Thursday, September 23, 2010

.......26..........


Terlalu banyak yang saya inginkan, bagi mengisi kehidupan yang singkat ini dan andainya saya ambil air daripada tujuh petala laut tidakkan habis untuk saya menulis, ditujuh permukaan bumi ini.
Dan saya mula mempelajari makna kesedrhanaan di dalam kehidupan. Tahu berterima kasih kepadaMu tuhan, mengisi tugas dan tanggungjawab sebelum sampainya diusung ke liang lahad.

Ya tuhanku, saya bersyukur kerana pada hari ini di usia genap saya 26 tahun saya masih lagi diberi peluang dan kesempatan untuk bernafas dibumi bertuah ini dalam meneruskan tanggungjawab saya. Alhamdulillah dengan apa yang saya miliki sehingga kini, saya panjatkan seribu kesyukuran kepadaMu atas segala yang telah Engkau berikan padaku.

Terima kasih buat mak dan abah yang tidak pernah henti dan jemu melayan karenah saya yang pelbagai ini. Tidak dapat saya membalasnya dengan wang ringgit yang banyak, cukuplah dengan seribu doa yang saya panjatkan untuk kalian. kerana jasa kalian tidak mampu saya membalasnya. Alhamdulillah anda berdua telah mendidik saya menjadi seorang insan yang berguna. juga buat keluarga yang banyak membantu saya, banyak2 terima kasih anda adalah pendorong kepada kejayaan saya

Buat teman abadi, moga hubungan ini akan berterusan tanpa ada rasa jemu tanpa ada rasa bosan tanpa ada rasa resah dan tanpa ada rasa menyesal. semoga hubungan ini mendapat restu dariNya, dan semoga kita akan menjadi semakin matang dalam menilai sesuatu perkara dan semoga kita kental dan bersabar dalam menempuhi ujian dariNya. Kita semakin diuji kerana Dia menyayangi kita. Buatmu jua teman abadiku,saya sentiasa menyokong kerjayamu meskipun tidak dapat membantu dengan wang ringgit, sekadar iringan doa dan dorongan semangat sentiasa tersemai dalam setiap doaku. Biarlah tidak dapat dilihat dengan mata, kerana ianya lahir dari hati yang ikhlas, Tuhan saja yang tahu.

Buat sahabat2 geng2 bilik beku, sukar untuk mendapat sahabat seperti kalian. takkan ada orang yang mampu memiliki sahabat seperti kalian berempat. Saya sangat bertuah mendapat sahabat seperti anda, susah dan senang sama2 kita lalui dalam menggorak langkah dalam kehidupan yang baru buat kita. Semoga hubungan ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat saya. kalianlah sahabat yang takkan saya lupakan. Miss u all 1807.

Buat teman2 lain dan juga rakan2 yang sentiasa memberi sokongan pada saya, terima kasih banyak2. kerana doa kalian membuatkan saya tidak lupa diri.hhahhaha kalian juga pendorong kejayaan saya moga tuhan merahmati anda semua.

Terlalu panjang pula ucapan ini macam dah nak pergi selama-lamanya padahal nak buat ucapan selamat hari lahir pada diri sendiri.hehhehe
Kesempatan ini ingin mengucapkan jua selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin , jua maafkan saya kiranya sepanjang kedewasaan ini ada yang mengguris rasa dengan apa yang saya lakukan baik dari bicara sehinggalah ke perilaku yang mungkin membuatkan anda semua tidak selesa. Halalkan makan dan minum dan kiranya ada hutang yang belum sempat saya langsaikan dan sekiranya saya terlepas pandang jumpalah atau hubungi saya, insyallah saya akan selesaikan.

Terima kasih tuhan atas segala yang saya miliki, insyallah saya akan bersungguh sungguh melaksanakan dan melunaskan tanggungjawab saya sebagai hambaMu di dunia dan akhirat. Amin2 Yarabbal alamin.