Thursday, November 20, 2008

SIBUK PUNYA PASAL

kerana jadual penuh punya pasal aku tak sempat nak buat apa2 tuk diri aku n family n org yg rapat ngan aku. bulan ni memang bulan yg sibuk, sampaikan tak da masa sikit dapat diluangkan. dari kl ke terengganu. dari terengganu ke kl dan dari kl ke johor.dan akan bertambah lagi tuk selepas ni.so pada yg baca blog aku, memang aku ngah sibuk. nanti cter lagi selepas aku lik dari johor.ok.cau.

Wednesday, November 5, 2008

diET

" BILA NAK KENALAH BERIBU DAYA. TAPI BILA SATU ALASAN, MAKA TERHALANGLAH IMPIAN PEROLEH TUBUH HOURGLASS....."

ada banyak helah yang sering digunakan untuk ngelat diet....
i. " saya tak da masa nak diet "
ii. " mesti berat naik semula"
iii. "saya tak mampulah nak tolak makanan ringan"
iv. " hobi makanlah"
v. " susahnya nak mula diet"

hahahahahah. diet punya pasalkan. bukan org gemuk je nak kurus, orang kurus pun mau diet. apa pun, untuk sihat tak bermakna masa tu akan diabaikan. tak cukup masa adalah alasan yang paling tak kukuh dan tak masuk dek akal. kalu kita biarkan sampai bila2 badan kita cam tu gak. macam aku ker?heheheeheh
dan aku memang selalu mengingati diri sendiri supaya berhenti merungut jika terasa diri gemuk dan akan bertindak sebelum terlambat.

adei...

Tuesday, November 4, 2008

hari2 yg lalu dan kini

dan hari2 yang lalu yang makin bosan dan makin indah.hahahha.
rutin aku sentiasa berdepan dengan kerja yang tak pernah habis.
itulah kebiasaannya. dan semalam buat kali kedua kalinya aku pergi amik exam yang aku rasa aku mampu buat pada kali pertama dulu.dan akhirnya aku menjawab juga soalan yang aku rasa senang. tapi hakikatnya aku tetep tak berpuas hati dengan jawapan yang aku buat. dan hari ini aku buat apa yang sepatutnya aku buat di opis. kekerutan di muka aku dan aku tak selesa dengan hari ni. aku pun tak tahu.so layan otak jap

Thursday, October 30, 2008

Bluehippo

dan sahabatku,
andainya perlu aku di sini
aku akan sentiasa menunggumu
menjadi teman bicaramu, teman tangismu dan teman kejayaanmu

dan sahabatku
andainya perlu aku di sini
aku akan menunggu....
1 jawapan darimu...Bluehippo

Thursday, October 23, 2008

HEppY bEsDAY eN.toy

tarikh 23.10.2008

heppy besday en toy
semoga panjang umur dan dimurahi rezeki dan menjadi anak, suami dan ayah yang terbaik di dunia. Insyallah....

bila tak faham

bila anda tak faham apa yang akan buat?
dan sudah tentunya akan bertanya.
da daripada pertanyaan itulah akan ada jawapannya.
dari jawapannya akan ada rumusannya.
dan daripada rumusannya akan terjawab segalanya.
dan kesimpulannya di sini, jangan terlalu cepat membuat rumusan atau kesimpulan tanpa memikirkan kesudahannya.

jadi kita sebagai org yg semakin dewasa ini fahamlah sendiri dengan apa yg harus dilakukan. bertindak menggunakan akal yg waras, dan yg penting negatif dan positif biarlah menjadi seiring dalam melahirkan masyarakat yg cemerlang gemilang dan terbilang.

Wednesday, October 22, 2008

BODOH PUNYA MANUSIA

ari aku dikejutkan lagi dengan tajuk yg tertera di akhbar METRO RABU 22 OCT 2008.
" rogol dalam bas sekolah "

seorang pemandu bas sekolah merogol murid umur 14 tahun dalam bas.......

apalah punya bangangnya manusia, pelajar umur 14 tahun kena rogol dengan org yg bakal jadi bapak. apa dia tak pikir ke kalu yg anak dia plak yg dirogol? apa dia tak pikir ke nasib budak tu? apa dia tak pikir ke dosa? apa dia tak rasa malu ke? apa dia tak takut dengan hukum dunia dan akhirat? apa dia tak kseiankan budak tu? apa dia tak ingat anak bini?

dah banyak kes macam ni berlaku. yang aku tak puas hati, dalam kes2 yang sebelum ni, PEROGOL punya hukuman macam celaka. memang aku marah. sebab pembalasan tak setimpal dengan apa yg PEROGOL tu buat. agaknya macam manalah nasib anak2 yang lain? hidup dalam ketakutan. itulah bila pegangan agama tak ada, ini lah yang terjadi. ditambah dengan mereka2 yg tak tau nak berfikir. pakai terjah, sukati jer nak bagi hukuman apa? mungkin hebat di dunia, kita tengok di akhirat nanti....

sakit hati punya pasal

memang hari ni paling semak otak aku dibuatnya. nak marah tak luah, nak tanya diendah, ntah lah. aku pun makin tak paham dengan apa yg berlaku d sekeliling aku. memang aku tak puas ati.syaitan apa yg menghasut entah. dari seorang yg lembut, yg berpegang kepada prinsip dan sekarang berubah menjadi seorang yg entahlah apa yg aku nak cakap. tapi memang aku sakit hati dan kalu aku sakit hati memang org tu akan sakit ati balik. aku mampu buat, tapi aku tak kejam macam org yang buat kat aku. aku tau sejarah hidup dia, tapi aku selalu menangkis yg takkan ada sebarang pencubaan hasutan dari makhluk Allah ke atasnya. arghhhhhhh pening memikirkannya, hidup aku tak tenang.....tambah plak selau berjumpa kat opis. semakin tekanan aku. dah lah urusan kerja akan di buat sama, ditambah lagi dgn karenah perangai yg entah apa2.....
makin d pikir makin pening, so aku nak wat hal sendiri, sukati koranglah....dan jangan ganggu aku selagi korang tak cuci otak korang, hati korang kalu nak berkawan ngan aku. aku senang je kalau nak kawan. kalu btul2 kenal, kenallah. kalu rasa tak kenal atau tak sesuai atau menyusahkan kerjaya korang, blah ar. cari life masing2. jangan pandang aku..

Tuesday, October 21, 2008

masa

dah lama tak mengedit berita2 yang terkini. dan rasanya hari ni baru berpeluang semula untuk aku membuka blog aku yang dah semakin kusam dengan idea2. em mungkin aku akan menulis bila aku tak da mood kot.

kadang2 kita sebagai manusia tak sedar yang kita membuat kesilapan. aku mempunyai story yang mana aku sendiri tak da jawapan tuk story tu.
manusia yang pastinya akan berubah bila ada sesuatu yg berlaku. tetapi dalam kita yang dekat dengannya cuba mencari sesuatu apakah yg berlaku. puncanya berubah laku.

makin aku cuba dekat dengannya, makin dia jauh...em dan aku tak da jawapan tuk itu. mungkin aku kena beri masa tuk dia sendiri mencari apa yang nak dicari walaupun penantian tu menyeksakan aku dan rakan2. aku tetap mendoakan yg dia akan kembali normal seperti sediakala.

Tuesday, October 7, 2008

salam takziah

salam takziah buat kak zana di atas permergian ibunya yang tercinta ke rahmatullah pada 7 oktober 2008 pada 2.30 petang. sama2 lah kita sedekahkan al-fatihah pada arwah.AMIN

BESDAY CYAINI

em, satu benda yg tak dirancang. maksudnya besday cyai jatuh pd hari di mana aku baru sampai dari kl. nak dijadikn citer, rumah kakak aku menjadi port tk celebrate bday cyai....heheehehhe. buat kata cyai, benda yg betul2 tak disangka. dia ingfat nak p beraya umah akak. rupanya 2 dalam 1. hehehehe. bagus juga idea kakak aku ajak mai makan umah.......ditambah pulak ada pelakon2 hebat seperti

toy - ketua rumah yang mempunyai idea2 tak dirancang
ros - pem ketua rumah yg muka kering, wat2 tak tau, pelakon hebatlah jugak
muqris - merangkap pelakon tambahan
mursyid - baby yg cool di dalam buaian
k.shima - sepupu aku yg agak2 malu dan mula menceburi bidang lakonan sebagai watak
tambahan
cyaini - sebagai mangsa yang tertipu
aril - pengarah drama ini
lia - penerbit dan pengarah bersama
normi - penipu dan pencetus kontroversi

hehehehehee
pendek kata malam tadi berjalan dengan jayanya. tq pada tuan rumah yg bagi pinjam rumah. heheeheheh.

kereta punya pasal

huh, pengalaman yg paling menakutkan, korang taulah bila balik ikut jalan lama.nak menggelakkan jem punya pasal, dah la mata aku ni makin rabun, ditambah pula dengan jalan yg gelap.....aku berhati hati sungguh sebab aku memang tak nampak. kelibat kereta kakak aku pun tak nampak. kuredah jugak, ditambah pula membawa penumpang, perkara pertama yg kufikir, tanggungjawab d tangan aku. kalu aku sorang, tak da masalah. ini apabila melibatkan 2 nyawa lagi. alhamdulillah, sampai juga d kl. n thanks pada rakan2 yg menemani n pada kakak aku n abg ipar aku untuk perjalanan KL-IPOH, IPOH- KL.TQ.....

hari raya

raya tahun ni biasa2 jer sperti tahun yang sebelumnya. cuma tahun ni aku pulang dengan kereta viva ku WRS 7536. Dapat juga ku pergi menziarahi rumah teman2 yang jauh dan dekat dan yang penting dapat menghiburkan hati mak aku. cuma sedikit terkilan sebab aku sempat nak berjumpa kak yang n anaknya. susah nak call dia. tak pernah berjawab. tapi akhirnya dah terjawab sebab dia sve no aku eon kreadit. cis patutlah tak mau jawab. hampeh tul.hehehehe. apa pun selamat hari raya pada semua yang mengenali saya seadanya dan maaf seagungnya.

Monday, October 6, 2008

BESDAY PUNYA CITER

petang tu aku berbuka dengan kwn,sahabat dan teman hidup aku. em nak dijadikan citer, nak pilih tempat pun jadi isu. hanya untuk memilih lokasi. pilihannya

1 - secret rcp
2 - kfc
3 - nam kam
4 - kampun baru
5 - sukati korang

em yg kelima tu jawapan aku.heheheehhe
alih2 untuk menutup dan nak menjaga hati kawan2,pilihan kedua telah diputuskan.em.....pergilah kami ke sana.

dan dari jauh aku dah nampak kelibat teman hidupaku dengan lagaknya yang selamba badak, badak pun tak macam dia bersama motor kesayangannya.HEHEHEHEHE
em,nampak seperti membawa sebuah beg plastik purple.hehehehehhe
cam dah tau je untuk aku.

yahoooooo
aku mendapat seekor monyet yg bernama ABU.cute siot.....
tq ya.....

em lepas tu semua membawa haluan masing2.
malamnya diorg wat suprise kat aku.....dekat RASA SAYANG. tapi teman aku tu tak dapat datang malam tu, sibuk dengan ximent yg nak dihantar....apa pun tq pada sahabat2, kakak aku yg dah kurus sikitlah dengan suaminya yang tercinta....huhuhu tuk malam besday yg dah nak tamat.

em terasa yang aku dah semakin tua.em 24 tahun
alhamdulillah, tuhan telah memanjangkan umur aku, memberikan kerjaya yang insyallah akan aku laksanakan dengan jayanya dan memberikan kesihatan yang baik serta sifat kesabaran yang ada pada aku sehingga aku mamapu menjadi seorang manusia yang waras akal fikiran serta matang dan insyallah menjadi anak yg berguna. AMIN.

memang kelakar sebab tahun ni dapat hadiah besday daripada teman, sahabat dan keluarga.

mak - ucapan semoga panjang umur(tq mum)itu yg paling berharga.hehehe
kakak & suami - bersama untuk pertama kali dihari lahir aku serta kek bluberry.
abg aku - hahahaha gula2 pelangi (nesti dia ingat aku ni baby lg kan)
yg sedap serta sponser makan di rasa sayang.
teman hidupku - ABU yang cute
mek - aksesori warna oren untuk raya
bro - kasut raya warna oren
cyai - set mini cawan yg cute
k.zana - sejambak bunga ros bersama teddy bear mini yg cute
a.din - perfume....biru lagi
yong - hadir bersama

apa pun aku tak pernah mengharapkan apa2 pemberian. hanya ingatan terhadap aku pun dah cukup memadai. tahun ni memang menggembirakan, sebab paling rasa semua org sayangkan aku.hahaahahha perasannya. memang terharu. thanks semua sebab sentiasa ingatkan aku.heheheehhe
ingat ker?
ok lah itu citer pasal besday dan keluarga, teman dan sahabat.

Tuesday, September 23, 2008

my BESDAY

em arini hari kelahiran aku. biasa2 jer, tak da yg best pun arini. cuma bersyukur yg aku masih ada di dunia ni sampai skrg. alhamdulillah. tq Allah.tq mak n abah.tq sangat2.

Monday, September 22, 2008

salam ramadhan

ketenangan ada dlm iman
bahgia ada dlm redha
sihat ada dlm solat
damai jiwa ada dlm dzikirullah
SELAMAT MENEMPUH IBADAH PUASA SEMOGA KITA TABAH DAN SABAR

Thursday, September 18, 2008

Bosan

bosan dengan org yg sentiasa fikirkan yg diri diorg bagus sangat. bila dah rasa bagus sangat mula lupa diri. dan yg palin penting akan menyusahkan org2 di sekeliling. persetankan org cam tu.

Wednesday, September 3, 2008

yang datang DAN yang pergi

25 Ogos 2008
balik ke kl dari nilai

9.00 am
bangun tidu dan aku melayan kartun di tv (tak pasti chanel aper)yang bestnya, kartun tu ada kura2. arghhhh rindunya kay baby aku tu.

9.45 am
bersiap siap mandi untuk terus check out hotel

10.00 am
keluar dari hotel terus ke nilai 3. jalan2 cuci mata dan sempatlah beli kelengkapan tuk kereta baru aku nanti.hehehe

1.00 pm
sempatlah juga makan di marrybrown yang dibelanjakan oleh bos aku yang kebetulan terserempak di situ. rezeki2....

3.00 pm
kami bergerak ke kl

5.00 pm
sampai juga di kg baru, kl.....dan aku masuk ke rumah, sempat juga memberi salam pada anakku senja.....dan aku lihat dia ada di dalam rumahnya....sat lagilah aku tengok dia
aku letak barang2, adu penatnya dan aku rebahkan badan aku ke tilam dan....krohhhhhhh
.....krohhh.....

7.00 pm
fuh...aku terjaga....
dasyat nya mimpi aku, aku mimpikan baby aku, si senja, dan pada masa itu aku ternamapak semua org, kwn2 aku dan jadi tua...macam nak ke akhir zaman jer...aduh apa punyer mimpi...aku tengok jam ke angka 7. patutlah mimpi merepek.

dan aku terus bangun dan teringatkan my baby,senja.
ku panggil namanya....
tapi tak juga bergerak...panik
aku angkat senja, aduh hancur hati aku....dan tak semena mena air mata aku keluar.
memang tak dapat terima kenyataan.
bengkak juga mata aku malam tu, tak dapat kutahan lagi.terasa seperti kehilangan sangat2.
hanya aku yang tahu perasaan tu, so tak yah ler nak komen apa2 sb pada aku korang tak tau apa yg aku rasa.

senja mati dengan mata yg terbuka....mesti dia rindu kat aku....(perasankan aku ni)

26 ogos 2008
ku minta pada temanku untuk mengkebumikan my baby aku tu. berat juga nak melepaskan.....tapi takkan aku nak awetkan dia simpan dalam balang. lagilah sengsara.
em.....redha dalam terpaksa.

Sunday, August 24, 2008

DAN akhirnya

ya.....dan akhirnya projek ini akan berjaya juga.insyallah,esok adalh harinya. dan aku semakin tak sabar menunggu.em.....semoga kami berjaya.aminnnnn.tak sabar nak balik kl....dapat tidur puas2 kat bilik aku yg tak menentu kemasnya.hahahahah. kalu mood aku baik, baiklah keadaan bilik aku tu. hehehehe. oklah, mata tak terkawal ni, siok aku kena g pg......wassalam

Friday, August 15, 2008

Tak selesai gak

em, kalu nak tau sampai skrg masih lagi tak dapat jawapannya. em nak tak nak kitorg tetap teruskan jugak.ni yg susah kalu bab politik masu campur.sabar jelah tuhan je yg tau.....

SEDIH

aduh...aku sedih lagi arini. bagai nak rak aku p cari tempat ngan geng2 BSB tuk program ni, alih2 ari ni dengar cter tak best lagi. penatnya otak aku............benciiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
bila keputusannya.....aduh, bdk2 dah beria ria nak datang
arghhhhhhhhhhhhhhhhhhh

Thursday, August 14, 2008

PENANTIAN

em memang bosan bila kita terpaksa menanti. antara jawapan yg sendiri pun tak pasti. entah lah, mungkin ini yg dikatakan takdir tuhan. aku terpaksa menanti dan terus menanti apakah jawapan sebenarnya. YA atau TIDAK. argh,ni yg susah bila isu politik timbul. apa kaitannya pelajar2 dgn politik. kerana politik agenda pelajar2 terpaksa ditunda. entah lah, bila lah semua ni akan berakhir. kesian kat aku n the geng yang bertungkus lumus nak siapkan program, alih2 jawapan YA atau TIDAK, tak juga didapat. dan masanya tidak lama. sedih plak bila menghampakan pelajar2 yg begitu sungguh2 dengan aktiviti yg we all anjurkan. pasrah jer lah......dalam masa yang terdekat tak dapat jawapannya....aku pun tak tau nak buat apa.

Friday, July 25, 2008

kereta oh kereta

em, macam tak percaya yg aku pergi ke kedai keta. betul ker dgn tindakan aku...blasahlah. nak nampak aset sangat. kuruslah lepas ni, keta punya pasal.heheehhe. yg menakutkan aku amik manual kot. nak save budget nyer pasal.hehehehe. cayok2,kalu diorg leh wat takkan aku tak leh...apa pun kalu loan aku lepas.........vroooooooooooooooommmmmmmmmmmmmmmmmmm......
hehehehe terberangan lak. semoga tuhan restui dgn apa yg aku buat.amin.

JULAI

emmmmm
bulan yang meletihkan aku. kalau nak dikira aku hanya dapat tidur 3 jam sahaja. selebihnya semua untuk kerja. nak wat cam mana kerja di tempat yg buat event.heheheheh. walaupun penat, aku tetap selesa dan mampu tersenyum untuk org2 disekeliling aku. kadang2 rasa terasa dgn org2 sekeliling tetap ada. tapi bila difikirkan keadaan aku yg letih ni aku wat tak layan. apa pun hidup kena terus. dan aku akan sibuk sampailah berakhirnya hari merdeka. dan kepada rakan2 dan keluarga sekeliling aku......sory tak dapat tumpukan perhatian sangat2 pada kalian.sowi geng.

Tuesday, July 8, 2008

baju batik

weiiiiiiiiiiii
ingat murah ker baju batik ?
tiap2 minggu kena pakai, aduhhhhhhh
dah elok buat sebulan sekali cukuplah. ni tiap2 minggu kena pakai. aku ni bukan yg berduit dok nak li baju batik jek. kalu gaji naik ok ler jugak.ni sama jer....brg semua makin naik. saki ati aku.

pasal barang naik....menyakitkan aku....
-goreng pisang, selalu aku beli rm1 dapat 8. sekarang Rm1 DAPAT 3.Bengong betul lah diorang ni.

so lepas ni aku kena bukak kebun pisang sendirilah kalu aku nak makan goreng pisang. hampeh.....apa lagi aku nak bukak..........

adei......tak taulah nak salahkan sapa lagi........

yang penting,aku bosan ngan baju batik
hipokrit semua ni!!!!!!!

hidup mesti diteruskan

emmmmm
dan untuk kesekian kalinya aku mencuri masa yg ada walaupun hakikatnya aku memang dah tak ada masa. masa tuk bermain tak ada, masa untuk tenangkan hati tak ada, masa tuk bersama yg tersayang pun tak ada. pendek kata memang dah tak ada. dan untuk diri sendiri, langsung dah tak ada. dan kadang2 aku pikir dan terus berfikir dengan menerima jalan hidup aku di sini. betulker ataupun tidak.huh....ntahlah. memang tak elok asyik dan terus asyik mengeluh.arggghhhhhhhhhhhhh
hidup kena teruskan jugakkkkkk

sekarang memang aku tak berkeluarga lagi. tapi kalu satu masa lagi cam mana? takkan aku nak abaikan org sekeliling aku. huh, mesti ini yg dialami oleh semua bos2 aku kot. masa tidur dah dijadikan masa untuk memikirkan kerja. kalau aku da anak nanti takkanku galakkan anak aku kerja cam aku. cukuplah aku yg rasa.

memang seronok bila ada event, tapi kalau sampai masa tuk diri sendiri tak ada? sapalah yang sanggup agaknya yang nak kahwin ngan aku. bukti dah banyak yg aku nampak di tempat aku, bos2 kahwin umur dah nak senja. dan ada yang tak kahwin sampai kini. hahahhah bila aku fikirkan memang kelakar dengan hidup aku ni. dan aku harap semuanya akn teratur selepas ni.dan aku doakan aku dapat teruskan semua benda ni.aminnnnnnnnnnn

Friday, June 27, 2008

KL FESTIVAL 2008

Kl Festival di sisni semaraknya seni.
Bermula 1-31 Julai 2008
Pelancarannya pada 28 Jun 2008. 8.00 malam di Esplaned KLCC Park.
Pelbagai aktiviti akan berlangsung selama 1 bulan (Layari www.klfestival.org.my)

Friday, June 20, 2008

Tangisan

dan untuk kesekian kalinya aku merasa bersalah kerana membuatkan air mata sahabatku menitis. sayang juga sahabatku ni pada aku.aku pun mula terasa cam nak menangis....dan dia tak mahu berpisah dengan aku.dan aku sayang pada dia......cyaibluehipo......

AIR MATA DI KUALA LUMPUR

Hancur musnah impian mulia
istanaku bina menjadi pusara
gelaplah pasti masa hadapan
jiwaku merayau utara & selatan
hidup sudah tiada beerti
zahirku hidup hai batinku mati
remuk redam hatiku hancur
airmata di kuala lumpur
hidup sudah tiada beerti
zahirku hidup hai batinku mati
remuk redam hatiku hancur
airmata di kuala lumpur

kelas bahasa inggeris

hahahaha. hanya yg pergi ke kelas sahaja yg faham apa yg ckgu ajar. memang menarik....dan aku pun tak sangka akan melangkah kakiku ke situ. alhamdulillah, mungkin itu takdirnya aku ke situ. dan aku berharap semangat aku akan diteruskan untuk berjuang. pada rakan2 yang ingin bersama aku, ku alu-alukan kedatangan kalian. insyallah, rezeki dan kejayaan sentiasa ada untuk kita.amin......

Kalau itu takdirnya

11 jun 2008 - 6.59 pm aku telah menerima sms daripada cintaku. sms yg tak sama sekali aku duga akan aku terima. alangkah terkejutnya aku apabila membaca bait2 sms yg dikirim. dan satu kalimah yang terucap, innalillah.....
betul2 aku tak sangka akan kehilangan orang yang aku kenali, abg mie. rasa baru saja aku berjumpa dengannya ketika aku hadir ke ASWARA.
dan aku hanya mengetahui yg dia sakit dan dimasukkan ke hospital. sungguh aku tak berkesempatan utk menziarahinya ketika itu.
dan aku terfikir, bagaimanalah perasaan abg ijat ketika ini yg merupakan sahabatnya yang rapat. dan aku berharap agar rohnya sentiasa dicucuri rahmat Allah s.w.t.
al-fatihah..

PERASAAN

kenapa aku meletakkan title perasaan?
semuanya kerana hati aku tersentuh dan terasak sebak apabila aku membuka blog abg senior aku,namron. dan untuk kali itu baru kutahu apa yang belaku dan dialami oleh kak jun.
kali pertamaku tahu daripada adik ku wawa. mengatakan yang kak jun sakit. dan aku ketika itu tidak berkesempatan nak bertanya kepada adikku apa sakitnya.
dan setelah ku baca blog abg namron, akhirnya terjawab persoalan penyakit kak jun.
tetiba aku tersebak dengan cerita2 dr abg namron. " Ya Allah, Kau pulihkanlah kak Jun,dan kau sembuhkanlah keadaannya seperti sediakala.amin" aku berharap kak jun sihat seperti sediakala.....
untung juga adanya kewujudan blog ni. sekurang-kurangnya dapat juga kutahu keadaan2 kawan2, cikgu2 dan yang pernah aku kenali.

Wednesday, June 11, 2008

BACALAH

Terbalikkan Ungkapan Cinta, Lihat Apa Yang Berlaku!!!

saat indah awal perkahwinan
TERUNA : " Akhirnya inilah saat yang aku tunggu sekian lama."
CEWEK : " Apakah kau rela kalau aku pergi/"
TERUNA : "Tentu tidak! jangan sesekali kau berfikiran seperti itu."
DARA : Apakah kau mencintaiku?"
TERUNA : "Tentu!selamanya akan tetap begitu."
DARA : Apakah kau pernah berlaku curang?"
TERUNA : "Tidak! aku tak akan sesekali melakukan hal seburuk itu."
DARA : "Mahukah kau menciumku?
TERUNA : "Ya..."
DARA : "Sayangku...
SESUDAH 5 TAHUN PERKAHWINAN....
Sila baca dari bawah ke atas.

P.RAMLEE THE MUSICAL

Title : P. Ramlee - The Musical... Hidup, Cinta and Inspirasi
Venue : Panggung Sari Istana Budaya
Jalan Tun Razak
Kuala Lumpur

Opening Hours :
Mon–Thu: 9am-7pm, Fri: 9am-12pm, 3pm-7pm, Alt. Sat: 9am-7pm, Sunday/Public Holidays: 2pm-7pm

URL :
http://www.istanabudaya.gov.my
Date & Time : Thu 18 Oct - Sat 3 Nov 2007 (Tue - Sat: 8.30pm; Sat & Sun: 3pm)
Tickets : RM200/ RM180/ RM150/ RM120/ RM80/ RM50/ RM30
Ticket Contact : Call Center : +603 2091 1666; (W) http://www.ticket2u.biz; Mobile phone bookings via java.ticket2u.biz with payment at Mobility One terminals at Petronas outlets.
Phone : 03- 7958 7877 (Enfiniti)
URL : http://pramleethemusical.com/
Synopsis : Follow in the footsteps of the late, great P. Ramlee, in a musical that traces his early days in Pulau Pinang, right up to his heydays in Jalan Ampas.

Spanning some four decades, the musical recounts the highs and lows of P.Ramlee's life, his life and his sacrifices for his art.

The dreamy Sean Ghazi takes on the central role of P. Ramlee, with Liza Hanim playing Saloma. Also starring Siti Nurhaliza, Melissa Saila, Atilia, Joseph Gonzales, Colin Kirton and Douglas Lim, amongst others.

Written by Adlin Rahman Ramlie, who also co-directs with Zahim Albakri. With music by Dick Lee, Music Direction and Arrangement by Erwin Gutawa and choreography by Pat Ibrahim.

Presented by Enfiniti Productions Sdn Bhd

Tuesday, May 27, 2008

sekian lama

aduh....lama tul rasanya tak sembang2 kat sini. em biasalah sejak pindah ofis baru ni, semuanya busy.tnet pun baru pasang...nak masuk gambar lak tak bleh....em sabar je lah...

Monday, March 24, 2008

Dan Hujan Itu......

Dan hujan itu semakin lebat dan lebat...
Menanti dan terus menanti
ibu kota semakin sesak dan padat
Argh.....
Dan bilakah semua ni nak berhenti...
berhenti dan terus berhenti
emmmmmmmmmmm...
dan ami terus menunggu
di siniiiii

jeng2 jeng2

hahhahahah......nilah cik zanariah abu bakar......em tak lama lagi tak ler we all panggil cik lagi......hehehehehe.....nak menamatkan zaman bujang katanya tak lama lagi.
alhamdulillah..........

Mohd Haris Muqris









Anak buah yang nakal n suka berangan jadi model..............haahhahahaha. saper ajar?

Majlis Makan Malam di Taman Budaya N9














































Kalau lihat gambarnya sudah tentu dapat meramalkan meriah atau tidak.heheehhehe. Disamping dihidangi masakan tradisi N9, mereka juga dihiburkan oleh artis2 Budaya N9.......memang meriah, apatah lagi turut ditampilkan oleh MC yang memang best n membuatkan peserta dan tetamu yg hadir terhibur iaitu En. Rahmad...........tq tu tenaga2 kerja di JKK N9 yang turut membantu menjayakan lawatan n majlis ini......

Antara YANG Menarik di Muzium Adat, Jelebu
























































































Peserta Pidato






emmmmm nilah peserta pidato yang tak sabar2 nak menyaksikan khazanah2 yg ada di negara kita. em kalau nak tau diorang ni semuanyer sporting habis.......n yang penting diorang fasih berbahasa melayu walaupun ada yang pelat2. cute betul aku dengar diorang cakap. kalau bangsa lain cuba memartabatkan bahasa melayu, kenapa tidak kita sendiri.....kan.hehehehehe.

jom ke lawatan muzium adat




Sempena Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu 2008, kami telah bekerjasama dengan MADUM iaitu Majlis Debat Universiti2 Malaysia untuk menganjurkan lawata dan Majlis Makan Malam bersama peserta2 yang telah terlibat di dalam pertandingan tersebut pada 23 februari 2008. Sengaja kami memilih Negeri 9 sebagai lokasi lawatan untuk peserta seramai 45 orang daripada universiti2 peringkat antarabangsa dan nusantara. satu lawatan yg menarik kerana mereka begitu kagum dengan kesenian2 yg terdapat di negara kita.
Apa yg menarik, peserta telah dihidangkan dengan santapan menu petang iaitu minum petang ala2 kampung. Ada yang merasa pelik dengan makanan yang dihidangkan seperti pulut putih bersama sambal ikan bilis,pisang rebus manis,kuih koci dan beberapa lagi yg menarik dan saya sendiripun jarang sekali menikmati hidangan seperti itu di sini.hahahahha. walaupun pelik,peserta tetap berselera dengan makanan ala2 kg.


Wednesday, March 19, 2008

Hari Ini

hari ini tiada yg boleh dikatakan istimewa. Ami cuba untuk rasa sayang dan cintakan akan kerjaya ini sedikit demi sedikit. Em biasalah kadang2 memang stress dgn kerja,tapi insyallah tuhan memang sentiasa menguji kita dalam kita semakin hampir untuk mematangkan diri sendiri. Biasalah lumrah hidup, ada suka ada tak......terima dengan hati yang terbuka. Nasiblah diri ami memang dah dipupuk dengan sifat kesabaran.emmmmmmm......tapi kalau sampai menjatuhkan maruah,hahahhaa sory tu say........
Apa da, luahan perasaan plak ami ni.oklah....stop dulu

Friday, February 29, 2008

Kisah Kami

Bilik Beku 1807 menjadi saksi ami dan rakan2 bersatu di bawah satu bumbung pencarian rezeki yang sama. Bilik yang menyaksikan gelagat dan karenah lima sekawan yang tak pernah sangka akan ditemukan. Mempunyai gelaran nama yang kelakar dan terdiri daripada;
  • Broren Tikus Mondok
  • Sispet kak Biskut
  • Naga Bluehippo Baik
  • Tupai Nyot2
  • dan ami plak......heheheheh Fiona Ceduk (sampai hati kwn2 aku g gelaran tu)

kalu nak tau siapa empunya nama itu........lihat dan tekalah sendiri.hehehehe. kiranya dah hampir stgh tahun kami bersama dan macam2 perangai sama ada baik buruk semuanya dah nampak.......apa pun kami tetap meneruskan pesahabatan kami dan berharap ianya tidak akan berakhir. untuk kwn2, kalu korang dah berjaya satu hari nanti.....renung2lah ke bawah, jgn terlalu memandang ke atas. byk duri di bawah......dan ami tak sanggup nak tgok korang sakit...hehehehe.renungan bersama gak.

kadang2 hati kita selalu berkata kata. betui ke dgn tindakan kita memilih utk ke sini. jiwa2 kadang kala memberontak, keinginan jiwa tidak tercapai. insyAllah geng, satu hari nanti keinginan jiwa yg memberontak itu pasti akan tercapai. setapak kita melangkah, jangan sesekali kita berundur. tuhan sentiasa bersama kita. apa pun cayok2.....ami tau korang semua bleh.....

ok lah geng2ku, sampai di sini dulu....

taraaaaaaaaaa

adei.....minah ni kalu bosan mesti menguap nak dekat 10 kali. tengoklah tu, tak taulah menguap yang keberapa.hehehee

Wednesday, February 27, 2008

hepyyyyyy nyerrrrrrrr



ni lah kek besday ami tahun lepas. Dan telah di sambut dengan sahabat2 ami yg nakal2 semuanyer.....

sahabat2ku


Harapan persahabatan ini akan kekal untuk selamanya walaupun korang jadi bos sekalipun.jangan berlagak dengan aku biler korang dah diva the boss

Yang Indah


Yang indah dalam kenangan bersama satu pasukan. Kesenian Tradisi N.9 yang semakin pupus mula di angkat dan diketengahkan pada dunia. Harap akan ada yang sudi memberi peluang pada ami untuk terus bersama mengekalkan kesenian tradisi ini.

Dia cintaku dunia dan akhirat.

apa yang menarik

Menariknya bila kaki mula melangkah, mengatur perjalanan untuk menjadi seorang yang matang dari usianya. Mengorak langkah untuk memulakan blog yang baru saja dilahirkan. ami pun tak ada idea lagi untuk mengisi kekosongan blog yang ami cipta. insyallah, ada idea dan masa, akan adalah cerita2 yang akan dikongsi dan dihebahkan.

Monday, February 25, 2008

Setapak Melangkah

setapak demi setapak kaki menerus mengejar ke susur itu.........

senjalara

kali pertama ami memetik nama itu........untuk menamakan dia.....dengan panggilan senja.hati ami begitu terubat dengan keletahnya yang menceriakan suasana......