ALHAMDULILLAH....hajat bertemu dengan seorang pensyarah saya baru2 ini tercapai dan seperti tidak disangka. hampir 5 tahun kita tidak bertemu dan malam ini Ya ianya memang indah walupun hanya diberi kesempatan 2 jam bertemu memang ternyata ianya tidak memberi kepuasan untuk melepaskan perasaan rindu terhadapnya. kami berlima berkumpul malam tadi walaupun tidak mengcukupi bilangan ahli2 yang lain tapi ianya dah memadai juga dan syukur tuhan kerana memberi kesempatan pada kami untuk bertemu lagi. saya coretkan panggilan tuan di dalam blog ini,mudah sedikit daripada berencik-encik.
terima kasih tuan kerana pernah memberi ilmu dan tunjuk ajar satu ketika dulu dan sehingga ke hari ini tuan masih memberi tunjuk dan ajar. insyallah akan saya gunakan yang sebaik baiknya. banyak kiasan2 yang diberikan tetap sama seperti satu ketika dulu di dalam kelas, dan otak saya ini ligat memikirkannya seperti dulu dan membuatkan saya tersenyum sendiri.
mata ini, telinga ini tidak puas mendengar cerita dan gurauan2 tuan.masih seperti dulu dan tuan juga telah kurus sedikit berbanding dahulu yg agak montel. mungkin kerinduan tuan pada kami,teman2 dan rakan2 seperjungan sebelum ini membuatkan tuan tidak lena tidur..heheh saya dah mula merepek.
ya, tuan banyak juga membantu saya dan rakan2 ,terima kasih.dan atas kejayaan kami ini jugalah juga atas doa tuan kepada kami. alhamdulillah moga pertemuan ini dipertemukan semula. insyallah.
semoga segalanya selamat dan tiada kecelakaan berlaku sepanjang perjalanan tuan pulang ke rumah. amin dan sampaikan salam sayang saya buat keluarga saya di singapura,kakak dan anak2.