Thursday, December 2, 2010
disember 2010
permudahkan urusan kami Ya Allah...moga segalanya berjalan dengan lancar...moga disember 2010 ini memberi seribu kenangan,kejayaan dan kesejahteraan kepada kami.amin
Monday, October 25, 2010
Friday, October 22, 2010
rebutlah kesempatan waktu
Dan daripada ibnu Umar ra katanya, Rasulullah saw telah menepuk bahuku serta bersabda "hendaklah engkau jadi didunia ini seolah-olah berdagang dinegeri orang atau sebagai orang yang melintasi jalan." Ibnu Umar ra berkata, jika kamu berada diwaktu petang janganlah kamu tangguh kewaktu pagi dan jika kamu berada diwaktu pagi janganlah kamu tangguh kewaktu petang. Rebutlah kesempatan sewaktu kamu berada didalam keadaan sihat sebagai persediaan diwaktu engkau sakit dan ketika engkau masih hidup sebagai bekalan ketika engkau mati."
Thursday, September 23, 2010
.......26..........
Terlalu banyak yang saya inginkan, bagi mengisi kehidupan yang singkat ini dan andainya saya ambil air daripada tujuh petala laut tidakkan habis untuk saya menulis, ditujuh permukaan bumi ini.
Dan saya mula mempelajari makna kesedrhanaan di dalam kehidupan. Tahu berterima kasih kepadaMu tuhan, mengisi tugas dan tanggungjawab sebelum sampainya diusung ke liang lahad.
Ya tuhanku, saya bersyukur kerana pada hari ini di usia genap saya 26 tahun saya masih lagi diberi peluang dan kesempatan untuk bernafas dibumi bertuah ini dalam meneruskan tanggungjawab saya. Alhamdulillah dengan apa yang saya miliki sehingga kini, saya panjatkan seribu kesyukuran kepadaMu atas segala yang telah Engkau berikan padaku.
Terima kasih buat mak dan abah yang tidak pernah henti dan jemu melayan karenah saya yang pelbagai ini. Tidak dapat saya membalasnya dengan wang ringgit yang banyak, cukuplah dengan seribu doa yang saya panjatkan untuk kalian. kerana jasa kalian tidak mampu saya membalasnya. Alhamdulillah anda berdua telah mendidik saya menjadi seorang insan yang berguna. juga buat keluarga yang banyak membantu saya, banyak2 terima kasih anda adalah pendorong kepada kejayaan saya
Buat teman abadi, moga hubungan ini akan berterusan tanpa ada rasa jemu tanpa ada rasa bosan tanpa ada rasa resah dan tanpa ada rasa menyesal. semoga hubungan ini mendapat restu dariNya, dan semoga kita akan menjadi semakin matang dalam menilai sesuatu perkara dan semoga kita kental dan bersabar dalam menempuhi ujian dariNya. Kita semakin diuji kerana Dia menyayangi kita. Buatmu jua teman abadiku,saya sentiasa menyokong kerjayamu meskipun tidak dapat membantu dengan wang ringgit, sekadar iringan doa dan dorongan semangat sentiasa tersemai dalam setiap doaku. Biarlah tidak dapat dilihat dengan mata, kerana ianya lahir dari hati yang ikhlas, Tuhan saja yang tahu.
Buat sahabat2 geng2 bilik beku, sukar untuk mendapat sahabat seperti kalian. takkan ada orang yang mampu memiliki sahabat seperti kalian berempat. Saya sangat bertuah mendapat sahabat seperti anda, susah dan senang sama2 kita lalui dalam menggorak langkah dalam kehidupan yang baru buat kita. Semoga hubungan ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat saya. kalianlah sahabat yang takkan saya lupakan. Miss u all 1807.
Buat teman2 lain dan juga rakan2 yang sentiasa memberi sokongan pada saya, terima kasih banyak2. kerana doa kalian membuatkan saya tidak lupa diri.hhahhaha kalian juga pendorong kejayaan saya moga tuhan merahmati anda semua.
Terlalu panjang pula ucapan ini macam dah nak pergi selama-lamanya padahal nak buat ucapan selamat hari lahir pada diri sendiri.hehhehe
Kesempatan ini ingin mengucapkan jua selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin , jua maafkan saya kiranya sepanjang kedewasaan ini ada yang mengguris rasa dengan apa yang saya lakukan baik dari bicara sehinggalah ke perilaku yang mungkin membuatkan anda semua tidak selesa. Halalkan makan dan minum dan kiranya ada hutang yang belum sempat saya langsaikan dan sekiranya saya terlepas pandang jumpalah atau hubungi saya, insyallah saya akan selesaikan.
Terima kasih tuhan atas segala yang saya miliki, insyallah saya akan bersungguh sungguh melaksanakan dan melunaskan tanggungjawab saya sebagai hambaMu di dunia dan akhirat. Amin2 Yarabbal alamin.
Tuesday, August 17, 2010
Salam Ramadhan
Salam Ramadhan buat semua. Pejam celik sudah hari ke-7 kita semua berpuasa. Barulah dapat berkesempatan untuk menulis diruangan ini. Ramadhan kali ini adalah berbeza dengan tahun-tahun yang sebelumnya. Kalau dahulu sentiasa bersama teman untuk bersahur mahupun berbuka. Kali ini semuanya bersendirian. Pertukaran lokasi bekerja teman serumah yang juga teman seperjabat telah membuatkan saya begitu sunyi sekali. Ramadhan kali ini memang banyak ujian. Alhamdulillah dapat diatasi dengan sifat kesabaran yang ada. Minggu yang pertama ini saya belum lagi merasa sunyi kerana ditemani dengan keluarga. Bagaimanalah agaknya untuk minggu-minggu yang berikutnya. Kembali sunyi dan tetap diteruskan seperti biasa bezanya kini seorang diri.
Friday, July 23, 2010
MALAM GALA EKSPLORASI TARI PERINGKAT NEGERI PAHANG
PERSEMBAHAN MALAM GALA EKSPLORASI TARI AKAN MEMPERSEMBAHKAN TARIAN TRADISIONAL DAN KARYA TARIAN KREASI BARU DENGAN CETUSAN IDEA YANG SEGAR DARI KOREOGRAFER HEBAT. ANDA PASTI AKAN TERUJA DENGAN PERSEMBAHAN AUTENTIK SEPERTI TARIAN MANDI SAMPAT, TARIAN PELANDUK, TARIAN ZAPIN RAUB DAN TARIAN KRAK NASIK....................... ANDA PASTI AKAN TERUJA.
TEMPAT : AUDITORIUM TAMAN BUDAYA NEGERI PAHANG
TARIKH :24 JULAI 2010 (SABTU)
MASA :8.30 MLM
Thursday, July 22, 2010
PENAT dan hilang penat
Hilang penat bila melihat keletah anak buah yang mencuit hati. Memiliki 2 orang anak buah yang mempunyai sikap dan perangai yang sangat berbeza. Gambar ni merupakan anak buah saya, mohd haris muqris & Mohd Haris Mursyid. eh tetiba menceritaka perihal anak buahkan. Kalaulah si abang, mohd haris muqris tahu yang saya meletakkan gambar adiknya mesti perasaan cemburunya semakin bertambah. Pejam celik dah umur 6 tahun si abang. cepat betul pembesaran mereka. si abang semakin menuju ke alam kanak-kanak dewasa yang adakalanya pemikiran dia semakin matang seperti orang dewasa. mana tidaknya semuanya adalah pengaruh dari tv dan rakan sebaya. tipulah kalau saya katakan tv bukan pengaruh utama. semuanya dapat dinilai dengan aktiviti si abang yang suka menonton tv dan wayang dan juga psp.em...budak2 sekarang.... jangan tak tau di ketika usianya 4 tahun saya dah membawanya menonton wayang. sehinggalah sekarang dia akan bertanya" bilalah acu nak bawak abang g tengok wayang?" budak2 sekarang memang tak sama dengan budak2 masa sezaman saya dahulu. si adik pula seorang yang sangat manja dan semua orang akan suka padanya kerana memiliki raut wajah yang lembut dan manis seperti bayi perempuan. mana tidaknya permainan utamanya adalah teddy bear yg diberi nama ahmad dan atan. so sweet. hilang penat saya bila bersama mereka.
kesimpulannya nak cerita hari ini stress tapi bila melihat adik dan abang punya pic hilang penat lelah untuk hari ini.
Sunday, July 18, 2010
18 JULAI 2010
ALAHAMDULILLAH, menjengah ke laman sosial iaitu facebook membuatkan saya sering leka dengannya. niat di hati seketika ini hanya mahu singgah sebentar,melihat pada ruangan wall teman di opis mengatakan result undang2 sudah keluar. Ya Allah punyalah saya menjadi kalut dan berdebar dan rasa mau nangis. bila jari saya mula mengklik pada simbol itu ini dan hati makin rancak dan jari terus tekan sambil mata tertutup. bismillahirrahmannirrahim....saya buka mata...alhamdulillah...LULUS...ya Allah,gembira tidah terkata...syukran Ya Allah....amin2
Saturday, July 17, 2010
MAJLIS KUALA LUMPUR BERSELAWAT
tu dia,dok asyik p program joget2,lalak2,ronggeng2..apakata dok p program ni. banyak berkatnya....jom2...
Bila?.....18 julai 2010 masa jam 3:00pm - 10:00pm
tempat????....MASJID ASY-SYAKIRIN KLCC, KUALA LUMPUR
aktiviti- bacaan mawlid, ghasidah, nasyid undangan khas kumpulan INTEAM,MARJAN & ALMAWLID ratib-zikir, majlis ilmu dan ceramah khas dari Syeikh Dr.Mahmoud Marghlani dari Madinah Al-Munawwarah.
Persembahan Teater Tradisional Mek Mulong bertajuk 'DEWA MUDA"
Makyong
shout!!!
SHOUT! is the mod musical magazine that brings back the beautiful birds and smashing sounds that made England swing in the 60's.SHOUT! flips through the years like a musical magazine and takes you back to the music, the fashion and the freedom of the 60's!
This smashing revue tracks five groovy gals as they come of age during those liberating days that made England swing! Join this non-stop journey through the infectious and soulful pop anthems and ballads that made household names of stars like Petula Clark, Dusty Springfield and Lulu.
SHOUT! uses letters to an advice columnist, true confessions, quizzes and advertisements as a frame for terrific new arrangements of such chart-topping hits as "To Sir With Love," "Downtown," "You Don't Have to Say You Love Me," "Son of A Preacher Man," and "Goldfinger." With its
irresistible blend of hip-swiveling hits, eye-popping fashions and psychedelic dances from the 60's, this fun-filled musical will make you want to throw your head back and SHOUT!
July 3 at 12:30pm - July 21 at 12:30pm
Pentas 1, Kuala Lumpur Performing Arts Centre
Cast: Ning Baizura, Tria Aziz, Nikki Palikat, Shanel Shanty James, Tisha Zarina, Stephanie Van Den Driesen, Chelsia Ng, Joanna Bessey.
Majlis Sidang Media Pertandingan Cipta Lagu Irama Malaysia
Sekitar Majlis Sidang Media Pertandingan Cipta Lagu Irama Malaysia bertempat di Pavilion, Kuala Lumpur. Dalam misi kerajaan untuk memartabatkan irama muzik tempatan JKKN mengorak langkah menghidangkan peluang kepada komposer-komposer muda berbakat untuk menyerlahkan bakat mereka. Pengumuman saingan peringkat akhir ini mencatat sejarah tersendiri apabila nama-nama besar dalam industri muzik tempatan turut disenarai akhirkan. Justeru luangkan masa anda pada 24 julai ini untuk siaran langsung di RTM. Program menyemarakan aktiviti seni budaya ini dianjurkan oleh JKKN di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia dengan kerjasama RTM serta sokongan padu Klasik Nasional.....Lawati www.jkkn.gov.my / www.klfestival.org.my untuk keterangan lanjut.....
"Bharata Natyam"
JKKN terus menawarkan program-program berwajah 1Malaysia. Melalaui Program Siri Teater Tradisional Malaysia 2010, sebuah pementasan seni tarian kaum India bakal dipersembahkan pada 17 Julai ini bertempat di Panggung Bandaraya dan masuk adalah percuma. "Bharata Natyam" ini ditarikan oleh Kumpulan 'The Temple of Fine Arts' yang terkenal sebagai sebuah organisasi kebudayaan lasak memperjuangkan serta mempromosikan muzik dan tarian tradisional tanpa mengira bangsa, agama dan budaya!.....Jom ke sana malam ni!!........
Featuring the classic Indian dance Bharata
Natyam from Tamil Naidu Region in Southern India Classical dance of Bharata Natyam is one of the classical Indian dances, full of tradition.Typically, a solo dance performed by a female dancer.
The dramatic and passionate dance is based on ancient Indian epic stories and displays more than 100 styles of dance and body movement which includes the movement of hand, foot and eye.
In view of this dance to take some time to master, there are some children dancers began to train at the early age of five years. To complete the presentation of dance, there are six levels of performance known as Alarippu, Jatiswaram, Sabdam, Varnam, Delete and Thillana. These stages combine elements Nritta or pure dance and Nritya (dance expressions).
Come, and let's enjoy the Show!.......1Malaysia...Where The Arts Come Alive!
Admission : Free Entrance / Tel : 03-2052 3600 / www.jkkn.gov.my
Location: Panggung Bandaraya, Kuala Lumpur
Konsert Dir Suara 1 Malaysia
Tuesday, July 6, 2010
Friday, April 30, 2010
5 tahun
ALHAMDULILLAH....hajat bertemu dengan seorang pensyarah saya baru2 ini tercapai dan seperti tidak disangka. hampir 5 tahun kita tidak bertemu dan malam ini Ya ianya memang indah walupun hanya diberi kesempatan 2 jam bertemu memang ternyata ianya tidak memberi kepuasan untuk melepaskan perasaan rindu terhadapnya. kami berlima berkumpul malam tadi walaupun tidak mengcukupi bilangan ahli2 yang lain tapi ianya dah memadai juga dan syukur tuhan kerana memberi kesempatan pada kami untuk bertemu lagi. saya coretkan panggilan tuan di dalam blog ini,mudah sedikit daripada berencik-encik.
terima kasih tuan kerana pernah memberi ilmu dan tunjuk ajar satu ketika dulu dan sehingga ke hari ini tuan masih memberi tunjuk dan ajar. insyallah akan saya gunakan yang sebaik baiknya. banyak kiasan2 yang diberikan tetap sama seperti satu ketika dulu di dalam kelas, dan otak saya ini ligat memikirkannya seperti dulu dan membuatkan saya tersenyum sendiri.
mata ini, telinga ini tidak puas mendengar cerita dan gurauan2 tuan.masih seperti dulu dan tuan juga telah kurus sedikit berbanding dahulu yg agak montel. mungkin kerinduan tuan pada kami,teman2 dan rakan2 seperjungan sebelum ini membuatkan tuan tidak lena tidur..heheh saya dah mula merepek.
ya, tuan banyak juga membantu saya dan rakan2 ,terima kasih.dan atas kejayaan kami ini jugalah juga atas doa tuan kepada kami. alhamdulillah moga pertemuan ini dipertemukan semula. insyallah.
semoga segalanya selamat dan tiada kecelakaan berlaku sepanjang perjalanan tuan pulang ke rumah. amin dan sampaikan salam sayang saya buat keluarga saya di singapura,kakak dan anak2.

Monday, April 5, 2010
diuji
ya,tuhan.aku diuji.tima kasih.byk dugaan buat aku.insyallah aku cuba.takkan berlari.aku terlalu penat.tapi perlu diteruskan dmi mereka2 yg aku syg.kdg kala jatuh kadangkala bgun.yeah manusia biasa.fahami aku.tima kasih tuhan,atas ujian2 ini.kuatkn lah aku,dia dan semuanya.
Tuesday, March 16, 2010
dari DIA kita datang dari DIA juga kita pergi
Kawan2 yang sudi membaca blog yang tidak seberapa ini, terima kasih kerana sudi meluangkan masa. hari ini aku dikejutkan dengan berita yang aku tidak2 sekali akan menjangkanya. dan hari ini aku telah kehilangan seorang teman,kawan dan juga sahabat. tepat jam 1.00 tengahari aku mendapat panggilan telifon dari rakan sepejabat yang mengatakan sahabatku Firdaus @ fydodydo panggilan manja dari kami telah meninggal dunia.Jam dia meninggal tidaklah diketahui lagi, yang nyata diberitahu pagi tadi iaitu rakan sekolejnya menjumpainya terbaring dalam keadaan mulut berbuih. aku masih lagi memanti keputusan daripada rakan2 yang lain, menunggu jenazahnya dihantar ke ampang iaitu rumah keluarganya. kawan2 semua, aku sempat bertemu dengannya pada bulan 11 tahun lalu ketika aku sedang bertugas dipanggung bandaraya kuala lumpur. dan sempat juga aku menyapanya di laman sosial facebook ucapan selamat hari lahir pada 9 mac baru2 ini. dan ternyata kini gambar kenangan dia dan rakan2 ku berlima menjadi kenangan abadi buat kami berenam.
semoga ALLAH menempatkan rohnya bersama mereka yang beriman. Ya ALLAH, terima kasih meminjamkan kepada kami hambaMU Fydodydo ini Ya ALLAH. Berikan kami yang tinggal ini keredhaan dalam menerima segala apa yang telah ENGKAU tentukan untuk kami. Amin.
Friday, March 12, 2010
BULAN SAKIT
bulan ni memang bulan sakit bagi saya. macam2 yg saya rasa...sakit dari segi fizikal, mental dan rohani. migrain,demam,sakit dada,flu,sengal badan,sengugut yang sering dialami oleh kaum hawa,tangan terkehel-perasan kuat sangat,jiwa kacau....hahahha semuanya dugaan...kurela diuji...dan kuyakin semuanya ada hikmah di sebalik yang berlaku...
bulan ni memang bulan sakit, penat benar mahu berjalan, merangkak,apatah lagi berlari...nafas yg makin pendek untuk dikawal.
bulan sakit dan bulan muhasabah diri...
bulan yg setiap malam menanti sendiri.

Wednesday, March 10, 2010
ke-2 kali
Masih sepi kerana ke-2 kalinya keterlelapan yg berlaku..aduhai mahu disalahi siapa...tidak perlu untuk membuat temujanji,siapalah aku untuk membuat begitu...manusia yg mempunyai rasa yg semua manusia memilikinya....
selamat malam untuk keletihan ini...penat untuk berjalan....
selamat malam untuk keletihan ini...penat untuk berjalan....
Wednesday, February 24, 2010
Sindbad Kembali
Jom n moh pakat ramai2 kita p Penang menyaksikan Pementasan Sindbad d tour to USM Penang. Pementasan adalah seperti berikut:
Tarikh : 1-2 Mac 2010
Masa : 8.30 malam
Tempat : Dewan Budaya,USM
Kepada mereka2 yang tidak berkesempatan menyaksikannya di Panggung Bandaraya disember yg lalu...jomlah kita semua p penang na....sambil makan nasi kandar...p hard rock cafe tu....singah2 la menonton....
mai jangan tak mai.....
jumpa di sana
Saturday, February 13, 2010
dan malam cuti ini
banyak hal yang perlu diselesaikan sehinggakan tidak terkejar dek masa untuk berlari ke suatu tempat untuk mendapatkan 2 keping kertas untuk malam ini. dan akhirnya mungkin menimbulkan sedikit perasaan hampa. dek kerana perkara2 yang berlaku disekeliling sentiasa menyekat untuk melakukan sesuatu. harap ada yang faham akan itu, ianya rumit dan lagi indah kalau ada yang sudi membantu ke arah yang sama.
esok saya akan pergi meninggalkan kuala lumpur yang penuh indah dengan pelbagai kenangan buat saya, baik yang indah mahupun pahit. terlalu lama untuk saya merasai kenikmatan untuk ke destinasi ini walaupun dalam keadaan sederhana dan saya yakin ianya akan memberi kepuasaan. saya akan pergi sendiri lagi untuk kali ini. sayup sayu saja malam ini memikirkan perjalanan saya esok, merisaui kalau2 ada janji yang tidak dilaksanakan. merisaui kalau2 lambat atau tak dapat ditunaikan. insyallah kalau diizinkannya.
malam makin hanyut melewati ke pagi hari, dan saya masih lagi tidak membuat sebarang persiapan untuk esok hari. apalah yang saya fikirkan. kenyataannya harus pergi demi menjaga sebuah hati sementara masih ada. sahabat2,doakan perjalanan saya semoga semuanya selamat. dan saya tetap merindui kuala lumpur kerana di sini dia berada.
malam ini, esok dan hari yg dinanti

Thursday, February 11, 2010
jenguk, lirik, penat,selesa dan suka
Dek kerana tanggungjawab ke atas kerjaya membuatkan saya terlupa seketika dek masa untuk mencari diri saya semula. dek kerana masa itulah yang membuatkan saya sekian lama tidak mencoretkan secebis kata pada blog saya yang telah sekian lama menyepi. sekembalinya saya dari johor yang lalu membuatkan saya menerima macam2 karenah manusia yang sukar disangkal.kepenatan yang dirasa begitu terubat bila saya berjaya menyelesaikan tugasan dan tanggungjawab saya walaupun melalui seribu macam cerita. bermula dengan masalah dengan pengurusan hotel, masalah dengan peserta saya, dengan kemangkatan sultan johor turut membuatkan saya serba salah ketika itu, sama ada meneruskan program atau turut sama berkabung. semuanya dapat saya atasi dan telah dibantu juga oleh rakan2 dari negeri, para fasilitator yg tak pernah jemu dengan saya dan juga peserta2 yang terlibat.
alhamdulillah semuanya terlaksana, yang merisaukan saya apabila berat saya naik pula 1kg, aduh itu yang membuatkan saya kerisauan. bukan kerisauan atau kebimbangan untuk cantik, sebenarnya untuk memiliki kesihatan yang baik dan sempurna. memang tak dinafikan kalau kawan2 semua datang ke muar, mesti takkan ketinggalan untuk mencuba mee bandung muar, sate n macam2 lagi... terus terang saya katakan yang saya tidak gemar sangat dengan mee...dek kerana rakan yang beria mahu saya mencuba mee bandung muar,akhirnya saya cuba jua tapi dengan mihon bandung muar...hehehhe janji saya tidak menghampakannya. bayangkan makan sate di pagi hari, inilah pengalaman pertama makan sate di pagi hari. boleh dikatakan sepanjang berada di sana boleh dikatakan hari2 adalah menu yang sama saya makan, dan ditambah pula dengan ikan semilang masak asam pedas. memang sedap dan disebabkan kesedapan itulah berat saya naik.hehehhe. tapi asam pedas air tangan bonda tetap dihati saya.
sekembalinya dari johor saya beralih arah ke negeri melaka bandar bersejarah, bertugas untuk program 1Malaysia di Pantai Klebang. Kehadiran Perdana Menteri Malaysia, dan para2 vvip,vip yang lain dan turut dihadiri seramai 50 ribu rakyat melaka serta dipersembahkan persembahan yang melibatkan 412 orang peserta yang telah dikelolai oleh jabatan saya. turut menjayakan persembahan ini adalah Pak Ngah yang merupakan pengarah persembahan bersama KP jabatan saya serta tenaga2 kreatif iaitu bos2 saya, team2 gegau, para koreografer dan banyak lagi.
Keadaan di sana memang susah nak dijangkakan. mengharapkan kemungkinan akan adanya angin2 laut yang sepoi2 bahasa....tetapi tidak....kepanasan yang membahang dapat saya dan rakan2 rasainya. bayangkanlah kulit saya yang sawo matang ini telah bertukar menjadi sawo gelap matanglah kot istilahnya....hehehe hitam manis dibuatnya. bukan saja saya, rakan2 yang lain semuanya memiliki warna kulit yang berbeza. itu semua tidak menjadi masalah kepada kami, yang penting tugas, kerjaya dan tanggungjawab membuatkan saya suka dengan kerja saya. tapi perkara yang sama saya lalui di johor, iaitu berat saya bertambah lagi untuk 1kg lagi. aduih, apa kes alieya? rakan2 bertanya....saya membisikkan pada mereka, kerana penat membuatkan saya akan lapar dan minta perut saya sentiasa ingin diisi. memang lucu dan pelik dengan saya, boleh dikatakan hampir setiap malam perut ini akan diisi dengan otak2 yang sedap dari sebuah kedai yang berhadapan dengan pantai Klebang yang kami menggelari ia kedai along n acik. dek kerana makan menjadi hobi kedua di kala saya kepenatan telah membuatkan saya bertambah comel.
sekembalinya di kuala lumpur, tugasan lain telah menanti saya...aduh masa itu semakin berlari dan penat untuk saya yang rendang ini untuk mengejarnya. kepenatan tetap semakin dirasakan dan saya rasa mungkin faktor anjakan umur saya dan berat saya yang membuatkan saya letih. bilalah akan ada ruang untuk saya melepaskan lelah. bukan niat saya untuk mengeluh dan jauh di sudut hati saya. saya hanya inginkan menikmati rasa indahnya bila dapat memanjakan diri.oh indahnya.
oh tak sabarnya untuk saya merasai percutian yang indah iaitu pulang ke kampung halaman. sangat tak sabar untuk menanti masa itu, cuma tidak dapat dipastikan adakah saya akan pulang bersama keratapi ataupun kereta mini kesayangan saya itu. hanya tunggu dan lihat dan harap perjalanan saya untuk pulang akan berjaya.
percutian ini mungkin tidak lama memandangkan sehari selepas kita menyambut maulidur rasul saya dan rakan akan berlepas ke utara iaitu Pulau Pinang untuk mementaskan sekali lagi Bangsawan Sinbad di sana. jadi bermula dari sekarang saya dan rakan mula bergiat semula membuat latihan. argh dalam masa 2 minggu saya diminta untuk menurunkan berat badan. mampukah saya? memaksa diri untuk ke arah itu? tepuk dada tanya selera. hati saya berkata kata, perlu....hahahaha insyallah....ada dikalangan rakan2 yang cuba membantu, dan saya hanya boleh mengatakan terima kasih kerana prihatin terhadap saya. bukan saya tidak mempercayainya, cuma saya takut nak mengambil risiko. saya berkata pada mereka biarlah saya menggunakan kaedah yang normal....insyallah...
Pulau Pinang,salam sayang dari saya nantikan kehadiran saya dan rakan2 di sana....
Sinbad session 2....

Monday, January 4, 2010
tahun baru
semua menantikan kehadiran tahun baru dengan macam2 azam dan kata2 semangat tuk rakan2, teman2, keluarga,scandal,bf, gf dan yang sewaktu denganya. tapi dengan cara apalh yg disambut?.....macam2 cara yang kita sendiri tahu akan jawapannya. tahun baru kali ini tiada yang indah sangat melainkan dapat meluangkan masa dengan berborak dan berkongsi cerita dengan rakan2 baru yang banyak membantu untuk saya mencari idea bagi kerja di tahun baru. makin ramai kita berkawan, makin luas pemandangan, pandangan dan buah fikiran....heheheh aku menjadi matang untuk ke tahun yang berikutnya. ops...tak dapat menghabiskan story...ada sesuatu yang memanggil...stop dulu...
Subscribe to:
Posts (Atom)