Tuesday, March 29, 2011

!!!!!!!!

jangan buat saya marah dan jangat buat saya stress. saya sangat stress dan dont push me!

Friday, March 11, 2011

Citra Budaya Adat Perpatih Negeri Sembilan




Meminjam INFO daripada kakak ezlina dan buboy dari JKKN mengenai program Citra Budaya Adat Perpatih Negeri Sembilan pada 11 - 13 Mac 2011 bertempat di Padang MPS Seremban.....

Masyarakat Adat Perpatih terbahagi kepada tiga kumpulan utama iaitu Perut Suku dan Luak. Perut adalah unit sosio-politik yang terkecil di mana anggota sesuatu perut itu adalah berasal daripada moyang (keturunan perempuan) yang sama. Setiap perut mempunyai seorang ketua yang digelar Buapak.Buapak ini dipilih oleh anak-anak buah di dalam sesuatu perut berkenaan. Kumpulan yang kedua ialah suku. Suku dibentuk oleh beberapa perut yang menjadikan keluarga berkenaan semakin besar. Suku diketuai oleh seorang ketua yang digelar Dato' Lembaga. Kumpulan ketiga ialah Luak.

Luak adalah unit kawasan pentadbiran dari segi adat di mana ada empat luak utama iaitu Rembau, Sungai Ujung, Johol dan Jelebu. Setiap luak diketuai oleh seorang Undang. Selain daripada empat luak utama ini ada satu lagi luak yang kelima dipanggil Luak Tanah Mengandung. Luak Tanah Mengandung ini adalah terdiri daripada lima luak kecil di Seri Menanti iaitu Luak Inas, Luak Ulu Muar, Luak Gunung Pasir, Luak Terachi dan Luak Jempol. Setiap luak kecil ini ditadbirkan oleh seorang ketua yang bergelar Penghulu Luak.

Adat Perpatih ini diwariskan dari generasi ke generasi melalui kata-kata perbilangan. Ia merangkumi pelbagai aspek kehidupan masyarakat termasuk soal harta pusaka, perlantikan pemimpin, hukum nikah kahwin, amalan bermasyarakat, sistem menghukum mereka yang melanggar adat atau melakukan kesalahan dan pelbagai aspek lagi. Setiap peraturan atau adat itu ada perbilangannya dan setiap peraturan itu ada rasional atau sebab-sebab terjadinya hukum atau adat itu.

Menarikkan? Untuk lebih info, Jom kunjungi Citra Budaya Perpatih Negeri Sembilan pada 11 hingga 13 Mac ini!
Layari www.jkkn.gov.my utk keterangan lanjut-