Wednesday, August 26, 2009

kemungkinan

Mengapa perlu adanya kemungkinan2 itu....
yang bisa menggoyah perasaan ketika itu
dan kemungkinan2 yang bisa membuatkan tertanya-tanya
ternyata kemungkinan2 tetap akan datang terus dan terus
arghhhhhhh.............

Tuesday, August 4, 2009

Muhasabah diri

ahad malam aku berada di ASK untuk menyaksikan persembahan temanku dan kawan2ku. tapi persembahan pada malam tu memang tak dapat aku menghayati dengan betulnya. melayan kesakitan pada tubuhku, kesejukkan yang membuatkan aku menggigil meskipun telah dibaluti dengan jaket milik rakanku teteap membuatkan aku resah dan gelisah. sehabis sahaja persembahan aku terus pulang ke rumah pandangan jalanraya yang semakin kabur aku redah jua semakin tak sabar rasanya nak tiba di rumah. rezeki aku baik malam tu berbanding dengan hari2 yang lain tuk mendapatkan parking memang susah sekali. aku rehatkan dulu badanku di dalam kereta sambil otakku ligat memikirkan perjalanan aku yang seterusnya, memanjat anak2 tangga untuk sampai ke rumahku...
aku menggagahi jua demi sampai ke destinasiku dan tak sabar rasanya tuk aku rbahkan diriku. sampai saja di rumah, kelihatan teman rumahku sedang menonton tv,hanya sempat aku menyapanya sepatah kata dan aku pun bom...
jam menunjukkan ke angka 2, aku terjaga dan resah,sejuk yg semakin luar biasa, ternyata aku memang demam rupanya. susah aku nak terima kenyataan yang aku demam,dan akhirnya aku cuti jugak dan pagi2 tu aku p klinik di bawah rumahku dan aku betul2 diuji sekali lagi. punyalah ramai manusia2 yang sakit pada hari tu,aku no yang ke 28. aku punyalah resah, gelisah, lenguh2 badan semua ada, alih aku tertidur kat kerusi. aduh nilah rasa yang paling tak besat aku rasa. sampai sudah giliran aku, doc terkejut, rasanya tak sampai seminggu yang lepas aku p jumpa dia, ni aku mai balik. dia g tau suhu badan aku makin tinggi, ditambah pulak dengan simptom2 lain menyebabkan badan aku makin lemah dan akhirnya aku dapat mc 2 hari......ayarkkkk kalau org lain mesti suka, tapi pada aku yang kerja yg makin bertambah dan tak mempunyai masa ni....aku rehat jer bayang2 kerja datang...adeiiii.
berbekalkan seketul muffin aku alaskan perut aku sebab nak makan ubat punya pasal dan aku terus tidor.....lemah jer rasa badan aku....tidurrr...ok aku sambung tuk muhasabah diri II nanti....