Monday, May 28, 2012

syukur Ya Allah

Syukur Ya Allah atas segalanya. walaupun aku dikategorikan bukan seorang yang selalu disiplin ketika bersamaMu, namu Kau tetap menerima doa2 dariku seorang hamba yang seringkali melupakanMu. Ampunkan daku Ya Allah. terima kasih kerana mendengar doa2 ku, dan maafkan aku kerana seringkali meminta minta padaMu. alhamdulillah pada tahun ini seperti yang aku minta, ya pada 26 mei 2012 aku telah pun mengikatkan satu hubungan kekeluargaan dan secara rasminya menjadi tunangan orang. yer, satu doaku yang agak lama aku menunggu ianya dimakbulkan akhirnya termakbul. yer memang tidak dinafikan dalam menjalani kehidupan ke arah satu hubungan itu memanglah sangat sukar dan perlukan kesabaran. syukur kerana aku masih dilihat oleh tuhanku dan aku mendapat ujian dariNya. banyak perkara yang aku lalui dalam menemukan koma yang pertama di dalam hubunganku ini."Ya tuhanku, kalaulah benar hamba allah itu milikku dan ternyata dialah jodoh untukku, dialah yang akan memimpinku di dunia dan akhirat, kau dekatkan lah dia untuk menerimaku dan permudahkanlah urusanku bersamanya, jauhikanlah kami daripada sebarang segketa yang membawa kepada perpecahan dan perbalahan sesama manusia" ,itulah doa2ku untukku bersama temanku sepanjang 7 tahunku bersamanya sebagai teman bicara, teman meminjam bahu dan teman suka dan duka. moga dipermudahkan urusan dalam menempuh permulaan ikatan yg baru ini. terima kasih tuhanku dengan apa yang telah Kau berikan kepadaku. moga dia dan aku akan disatukan dan menemukan kami kepada satu titik nohktah yang terbaik dalam sebuah hubungan yang direstui. moga kami menjadi semakin dewasa, matang, sabar dan cekal dalam menempuhi dugaan yang mendatang. amin.

Wednesday, May 9, 2012

moga

moga apa yg terjadi di dalam mimpi tidak menjadi realiti. izinkan aku ya tuhanku untuk merasai kegembiraan itu seperti orang lain. maaf kerana sering meminta minta padamu. moga ianya tidak terjadi.