Saturday, June 27, 2009

kenegaraan yang mua dirasai

Baru2 ini aku telah dihantar ke Pahang untuk mengikuti kursus kenegaraan @ BTN. terus terang aku nyatakan bahawa aku sikitpun tidak berminat untuk memikirkan hal2 yang berkaitan politik. tapi apabila sudah wajib aku menghadirinya, ku pergi jugak. konvoi bersama sama rakan 6 kereta semuanya. sampai di sana, lipis, memang aku tidak menjangkakan indahnya ciptaan tuhan kerana aku berkursus di tempat yang dikelilingi dengan tumbuhan kehijauan yang menyegarkan. cuaca di sana tak dapatku pastikan berapa darjah, tapi yang nyata amat mendinginkan.

pengalaman pada hari pertama, aku diwajibkan untuk kembali ke zaman sekolah dimana wajib mengenakan kurung putih sezaman aku sekolah dulu beserta kain hitam dan yang paling penting menutup aurat. ayu juga aku sebenarnya. ahaks, memang menguji kesabaran dan keimanan ketika di sana. seperti biasa aku akan memilih katil yang paling hujung dan bawah sekali. disebabkan aku gayat jadi aku tak memilih untuk memilih katil atas. hehehhe.

seronok di sana kerana dapat jugak aku melupakan sedikit perihal kerja2 aku yang sentiasa mengejar dan menanti aku. tidur memang tidak lena, tetapi aku gembira kerana dapat bersama rakan2 dari pelbagai bidang yang amat berbeza. pagi2 lagi kami dah dikejutkan untuk berjemaah...ya tuhan....indahnya pagi tu...terasa seperti aku tidak mahu untuk kembali ke kuala lumpur. keindahan yang tida di KL.

selepas solat subuh seperti biasa akan ada tazkirah dalam 15 minit dan selepas itu kami akan bergegas untuk menyiapkan diri untuk berkawad. memang mendisiplinkan diri, aku suka sangat. susah sungguh nak nampak matahari di atas kepala, cuacanya memang mampu membuatkan sesiapa saja akan terlena.

Banyak proses2 yang kami pelajari di sana. khususnya untuk menguji aku sebagai seorang penjawat awam. semakin berada di sana semakin aku didekatkan dengan sejarah2 negaraku Malaysia DAN AKU BENAR2 KAGUM DAN BERSYUKUR YANG AKU HIDUP DI BUMI MALAYSIA.

tidak dinafikan sejak akhir2 ini, isu politik menjadi igauan, bualan, rimasan dan sebagainya. isu yang tak pernah abis2. aku jugak sering rimas dengan apa yang berlaku pada masa ini dan hendak juga rasanya tuk melarikan diri dari semua ni.pindah negara?

tidak sama sekali, aku mula menjadi semakin sayang dan cintakan negara aku. untung juga aku pergi ke kursus ni, barulah aku rasai keperitan mereka2 yang terdahulu yang berjuan habis2an untuk mencapai kemerdekaan negara. baru aku tahu apa tujuan politik itu semua. POLITIK sebenarnya adalah tidak kotor, apa yang jelasnya pembawakan seseorang itu yg mementingkan diri sendiri membuatkan ianya menjadi kotor.

terasa rendahnya diri aku di sana kerana kekurangan pengetahuan mengenai sejarah negara aku sendiri. malunya aku rasa kerana aku hidup di negaraku Malaysia tetapi sejarah kewujudannya, kesedihannya, kegembiraannya, pejuangannya tidak aku tahu sepenuhnya. ya tuhan terasa kerdilnya aku ketika itu. ditambah pula usia aku yang mencecah 25 tahun tetapi masih tidak menjalankan tugas sebagai rakyat iaitu mendaftarkan diri untuk SPR.

aku sedih sangat, bila di sana barulah mata aku terbuka seluas-luasnya....pejuang2 kita dahulu berjuang bermati-matian untuk mencapai kemerdekaan negara tetapi masyarakat kita sekarang, bukan mahu membantu sebaliknya berperang sesama sendiri semata -mata tuk mencapai kepuasan diri sendiri. sehinggakan ada yang sanggup menjual aset negara kepada negara lain. sedihnya. aku menangis lagi, tuanku abd rahman,tun hussien onn, tun abd razak yg ketika itu berjuang habis2an untuk mencapai kemerdekaan pada tanah melayu....tapi sekarang semuanya macam tak dihargai....tun mahathir, pak lah n najib turut meneruskan misi yang sama untuk negara ini. tetapi tetap dipertikaikan.

isu2 perkauman mula dipertikaikan, isu2 raja2 mula dipersoalkan, bahasa melayu mula dipincangkan.kenapa? kenapa pelembagaan persekutuan diwujudkan? kenapa? untuk siapa? fikirkan dulu sebelum membuat anasir2 bodoh. aku sakit hati aku kecewa, kecewa dengan masyarakat di Malaysia yang terlalu bodoh dan selfish dalam membuat sebarang tindakan.

dunia semakin kalut dengan pekara2 yg macam2 yang dah tak terbendung. bila aku melihat visual kejadia 13 mei 1946, perasaan takut mula menyelubungi aku. ntah kenapa bila kejadian perhimpunan hindraf dr jalan ampang, kg.baru,jln.tun razak, membuatkan aku semakin takut kerana kejadian itu seperti kejadian yg sama berlaku pada 13 mei.

Ya Allah, Kau lindungilah Negaraku dan Masyarakatnya dari ancaman2 kotor yang semakin menghampiri kami. jauhkanlah kami dari sebarang musibah dan bencana dan selamatkanlah negaraku MALAYSIA. aku bangga menjadi rakyat Malaysia. Insyallah aku akan meneruskan perjuangan2 demi negaraku Malaysia

bila aku memikirkan semula benda2 ni, kita yang mudalah yang patut menyambung perjuangan2 mereka yang terdahulu. kitalah yang patut menjaga negara kita, kitalah yang patut mengharmonikan negara kita, kitalah yang patut mewarnai negara kita dengan keamanan. dan kitalah PENYAMBUNG WARISAN.

Tuesday, June 16, 2009

mendengar azan

Pesanan Semasa Mendengar Azan...

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.... lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan
berkumandang.

Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak .

Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami.

Amin..amin..amin Yarobbal a'lamin.."

SABAH-KL






pengalaman di sabah memang merupakan satu pengalaman yang menarik buat aku. ya mungkin boleh dikatakan ini kali pertama aku di sana. mengenali perayaan masyarakat di sana yg pelbagai kaum, pelbagai budaya memang menggembirakan aku. menginap di shangrila hotel anatara yg berhampiran dengan dataran merdeka yang merupakan tempat sambutan perayaan tadau kea'matan berlangsung. meriah dan menarik dihadiri dgn ramai tetau2 dari setiap peringkat. apa yg menariknya di sana sebab aku dapat mencuba masakan di sana...hahah itu memang bab yang aku suka sekali. sungguhpun cuaca di sana panas dan membuatkan warna kulitku bertukar, aku tetap gembira dan hilang kepenatan bila melihat keadaa di sana. persembahan kami berjaya diteruskan jua walaupun mengalami keadaa cuaca yang tidak mengizinkan.alhamdulillah tetap berjaya.

satu pengalaman yang indah dan menarik sememangnya tak dapat dilupakan.
tq pada team2 produksi yang membantu.

Thursday, June 4, 2009

sabah bah

malam semalam memang susah tuk aku melelapkan mata. aku hanya tido selama sejam lebih kurangla....nak kata banyak masalah tak derla plak....sampai di KLIA jam 12 lebih kurang...setlekan pe2 yg patut we all p minum menggantikan sarapan yg tak sempat pg tadi...apa ek nama kedai tu tak silap aku, walker kopitiam kot....em tapi sedap lagi di oldtown white cfee kegemaran aku tu. flight ke KK jam 2 petang, tunggu pnya tgu flight dlay plak ke jam 3 petang. huh apalah yg aku nak buat....em teman ada bersama... buku yg aku beli di kinokuniya-dilema melayu-islam kurang fikir atau kurang zikir...melayan buku ni sampai aku terleka sehinggalah didlm flight pn aku ralit membacanya....2 jam 20 minit odway ke KK, fuh pelik juga ngan aku ni, tak gak aku tidur...
sampai di KK aku n the geng bergerak ke shangrila. keluar dr airport....em ari dah semakin gelap....hehehehe hampir terlupa aku sini awal malamnya...apalah yg nak d buat...sampai d shangrila...aku dikejutkan untuk berkumpul jam7, punyalah aku bising n membebel sebab memikirkan pasal maghrib...hehehehe aku ketawa kecil, lucu rasanya.baru aku sedar maghrib di sini awal rupanya...nasib aku tak wat luahan perasaan dkt diorg kalau tak...kena semburlah aku....hehehe

aku baru je alik dr lokasi perayaan tadau yang akan berlangsung pd 7 jun 2009. persiapan berjalan dgn lancar...pentas sudahpun dinaikkan, n rumah2 adat belum dinaikkan lagi.... sampai jam 11.30 aku kembali semula ke hotel...dan mata aku masih sama...tak ada tanda2 menunjukkan nak tido. esok akan bermulanya sesi latihan bagi artis2 yg ada seperti felix, abby yus,artis2 sabah n ramai lagi...

menanti kerja2 yg semakin sibuk untuk esok...mudah2an tiada halangan utk meraikan perayaan tadau kea'matan tahun ni...dan sekarang aku sedang melayan rancangan di luar lingkungan bersama sayed munawar - mengenai bahasa melayu...turut ditampilkan pensyarah2,pcermah2 yg berkaliber utk membncgkan isu ni...bahasa melayu sebagai bahasa rasmi...adakah bahasa melayu dalam 100 tahun ianya masih diteruskan....em isu yg menarik dan tak pernah abis...dr mula aku study sampailah aku dah kerjaa......

arghhh sabah bah...ada disini buat aku tak lena tidur....cuaca kot..