Tuesday, March 16, 2010
dari DIA kita datang dari DIA juga kita pergi
Kawan2 yang sudi membaca blog yang tidak seberapa ini, terima kasih kerana sudi meluangkan masa. hari ini aku dikejutkan dengan berita yang aku tidak2 sekali akan menjangkanya. dan hari ini aku telah kehilangan seorang teman,kawan dan juga sahabat. tepat jam 1.00 tengahari aku mendapat panggilan telifon dari rakan sepejabat yang mengatakan sahabatku Firdaus @ fydodydo panggilan manja dari kami telah meninggal dunia.Jam dia meninggal tidaklah diketahui lagi, yang nyata diberitahu pagi tadi iaitu rakan sekolejnya menjumpainya terbaring dalam keadaan mulut berbuih. aku masih lagi memanti keputusan daripada rakan2 yang lain, menunggu jenazahnya dihantar ke ampang iaitu rumah keluarganya. kawan2 semua, aku sempat bertemu dengannya pada bulan 11 tahun lalu ketika aku sedang bertugas dipanggung bandaraya kuala lumpur. dan sempat juga aku menyapanya di laman sosial facebook ucapan selamat hari lahir pada 9 mac baru2 ini. dan ternyata kini gambar kenangan dia dan rakan2 ku berlima menjadi kenangan abadi buat kami berenam.
semoga ALLAH menempatkan rohnya bersama mereka yang beriman. Ya ALLAH, terima kasih meminjamkan kepada kami hambaMU Fydodydo ini Ya ALLAH. Berikan kami yang tinggal ini keredhaan dalam menerima segala apa yang telah ENGKAU tentukan untuk kami. Amin.
Friday, March 12, 2010
BULAN SAKIT
bulan ni memang bulan sakit bagi saya. macam2 yg saya rasa...sakit dari segi fizikal, mental dan rohani. migrain,demam,sakit dada,flu,sengal badan,sengugut yang sering dialami oleh kaum hawa,tangan terkehel-perasan kuat sangat,jiwa kacau....hahahha semuanya dugaan...kurela diuji...dan kuyakin semuanya ada hikmah di sebalik yang berlaku...
bulan ni memang bulan sakit, penat benar mahu berjalan, merangkak,apatah lagi berlari...nafas yg makin pendek untuk dikawal.
bulan sakit dan bulan muhasabah diri...
bulan yg setiap malam menanti sendiri.
bulan ni memang bulan sakit, penat benar mahu berjalan, merangkak,apatah lagi berlari...nafas yg makin pendek untuk dikawal.
bulan sakit dan bulan muhasabah diri...
bulan yg setiap malam menanti sendiri.
Wednesday, March 10, 2010
ke-2 kali
Masih sepi kerana ke-2 kalinya keterlelapan yg berlaku..aduhai mahu disalahi siapa...tidak perlu untuk membuat temujanji,siapalah aku untuk membuat begitu...manusia yg mempunyai rasa yg semua manusia memilikinya....
selamat malam untuk keletihan ini...penat untuk berjalan....
selamat malam untuk keletihan ini...penat untuk berjalan....
Subscribe to:
Posts (Atom)