Tuesday, August 17, 2010

Salam Ramadhan



Salam Ramadhan buat semua. Pejam celik sudah hari ke-7 kita semua berpuasa. Barulah dapat berkesempatan untuk menulis diruangan ini. Ramadhan kali ini adalah berbeza dengan tahun-tahun yang sebelumnya. Kalau dahulu sentiasa bersama teman untuk bersahur mahupun berbuka. Kali ini semuanya bersendirian. Pertukaran lokasi bekerja teman serumah yang juga teman seperjabat telah membuatkan saya begitu sunyi sekali. Ramadhan kali ini memang banyak ujian. Alhamdulillah dapat diatasi dengan sifat kesabaran yang ada. Minggu yang pertama ini saya belum lagi merasa sunyi kerana ditemani dengan keluarga. Bagaimanalah agaknya untuk minggu-minggu yang berikutnya. Kembali sunyi dan tetap diteruskan seperti biasa bezanya kini seorang diri.