diam

(em aku suka layan lagu ni)

Friday, February 13, 2009

aku bila BOSAN





ni lah aku kalau dah bosan. aku suka bergambar,walaupun aku tak cantik dan perasan cantik.wakakakakaka.aku tengah bosan....

manalah


yg mana satu aku sebenarnya...

ASN 2009







inilah antaranya perjalanan ke arah persiapan untuk Anugerah Seni Negara 2009. em AJK2 yang tak cukup tidur dan banyak lagilah pendek kata. malam ngan siang adalah sama jer bagi kami. huhu....pada rakan2 semua, teruskan perjuangan kita sampai selesai. biar orang nak kata apa. yang penting kita tahu yang kita mampu melakukannya....ingat..." jika kau fikirkan kau boleh......."

" D "


HAHAHAHAHA. JANGAN MARAH YG EMPUNYA GAMBAR.ini lah my D.em kalu dia tak berani nak mempamerkan awek dia kat blog, aku berani.wakakakakka. dia takutlah tu saham dia jatuh.hahahha.aku kan memang tak cantik tapi insyallah sempurna....malulah kalu dunia tau aku tak cantik.hehehehehe.
em betul kata dia, dah lama kitorg tak jumpa, pendek kata memang aku tengah sibuk dan serabut dengan kerja aku. jadi untuk tak membebankan dia dgn tugas aku, aku tak mau jumpa dia.hahahahha.kenalah terima, dah memang ditakdirkan jadual aku begitu. so pada sapa2 yg memang dah kenal D aku ni, mintak dia sabar2 lah ek dgn aku nya kerja.hahahahah.bulan 3 ni lagilah susah nak jumpa sb aku p kursus n bengkel.hahahahaha.makan hatilah.tapi takpe dia pun sibuk dgn ximent. pe pun jom sama2 kita doa dia jadi yang terbaik.AMIN.....

Bilik aku



em minggu lepas KP aku wat lawatan tuk setiap floor, dia nak tgok anak buah dia rajin, kreatif ke tak. huhu, unit aku tak wat hiasan sangat pun. sibuk dengan kerja yg lagi penting.tapi sempat gak aku wat sikit2 kat bilik.hahahaha.
nilah bilik aku punya hiasan.budak2 ofis kata cam spa. yer ka.hahahaha yg penting aku selesa wat kerja

Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2009






ye hah.rumah terbuka ni start malam. tapi aku n the geng bertugas tuk poket show di sebelah petangnya. adalah beberapa persembahan yg kitorg wat.antaranya yg ada spt kat gambar tu, selebihnya aku tak sempat nak masuk.hehehehe. antara persembahannya yoyo cina, tarian singa, mainan muzik daripada bahan2 terpakai(gendang YAWA-yayasan anak warisan alam) dan akrobatik. em pada sapa2 yg nak buang barang2 terpakai, hantarlah ke petaling jaya,tempat geng YAWA. diorang memang suka amik brg2 tuk dikitar semula.banyak idea diorang akan hasilkan.

argh tak penant pun bertugas ari tu.cuma kaki aku ni tergeliat n sakit sampai skang. berdiri lama mesti sakit, cam orang tua lak.huhuhu. pe pun tak mengira kaum atau bangsa, kita semua rakyat malaysia,sama2 lah merasai dan merayai perayaan masing2. salinglah menghormati antara satu sama lain. hepy new year 2009

Berangan



aku akan sentiasa berangan tu memikirkan masa depan.hahahaha.
tekalah aku kat mana ni....sapa dapat jawab aku belanja ice cream.ok lah tu...

PAMERAN SENJATA TRADISIONAL


em pada korang2 yg berminat dengan senjata tradisional, apa lagi.....p lah ke muzium negara. best siot, aku suka giler sebab banyak senjata2 yang menarik kat sana yg aku sendiri n korang pun tak mampu membelinya.hahahaha
pameran tu dah start dah lama 16 disember 2008 hingga 20 april 2009. p lah, siap ada jualan lagi.pada sesiapa yg tak tau nak buat apa ngan duit tu, bagi kat aku.hahahaha. korg pi lah beli tuk simpanan peribadi, kalu berani.

Monday, February 9, 2009

Siapa TAHU?

org takkan tau.hanya aku yg tau. org takkan rasa.hanya aku yg rasa. orang tak kan nak tau. hanya aku saja yg tau. mungkin ini memang dah nasib pada sesiapa yg status pekerja bawahan. ketua2 takkan tau masalah anak buah, sebab diorg tak nak tau. apa yg diorang nak dah SIAP.DAH SIAP DAN DAH SIAP.NAK MARAH.NAK MAKI.itu yg diorang tau. rasa macam aku ni diperbodoh-bodohkan pulak. aku nakkan yg terbaik untuk kerja aku dan hasil yg bagus tuk apa yg aku buat. pada aku kerja aku bagus sebab aku ikhlas nak buat. tapi kadang2 aku rasa marah, menyampah dan bengang pada org sekeliling aku yang dipanggil bos. ntah lah ini dikatakan luahan perasaan? aku pun tak tau. tak da kesempatan tuk dikongsi pd sesiapa, aku luahkan kat blog aku, supaya aku tak pikir balik. siapa tahu aku sakit hati? siapa tahu aku semak? siapa tahu aku rasa nak nangis? siapa tahu aku tekanan? siapa tahu bengang? siapa tahu aku ikhlas? siapa?siapa? siapa?

aku sakit hati bila suara2 mengatakan aku tak buat kerja. aku sakit hati suara2 kata aku lepas tangan.aku sakit hati. habis aku yang kerja siang malam, org lain sibuk2 cuti aku kat tempat kerja. jadi apalah yg aku BUAT? aku sakit hati bila org janji tak ikut! aku sakit hati org lepas tangan kat aku. aku sakit hati bila kerja aku, aku tak boleh buat keputusan.aku sakit hati dan sakit sebab aku bergelar pekerja bawahan! aku sakit hati dan sakit hati dan terus sakit hati kalau aku masih kat bawah. aku nak ke atas sebab aku nak buang semua yg kat atas yang hanya mementingkan diri sendiri. pentingkan diri sendiri!!!!!

masalah peribadi dibawa ke tempat kerja? apa kes? ko punya masalah aku yg terkena. apasal. sakit hati dan aku sakit hati lagi dan sakit hati. SIAPA TAHU? Tuhan jer yg tahu. apa kes? aku datang hari ni, tungu dan terus tunggu,alih2 alih tak jadi.AKU BENCI MENUNGGU!MENUNGGU MACAM ORANG BODOH.PAS TU TAK JADI.JADI BUAT APALAH AKU DATANG ARINI? siapa TAHU?

Friday, February 6, 2009

arini punyer hal

internet aku problem balik. aduh aku baru jer nak bergembira bila tnet aku dah boleh pakai. alih2 jadi cm tu alik. nak tak nak aku pun p pjam bro punyer. sempatlah aku nak tinggalkan sikit citer di sini. ada banyak benda aku nak citer, tapi nantilah.bila semua dah ok, aku citer apa yg berlaku semalam. memang best. tapi yg penting aku nak g tau kat korang, malam ni sampai ahad aku kena bertugas tuk rumah terbuka tahun baru cina di pavillion, bukit bintang. datanglah ramai2 7 dan 8 ni. ok lah kalau nak tau citer semalam tunggu sampai internet aku ok, sebab banyak yg nak diceritakan. seganlah aku lama2 kat tempat bro. hehehehhe.memandangkan bahan byk kat pc aku, so tunggulah ek sampai internet aku ok dan doakan akunya internet selamat.kahkahkah.....

Wednesday, February 4, 2009

MOVIE BARU-kasi blanjer me lah-





nampak memang menarik.apa kata u all belanja me bila movie ni keluar.ok ka.
1- he's just no that into you
2- pink panther
3- push

Bila agaknya




jiwa seperti dicarik2 tuk mencari kepuasan
rindunya nak berteater...................
arghhhhhh

Gambar terbaru dan terkini setelah lama tak buat show




sempena program Semarak Bangsawan yang dianjurkan oleh JKKN. Aku adalah salah seorang yang telah terlibat dalam persembahan ni. sekian lama aku tak menjejaki kakiku ke pentas teater.arggggggggghhhh merasa jugak walaupun sekadar pelakon pembantu. em dan seumur hidup aku nilah kali pertama aku jadi extra turn. yg kelakar dan aku sendiri geli aku kena jadi penyanyi maiming. sedangkan aku leh menyanyi......em sb masa tak ada.korang bayangkan baru 9 hari latihan tercampur fulldress dah terus show. memang tak cukup masa dan latihan. tapi itulah je yg termampu. tak kisahlah org nak kata apa yg penting sebab minat, kitorg berjaya juga buat. bukan senang nak wat satu team. tapi alhamdulillah, berjaya juga. tuk pengetahuan korang show ni semuanya dilakonkan oleh para pegawai dan kakitangan JKKN sendiri. pada siapa2 yg dah tengok, korang ada rasa, ada mata, ada ilmu dan ada segalanya sukati koranglah nak komen. aku punya otak terbuka untuk dikomen. apa pun tuk tahun ni, bangsawan akan bermula bulan 2 ni dan akan berlaku pada tiap2 bulan dan aku n the geng akan wat bangsawan bulan 12 jugak. ayuh kita menyemarakkan bangsawan. bukaklah laman web heritage n korang akan dapat pe2 yg menarik di situ. cayok2 majulah korang tuk negara dan jugak aku....

Monday, February 2, 2009

Selamat Menyambut Hari Wilayah Persekutuan 2009

Membawakan tema "Wilayah Maju Warga Sejahtera".katanya.
tahun ini merupakan kali kelima Hari Wilayah Persekutuan disambut secara bersama yg menggabungkan ketiga-tiga wilayah iaitu wilayah persekutuan kuala lumpur labuan dan putrajaya sejak kem. wilayah persekutuan diwujudkan kembali pada 27 mac 2004. untuk pengetahuan u all, tahun ni merupakan kali ke 35 bagi bandaraya kl, 25 bagi labuan dan 8 utk putrajaya. pada tahun ni kta semua sambut dalam keadaan yang sederhana, alah u all pun tahukan dengan krisis ekonomi yg menggemparkan dunia menyebabkan kita sentiasa bersederhana, termasuk aku. hahahaha. krisis ekonomi, politik yg makin menyampah dan malas aku nak layan semuanya meninggalkan kesan ke atas kita semua.emmmmm
perutusan menteri wilayah persekutuan(Datuk Seri Zulhasnan Rafique) " menjadikan W.P sebagai sebuah wilayag yg kompetitif, dinamik dan berdaya maju, supaya W.P berupaya mencerminkan pembangunan negara Malaysia yang mantap dan menyeluruh serta menyumbang kpd pengabdian Malaysia yang cemerleng, gemilang dan terbilang". em pada kita semua, renung2kanlah. apakah akan berhasil?hanya kita yg mampu menjawabnya sebab kita yg akan mencoraknya sendiri.