Wednesday, September 16, 2009

kata seorang sahabat

"cinta ibarat kupu-kupu". makin kau kejar makin ia menghindar, tapi bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghamirimu di saat-saat kau tidak menduga. cinta mampu membahagiakan tetapi sekarang ianya banyak menyakitkan. tapi cinta hanya istimewa apabila kau berikan pada seseorang yang layak menerima...

cinta bukannya menerima.. cinta bukannya mencari seseorang yang sempurna, tetapi menemukan seseorang yang mampu menjadikan dirimu sempurna..
cinta menyakitkan bila kamu putuskan hubungan dengan seseorang tetapi lebih sakit bila seseorang memutuskan hubungan denganmu.

cinta juga paling menyakitkan apabila orang yang kau cintai langsung tidak mengetahui perasaanmu terhadapnya. jangan katakan " aku cinta padamu" bila kau tidak benar-benar peduli dan jangan bicarakan soal perasaan bila ia tidak benar-benar ada.
jangan kau sentuh hidup seseorang bila kau berniat main-main dengannya.
jangan ke dalam matanya bila apa yang kau lakukan hanya pembohongan.

hal yang paling kejam dilakukan ialah membuatkan seseorang itu jatuh cinta, sedangkan kita tidak berniat langsung untuk menerimanya saat-saat ia terjatuh.
hal yang menyedihkan dalam hidup ialah apabila bertemu seseorang lalu jatuh cinta, kemudian akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodohmu dan mensia-siakan masa berapa lamanya untuk seseorang yang mungkin tidak layak. kalau sekarang ia sudah tidak layak, 10 tahun akan datang pun dia belum tentu akan layak.....

dan apa lagi yg kau tahu pasal cinta?

....

mensyukuri dgn apa yg berlaku di bulan yg mulia ini
insyaAllah segala apa yg terselindung dan disimpan, pasti akan kau tahu...
dan tahu...tiada sembunyi lagi....
alhamdulillah....

tiada tajuk

emosi?
hidup dan dikawal dengan ia....
siapa yg mengawal diri?
keadaan?
emosi?
kita?

emosi?
stabil atau tidak
dek kerana wujudnya pelakon2 pembantu?
tercabar?
terasa?
merasa?
siapa yg terkena?
tempias siapa?
untuk apa?

emosi dan emosi?
tepuk dada tanya selera...

makna apa

" ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna
agar dapat kulalui dengan sempurna" tapi...

Tuesday, September 15, 2009

+ = tak campur ?

perasaan
apa yg mendatang
kenapa dia datang
buat apa
ketawa?
menangis?
untuk apa?
untuk siapa?
buat apa?
huh....tak bergerak jugak
masih ada tersimpan...
tipu?
untuk apa dan siapa?
puas...
gembira?
betul ke?
sampai bila
senyap.........bisu
hipokrit!
batu!
pasir!
longkang!
plastik.....
untuk siapa?
teruskan selagi ada
sampai puas!
sampai puas!
jangan pandang belakang...
kau yg pilih!
sendiri mau ingat!
tak campur

bila salvadore berkata kata

BULAN KEBERKATAN, BULAN YG DINANTI NANTI....dan banyak jua ujian yg datang dalam beberapa bulan ni....ya allah bantulah aku untuk menjadi seorang yang matang, seorang yang sabar dan seorang yg cekal dan tabah.....
manusia yg tidak pernah puas dengan apa yg dimilikinya. dan mungkin satu hari nanti,bila sudah kehilangan, baru akan merasai kehilangan sesuatu...itu lumrah dunia dan manusia. tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki...

syukur tuhan kerana aku masih berpijak di bumi yang nyata....dan ternyata aku masih aku dan bukannya jelmaan sesiapa di dalam diri...
syukur sekali lagi dengan apa yang aku kecapi dan aku lalui sehingga ini, moga ada yang indah untuk aku di hadapan sana...amin
syukur kerana aku masih mengingati mereka2 yg ada disekelilingku, syukur kerana aku tidak lupa diri dan syukur kerana aku adalah aku...

dan dengan rasa kesyukuran ini, aku cuba untuk menjadikan aku seorang yang cekal dan tabah serta sabar atas segala ujian2 yg mendatang...
bantulah aku tuhanku, andainya aku tersungkur, andainya aku kecewa, andainya aku terluka, andainya aku terseksa, andainya aku alpa, andainya jiwaku kosong, bantulah aku untuk menjadi seorang insan yg sempurna.

ya tuhanku, bawalah pergi jauh sekiranya sesuatu itu bukan kepunyaanku, bawalah ia pergi sekiranya ianya hanya persinggahan...bawalah sebelum aku terleka dan semakin jauh....

ya tuhanku
syukur atas segala kebahagiaan, kesempurnaan yg aku miliki hingga kini. terima kasih tuhanku....atas segalanya.....