NAMA penyakit ini mungkin tidak sepopular penyakit kencing manis, sakit jantung, kanser payu dara dan sebagainya kepada orang awam, malah kekerapan penyakit ini untuk dihidap oleh pesakit juga kecil jumlahnya.
Adakalanya, si penghidap juga tidak mengetahui mereka menghidap penyakit ini sehinggalah berjumpa doktor pakar.
Bagaimanapun penyakit Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) atau lupus ini tidak boleh dipandang ringan.
Namun, kekurangan maklumat dan pendedahan mengenai penyakit ini kepada umum seringkali menyebabkan penghidapnya menerima tanggapan negatif daripada individu lain kerana salah faham berkenaan penyakit itu.
Menurut Pakar Perunding Perubatan dan Rheumatologi, Jabatan Perubatan Hospital Selayang, Selangor, Dr. Ong Swee Gaik, penyakit SLE merupakan penyakit kronik berpanjangan yang berlaku akibat kecelaruan sistem pertahanan tubuh iaitu autoimmune disease.
‘‘Sistem pertahanan tubuh merupakan rangkaian sel yang bertindak melindungi tubuh daripada serangan benda asing.
“Sistem pertahanan tubuh yang normal akan menghasilkan antibodi apabila ia mengesan organisme yang masuk ke dalam tubuh untuk mengelak serangan jangkitan organisme berkenaan. Antibodi yang terhasil akan menyerang organisme tersebut untuk mempertahankan tubuh,” katanya.
Malangnya bagi seorang pesakit SLE, antibodi yang terhasil menyerang sel-sel tubuh sendiri yang menyebabkan organ di dalam tubuh pesakit mengalami keradangan.
Dr. Ong berkata, penghidap SLE lebih ramai di kalangan wanita berbanding lelaki dengan nisbah 9:1 (sembilan wanita kepada seorang lelaki) dan kebanyakan wanita yang menghidap SLE berada di dalam lingkungan umur 15 hingga 40 tahun.
Penyakit ini boleh juga melibatkan kanak-kanak dan kerap menimpa orang-orang Asia berbanding dengan orang Barat.
‘‘Kekerapan ini pasti menyebabkan masalah kepada wanita kerana pada usia ini wanita sedang berada pada tahap produktif dari segi pencapaian kerjaya dan biologikal (mengandung).
‘‘Kira-kira sepuluh peratus pesakit SLE terdiri daripada lelaki dan kanak-kanak,” katanya.
Apabila ditanya kenapa penyakit ini lebih banyak menyerang wanita, Dr. Ong berkata, punca sebenar berlakunya SLE masih tidak diketahui, namun katanya terdapat beberapa faktor yang dapat dikaitkan dengan SLE.
Antaranya ialah akibat jangkitan virus, hormon seks, faktor persekitaran dan keturunan.
Terdapat tiga jenis penyakit “lupus” iaitu Discoid Lupus Eritematosus (DLE) iaitu yang melibatkan kulit sahaja, Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) yang boleh melibatkan pelbagai organ di dalam tubuh., dan jenis ketiga ialah Drug Induced Lupus yang diakibatkan daripada sesetengah ubat-ubatan.
Katanya, penyakit ini kadang-kadang sukar didiagnos pada peringkat awalnya kerana gejala-gejalanya tidak begitu ketara. Ini adalah kerana gejala-gejala awal penyakit SLE tidak spesifik termasuk rasa letih lesu, demam, sakit sendi dan keguguran rambut.
Kebanyakan pesakit SLE (70 hingga 80 peratus) mengalami masalah kulit. Selalunya bahagian muka akan terjadi ruam yang dikenali sebagai malar rash atau butterfly rash. Ruam ini terjadi di bahagian pipi dan hidung dan oleh kerana bentuk ruam ini merupai bentuk sayap rama-rama, ia juga dikenali sebagai butterfly rash.
Ruam ini terdapat di bahagian badan yang terdedah kepada cahaya matahari iaitu di bahagian muka, leher dan lengan. Pesakit SLE juga mengalami keadaan di mana kulitnya lebih sensitif kepada cahaya matahari dan ruam yang dialaminya akan menjadi lebih merah apabila terdedah kepada cahaya matahari.
Oleh kerana penyakit SLE boleh melibatkan pelbagai organ dalam tubuh, penghidap SLE akan mengalami gejala yang berbeza di antara satu sama lain. Selalunya, menurut Dr Ong, gejala penyakit ini terjadi di bahagian muka dahulu iaitu ruam-ruam di muka, ulser di mulut termasuk lelangit, dan keguguran rambut yang ketara.
Bercerita mengenai latar belakang penyakit SLE, Dr. Ong berkata, penyakit ini mula digambarkan pada kurun ke 19 oleh pakar perubatan Perancis yang bernama Pierre L. Cazenave.
“Beliau menyifatkan ruam merah di bahagian muka pesakit bagaikan gigitan serigala.”
‘‘Perkataan SLE berasal dari bahasa Latin iaitu Lupus yang bermaksud serigala dan eritematosus yang bermakna merah.
Antara tanda-tanda dan gejala-gejala yang dikaitkan dengan SLE ialah ruam-ruam pada kulit muka dan badan, kulit yang sensitif kepada cahaya matahari, ulser pada mulut, keguguran rambut, sakit dan radang pada sendi, demam yang berlarutan, rasa letih-lesu, sakit di bahagian dada apabila bernafas (pleurisy) dan vasculitis (radang pada saluran darah).
Penyakit ini buat masa ini, menurut Dr. Ong, tidak boleh sembuh tetapi ia boleh dirawat dan dikawal.
“Keadaan penyakit SLE menjadi lebih teruk apabila organ dalaman terlibat. Ia sering menyerang buah pinggang (lebih kurang 40 peratus daripada pesakit SLE) dan sekiranya rawatan awal tidak diberi, pesakit SLE boleh mengalami kegagalan buah pinggang. Selain daripada buah pinggang yang merupakan organ penting, SLE boleh juga melibatkan otak, jantung, paru-paru dan darah.
Namun ada di kalangan pesakit yang tidak mengalami masalah yang serius pada awalnya, tetapi ia akan jadi melarat sekiranya ia menyerang di bahagian organ-organ dalaman yang boleh menyebabkan maut sekiranya tidak dirawat.
Walaupun setakat ini masih belum terdapat statistik sebenar mengenai jumlah pesakit SLE di negara ini, namun dianggarkan 30 hingga 40 daripada setiap 100,000 penduduk di negara ini penghidap kepada penyakit ini.
‘‘Mengikut statistik dari negara China, penyakit ini dihidapi oleh 70 orang dalam setiap 100,000 penduduk di negara berkenaan,” katanya.
Tambah Dr. Ong, penghidap SLE memerlukan rawatan yang berpanjangan, biarpun pesakit akan rasa sihat selepas rawatan. Katanya, oleh kerana penyakit SLE agak rumit (complicated), mereka yang menghidap penyakit SLE perlu mendapatkan rawatan doktor pakar dalam bidang ini
Oleh kerana penyakit SLE merupakan penyakit yang boleh berulang (remitting and relapsing course), maka penghidap SLE perlu mendapatkan rawatan ulangan yang berterusan. Ini adalah bagi memastikan penyakit dalam keadaan terkawal dan juga untuk mengesan tanda-tanda penyakit SLE yang bangkit/aktif semula supaya rawatan boleh diberi dengan segera sebelum fungsi organ yang terlibat terjejas.
Pesakit juga akan dirujuk kepada beberapa doktor pakar yang bertanggungjawab bergantung kepada mana-mana organ yang terlibat diserang penyakit berkenaan.
Sekiranya terdapat ruam di bahagian luar badan seperti di kulit dan wajah, mereka akan diberikan krim pelindung matahari yang mempunyai SPF yang tinggi selain daripada ubat makan seperti prednisolone dan hydroxychloroquine.
Mereka juga dinasihatkan untuk memakai topi dan lengan panjang apabila berada di bawah cahaya matahari.
Kaunseling juga akan diberikan kepada pesakit SLE untuk memberikan mereka sokongan moral di samping membantu pesakit memahami tentang penyakit yang dialami mereka. Dengan adanya pemahaman tentang penyakit SLE, pesakit akan lebih mematuhi arahan doktor dalam pemakanan ubat, dan pemeriksaan darah serta kencing yang berkala.
Selain daripada kaunseling daripada doktor pakar rheumatologi yang merawat, perkhidmatan kaunseling boleh didapati dari Persatuan SLE Malaysia
‘‘Sokongan keluarga dan rakan-rakan amat diperlukan oleh pesakit SLE dan mereka harus memahami keadaan yang menimpa pesakit.
‘‘Perlu diingatkan penyakit SLE adalah penyakit yang tidak berjangkit dan tujuan rawatan adalah supaya pesakit dapat menjalani kehidupan normal sebagaimana individu lain,” katanya.
Info
* Penyakit kronik berpanjangan berlaku akibat kecelaruan sistem pertahanan tubuh.
* Penghidap SLE lebih ramai di kalangan wanita berbanding lelaki dengan nisbah 9 wanita kepada seorang.
Tanda dan gejala SLE
* Sakit pada sendi, demam berlarutan, lesu, ruam pada kulit muka dan badan, anemia, sensitif pada cahaya matahari, ulser mulut dan keguguran rambut.
* Kulit muka menjadi merah apabila terdedah kepada cahaya matahari.
* Kegagalan fungsi buah pinggang, masalah pada sistem saraf, sakit sendi.
Panduan untuk pesakit SLE
* Kenali makanan yang sesuai dengan pertahanan tubuh, makan seimbang dan berkhasiat, bersenam dan elakkan aktiviti lasak.
* Elakkan stres kerana ia boleh menyebabkan penyakit ini menjadi aktif, sentiasa berfikiran positif.
* Perlindungan kulit.
* Memakai perlindungan matahari sekurang-kurangnya SPF 30, guna payung, topi, berlengan panjang untuk mengelakkan daripada terkena cahaya matahari.
* Ubat-ubatan.
* Makan ubat atas arahan doktor.
* Jangan berhenti makan ubat tanpa arahan doktor dan jangan makan ubat bersama ubat lain dikhuatiri interaksi ubat berlaku.
* Patuhi jadual susulan yang ditetapkan.
info dari http://miela77.blogspot.com
Tuesday, December 27, 2011
jurnal buat abah:3-SLE
mendapat berita yang abah ada SLE...seperti abang juga.. jadi kena cari apa itu SLE...aduhai...katanya salah satu sistem dalam badan lupus dan berkaitan juga dengan kulit...aduhai..
Friday, December 16, 2011
jurnal buat abah:2-syukur
medapat khabar yang abah akan keluar wad hari ini. alhamdulillah syukur Ya Allah. moga semuanya baik2 saja selepas ni.
Saturday, December 10, 2011
jurnal buat abah:1-jururawat
kemarin abah dipindahkan ke wad yang lain. masuk kali ni adalah kali ke empat abah pindah wad. doktor mengesahkan kaki abah yang bengkak tu adalah berpunca daripada buah pinggang abah yg dah rosak. jadi nak dijadikan cerita bagi mendapatkan rawatan daripada pakar buah pinggang, abah harus dipindahkan ke wad neofologi(tak pasti ejaannya).
bermulalah episod mengangkat dan mengemas barang2 abah. penat juga aritu dengan keadaan kesihatan yang kurang memuaskan saya gagahi juga bersama bonda yang tak juga sihatnya tetapi lebih tabah dan bersemangat daripada abah. ku sangkakan yang kami akan mendapat wad yang sama kelasnya seperti sebelum ini ternyata hampa. hakikatnya saya bukanlah seorang yang memilih saya hanya mahukan keselesaan abah sebenarnya. setibanya di wad baru abah, jururawat yang diwad lama meninggalkan kami bersama jururawat yang lama. sangat berbeza cara mereka dan saya sendiri tak mengerti mengapakah cara layanan antara wad di kelas 1 dan 2 dan 3 perlu berbeza. bukankan masing2 mempunyai etika kerja yang sama. dan jadi harus mengapakah layanan harus dibeza bezakan. pesakit akan sembuh adalah sala satunya adalah daripada layanan yg diberikan di hospital jadi kiranya kalau layanan sedemikian jadi begitu adakah betul caranya begitu. bila di buat aduan mulalah jururawat dan seangkatan dengan itu memboikot pesakit itu. masyallah, jadi kalau itulah jadinya, baik dilucutkan saja title jururawat yg dipegang itu dan baik berhenti kerja saja daripada menyusahkan orang sekeliling. jururawat yang sering bermasalah iaitu jururawat yang berkerja di syif sebelah malam. mood saya sehingga kini sangat terganggu dengan jururawat khususnya di hospital kerajaan.

Saturday, December 3, 2011
Terus terleka
Jgn ditanya mengapa?kau sendiri yg ciptakan dunia khayalanmu. Kau sendiri yg membiarkan diri kau begitu, hanya dek kerana seorang perempuan kau berubah sekelip mata. Masyallah. Muga dibuka kain hitam yg menutup matamu dek cinta duniawi yg tidak menjanjikan apa2. Moga satu hari nanti kau akan tahu siapa yg selalu mendoakanmu, bukan perempuan itu yg kau puja tetapi ibu tua yg kau anggap kolot itu. Kau yg akan membimbing perempuan itu yg akan menjadi wanita milikmu, bantulah utk kejalan kebaikan bukannya turut sama hanyut dan leka di dalam dunia ciptaanmu sendiri. Moga kau tidak terus terleka krn ibu tua itu kau palingkan inikan aku dek hanya sedarah sedaging yg kau x langsung berpaling.
Bercintalah semahumu
Bercintalah, berkasihlah asalkan tidak melupakan asalmu, asalkan tidak melupakan keluargamu, asalkan tidak melupakan siapa TUHANmu!!
Friday, December 2, 2011
jurnal buat abah
hari ni kalau nak dikirakan cukup 30 hari abah menginap di dalam wad. bermula daripada tingkat 5 hinggalah ditukarkan ke tingkat 3 katil 15b telah dihuni oleh abah sehingga kini. banyak kisah yang berlaku sepanjang abah di wad. boleh dikatakan sepanjang abah di wad tak pernah pun ditinggalkan berseorangan. siang hari mak yang akan menjaga abah, di malam hari akan dijaga oleh abang ipar dan abang. begitulah rutin2 harian abah. di siang hari saya dan juga kakak adalah tetamu tetap abah di hospital sehingga kini.
setiap makanan dan minuman abah dan pembuangan air kecil abah akan dicatit dari masa kesemasa. semuanya di bawah penguasaan dan kawalan doc dan hospital. kencing manis abah tidak menentu, kejap turun kejap naik. kalau dulu abah hanya ambil pil tapi sekarang abah disuntik dengan jarum. setiap hari abah akan disuntik, begitu juga jari2 abah semuanya dah nak hancur kerana sehari 4 kali abah akan dicucuk sebab nak tengok kandungan gula dalam badan abah. abah cakap dah tak rasa apa dah dah sebati dan tak larat nak punya rasa apa.
haritu tu abah kena masuk darah 2 paket, kata doc kaki abah lemah kerana darah kurang dalam badan dan tak sampai ke kaki tu lah sebabnya abah susah nak berjalan, kaki abah sangat lemah. bila darah dah masuk nampaklah sedikit perubahan pada kaki abah, abah dah boleh gagah sedikit berjalan. hari makin hari berlalu, doc bagitahu abah tak boleh minum terlalau banyak air kerana abah punya buah pinggang dah rosak, hurmmm sikit2 penyakit yg lain dikesan begitu juga abah kena berpantang kerana abah dah mula ada gaot. hidangan2 makanan abah mula di kawal dan menu2 diet banyak diberikan pada abah. selera abah makin berkurangan, mana tidaknya abah seorang yg gemar makan tetapi menu2 dikawal kini. semuanya untuk kebaikan abah. kalau dulu bera abah semasa mula2 mendapat rawata 85 kg sekarang berat abah tinggal 75 kg.
betul kata orang tekanan memang lagi banyak bila duduk di hospital. kelihatan abah seperti tertekan. abah dah mula menunjukkan rasa tekanannya tinggal dihospital. abah dah mula tidak mahu makan, tidak mahu mandi dan tidak mahu itu dan ini. bak kata mak abah dah jadi macam budak2. semuanya tidak mahu. kata abah bila dia mandi badannya akan sengal2, jadi nak tak nak kami paksanya juga dengan hanya mengelap badan abah setiap hari. begitulah rutin mak dan saya biala menjaga abah. berbeza pula kalu abang ipar yang menjaga, abah tidak dapat mengelakkan diri daripada tidak mandi terpaksa mandi kerana abang ipar akan membawanya juga ke bilik mandi. dalam banyak2 orang yang menjaga abah, abah paling tidak melawan kalau saya, abang dan abang ipar yang menjaganya mungkin kerana takut kami tidak melayannya. berbeza dengan mak bila menjaganya, ada saja karenah abah terhadap mak. mungkin itu cara mereka mahu berkasih sayang. tapi kadang kala kesian juga melihat mak, mak pun tidaklah sihat sangat, tapi digagahkannya juga. katanya tak mahu abah jadi lagi teruk, nanti dia juga yg susah, mak tak cakap pun sebenarnya dia sayang kat abah tapi biasalah ego tinggi. masing2 begitu. abah kalau mak hilang sekejap sahaja mesti bisingnya tak ingat dunia. saya tahu mereka saling sayang menyayagi antara satu sama lain cuma masing2 jual mahal.
abah makin hari makin malas dan mungkin dah tak ada kekuatan nak ceria seperti dahulu. abah tak nak mencukur jambangnya yang dah hampir penuh diruang mukanya. katanya dia mahu cukur selepas dia keluar dari hospital. jenuh kami adik beradik nak buang dan tidak diberi. selepas hari lahir abah yang disambut dihospital tempoh hari doc memaksa abah utk bercukur bagi menjaga kesihatannya. dan akhirnya abah mencukur janggutnya juga. alhamdulillah....kedegilan abah terlerai sedikit.
abah beritahu dia sangat bosan dihospital, dia rasa runsing. jadi saya telah keluar membelikan mp3 tuk saya memuat turunkan ayat2 suci alquran didalamnya bagi mengisi kekosongan abah sepanjang di hospital. hurm abah hanya mahu dengar 2 hari sahaja, katanya tak selesa dengan mp3 yg diberi. dan hari ini saya telah membawa radio utk abah dan harap abah suka.
satu hari kaki abah makin membengkak, abah minta untuk dibeikannya selipar baru kerana kakinya tidak boleh masuk kaki yang lama. saya ketika itu cuba juga mencari selipar yang sesuai tetapi tidak ditemui, akhirnya kakak telah membeli tetapi tidak juga mua dikakinya. mood abah sentiasa berubah ubah, dimintanya untuk mencari kasut yang lain, dan saya telahpun membeli untuk abah, cukup abh menggunakan selama seminggu sahaja dah kaki abah tidak muat. dimintanya untuk membawa seliparnya yg lama dan akhirnya dia menggunakan seliparnya yang lama.
abah kata dia tak selesa mandi berdiri sebab kerusi mandi yang dibekalkan oleh pihak hospital telah dicuri oleh pesakit dari bilik lain. nak dijadikan cerita abang ipar dah pun membeli kerusi plastik utk abah tetapi lain pula jadinya, abah jadikan kerusi itu sebagai tongkatnya untuk ke bilik air. gigihlah abah menolak kerusi itu ke tandas. hari ini saya nekad untuk mengikat duit belanja saya untuk membeli tongkat untuk abah, saya katakan pada abah supaya dia tidak terasa hati saya katakan abah guna yang ini tak der lah abah jatuh nanti, kerusi yg ada tu untuk mandi, ringan kalau abah tolak nanti jatuh. dan abah hanya memandang saja kerusi tu katanya nanti dia guna. abah bertanya berapa pula harga tongkat ni, dan saya seperti kebiasaannya yg mahal akan menjadi murah bila saya bagi tahu padanya kerana biasalah orang tua ni lain sikit kalau disebut mahal dimarahnya kita nanti. kesimpulannya tida siapa tahu harga sebenar tongkat itu dan saya pun tak nak beritahu kerana takut disalah anggap untuk menunjuk nunjuk atau sebagainya. apa yang penting adalah untuk keselesaan abah.
malam kelmarin firstime mak tidur d hkl utk menemani abah, kebetulan abang ipar demam ciken pox n saya demam dan abang tiada kerana ada urusan. kesian mak pasti keletihan dan malam tadi mak tidur dirumah ternyata mak tersangat keletihan, letak sahaja kepala di bantal terus terlena sampai ke subuh dan saya mengejutnya bangun. hurm kesian mak. nasib saya dapat mc selama 2 hari dapatlah bantu apa yang patut. tapi bak kata doc semalam demam ni lambat baik sebab demam urat katanya. kena biskan ubat so arini saya terlupa makan ubat..hahhaha....
hari ni saya mandikan abah tapi kat katil jer, mula dari muka, telinga, kepala, leher sampai ke badang tangan dan perut.....abah punya kulit kering sesangat, hurmmm lepas selesai, kaki abah dari betis sampailah ke hujung kaki n jari. hurmmm melihat kan kaki abah banyak perubahan. makin hari makin risau makin hari makin risau. tompok2 merah yang ada pada betis abah dah berkurangan sebaliknya ada pada tapak kaki dan banyak....nak dijadikan cerita ada beberapa tompok merah tu dah jadi seperti darah beku terutamanya di ibu jari dan jari kelingking dan juga sedikit2 di tapak kaki.
aduhaiiii rasa apalah yang saya rasa bilamana menyapu ubat di kaki abah. lepas saja saya sapu ubat dikaki abah saya akan lari kebilik air dan menangis hurmmm saya tak kuat tapi saya takkan tunjuk semua tu depan keluarga. doa saya hari2 tak putus pada Allah agar diberikan kekuatan pada abah dan kami sekeluarga. moga abah cepat sembuh moga abah sihat seperti selalu moga abah ceria seperti selalu moga abah dapat ketawa seperti selau dan bawa abah jalan2 ke empa yang abah suka. oh moga doa2 ini didengariNya. saya tahu saya tidaklah begitu sempura seperti anak2 solehah yg lain, tapi saya cuba jadi yang terbaik buat diri saya sendiri, buat mak dan abah. saya tak dapat bajai mereka dengan wang ringgit tetapi cukuplah dengan doa2 dan bakti apa yang mampu saya lakukan. moga semuanya akan kembali seperti biasa.

jatuh cinta pandang pertama
Jatuh cinta pandang pertama? hanya nafsu semata mata agaknya. adakah kerana manisnya bahasanya, atau adakah kerana indahnya rupa parasnya? semuanya adalah khayalan semata mata.
bertindak menggunakan akal bukan nafsu semata mata. kerana mata hanya mahukan yang indah tapi sekadar melihat dan tidak membawa makna apa-apa. hakikatnya semuanya hanya pura-pura. untuk mencari kesempurnaan memang takkan ada.
" tiada istilah jatuh cinta pandang pertama"
semuanya hanya pura-pura belaka.

Friday, November 18, 2011
Thursday, November 17, 2011
saya bila berangan beginilah
sedikit kenangan bergambar bersama abah di hospital
deepavali oru malaysia
dalam kesibukan mengejar masa melawat dan menjaga abah di HKL kerja di pejabat tetap diteruskan. Pada 10 nov yg lalu KPKK melalui JKKN telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka Deepavali 2011 bertempat di Padang Sekolah Menengah Kampung Jawa, Klang Selangor. sambutannya sangat menggalakan, kami ditugaskan untuk menguruskan persembahan seperti kebiasaannya. turut menampilkan artis2 tempatan seperti magen, shruti, iqwal, jamal abdillah, dan ramai lagi.
sedikit berbeza dari acara yang lain di mana petugas juga diharuskan mengikut tema perayaan ini dengan memakai kostum atau busana yang berkaitan. saya juga tidak mahu ketinggalan dengan mengenakan pakaian masyarakat india seperi yang boleh di lihat di dalam gambar ini.. heheheeh. disebabkan saya kurang mempunyai lebihan masa untuk mengambil gambar semasa acara berlangsung, jadi saya tidak dapat masukkan pic2 yang lainnya kerana hanya yg ada pic saya sendiri itupun selepas acara berlangsung. sama tak macam kajol ke rani ke kojol..hahha
p/s heppy deepavali to all
hari lahir abah 2011
Meraikan hari lahir abah pada tahun ini adalah dalam situasi dan keadaan yang tidak sama sekali kami sangkakan. 16 nov 2011.Tahun ni genap usia abah yang ke 60 tahun. habis sahaja daripada tempat kerja bergegas kami 3 beradik bersama muqris mencari kek yang sesuai utk abah. maklumlah dengan keadaan abah sekarang ni, semua makanan perlu berpantang. akhirnya kami memutuskan untuk membeli kek green tea bean. tak manis sangat dan boleh dimakan juga. kesian abah saya hanya menyuap dia 2 suapan yang kecil sahaja kerana takut kencing manisnya naik.
Melihatkan wajah abah semalam ternyata dia gembira, tapi jelas sdikit di raut wajahnya secalit kesedihan yang cuba disembunyikan. Abah kelihatan teruja untuk mengambil gambar bersama kami apatah saya yang sememangnya suka mengambil gambar. Tiada apa yg dapat dihadiahkan kepada abah selain daripada jambangan bunga dan teddy bear putih yg saya namakannya sebagai Yaya. Dan hadiah yang paling bermakna adalah doa dari saya buat abah, moga diberikan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur dan dipermudahkan segala urusan dan kata2 abah-ada lagi ..moga kuat makan..hehehe
to abah moga kasih sayang ini akan berpanjangan dan moga abah diberikan kesihatan yang baik dan kemabi sihat seperti dulu. sayang kamu selamanya.
Monday, November 14, 2011
Im not feeling
Melihatkan keadaan abah memang saya tak da feeling pun nak p keja. Keja pun otak memikirkan perihal abah. Abah dimasukkan ke hkl pada 3 nov 2011. Dan skrg dah 14 nov abah masih d hkl. 2 ari lagi adalah hari lahir abah, apalah yg dapat diraikan utk kali ini sebab mungkin akan membuatnya sedih. Takpalah, yg paling penting skrg melihatkannya kembali sihat dah cukup mengembirakan saya.
Arini abah kena puasa sampai esok sb sok doc nak buat scop perut abah sebab abah ada masalah sukar nak byang air besar. Arini kencing manis abah rendah, alhamdulillah tapi kaki abah pula sakit katanya.
Aduhai, harus bagaimana tuk saya pergi kerja tapi otak saya sangat tak fokus. Melihatkan wajah mak, memang wanita yg kuat, jauh dari abah saya nampak dia nangis tapi bila di depan abah dan saya dia pura2 gembira. Oh mampukah saya sekuat mak?
Moga abah menjadi semakin tabah dan kuat semangat utk melawan penyakit dan cepat sembuh. Ya Allah permudahkanlah semuanya berikan lah kesihatan yang baik pada mak, abah dan keluarga kami.

Thursday, October 27, 2011
im not stupid!!!!!!
selalu begitu, kegembiraan aku tak pernah berpanjangan. ada saja halangan walau hanya dengan sedikit punca. tak sengaja pun turut dipersalahkan. jadi kalu begitu harus dibuangkan perkataan TAK SENGAJA itu kah? kalaulah tahu sesuatu itu akan berlaku memang takkan nak rasa terus untuk melalui situasi itu. punca yang sedikit jadinya berkait. sangat penat kerana hal sedikit apa yg dilakukan sikit pun tak dihargai. seperti apalah aku sebenarnya. mood arini aku sangat penat. so tak banyak cakap arini,mungkin memadai dari aku yang suka bercakap. sebab dah tak larat. melayan karenah org yg hanya memandang aku seolah olah tak der apa2...IM NOT STUPID! sangat sedih!dont say anything bcoz bila aku cakap disuruh diam...fine tq...
p/s:bukan x pandai
p/s:bukan x pandai
Wednesday, October 12, 2011
bukan dungu
bila sudahku pekak kan telinga ini, lain pula dibikin yang lain. dan haruskah aku membutakan mata ini dari melihat?dan haruskah aku membodohkan diri dari tidak memahami? aku bukan budak dungu yg tak tahu membaca dan menilai apa yang cuba dipamerkan.
Tuesday, October 11, 2011
keberkatan
ya tuhanku,kuatkanlah semangat yg ada.moga apa yang bakal dilaksanakan ini mendapat keberkatan dariMu.
Friday, October 7, 2011
paling hina
malam ini aku sedih.itu yg mampu aku katakan. bertemu tuhanku,membikinkan rasa sebak rasa malu dan rasa paling hina. malam ini doa2ku adalah paling panjang dari yg sebelum2nya. moga doa2 ini didengarinya.
makna apakah
malam ini aku bersujud lagi padaMu.jiwaku,akalku,fikiranku entah ke mana tidak aku tahu. Ya tuhanku,apakah maksud atas semua ini,ujilah aku dgn cara yg lain selain dari yang ini. mungkin kekuatan ini makin berkurangan. padamkanlah hatiku ini kalau ianya menyakitkan hatiku ini.hilangkanlah parut dan luka yang ada ini dan limpahkan lah dengan cahaya keimanan di dalam hatiku ini. ya tuhanku aku tidak mahu berpaling lagi, menagih sesuatu yang aku sendiri tak pasti. berikanlah ketenangan itu pdku,dan bawalah aku pergi dari sini jika sini bukan untuk aku. penat rasanya untuk melihat kepura-puraan yg berada disekelilingku. terlalu letih,sakit utk lalui semuanya ini sedangkan sandiwara itu masih galak di dalam lenanya sendiri.
Tuesday, October 4, 2011
rasa
rasa apalah yang mula berkaca
hari2 merasa dalam tiada
dilihat kosong dari dijendela
bak beluti yang tidak bernyawa
senyum dalam ketawa
rasa gembira dilihat dimata
tapi jiwa entah sudah kemana
tersenyum tangis dalam berjaga
sinaran mata hilang kemana
tak pula ada seperti dulukala
bak memancar menusuk ke dalam jiwa
walaupun hanya secebis masa
semuanya seperti ada dalam tiada
mahu apalah disimpan semua yg ada sehingga diri sendiri menderita
rasa apalah yg dirasa
jika hanya memaksa cuma
sedangkan kasih setia berada
biarpun sinarnya tak dapat dirasa
biarlah abadi disimpan dan tak benyawa
kerana pemiliknya terlena dalam jaga.

Wednesday, September 21, 2011
selamat hari lahir my big brother
Tuesday, September 20, 2011
kasih senja dan mega
merindui senja dan mega buatkan hampir menitis air mata ini, kerana kisahku hanya mereka yg tahu. moga akan ada kelahiran baru buat keduanya.
jiwa2 bak mati
bahagiakanlah aku jika ianya milik aku. jauhilah aku kalau jiwamu tidak untukku. rasa apalah yang tetiba menerjah masuk ke jiwa2 ku malam ini. oh usia ini makin dilewati dan masih adakah ruang untuk kau merampas semua rasa dari aku.
untukMU
untuk siapakah rindu ini?oh penat untuk bertanya lagi...Ya tuhanku..ya rindu ini hanya buatmu yg abadi...
rasa apalah
seperti seketul daging yg dihiris dan disimbah cuka...sakitnya?pedihnya?
atau kenikmatan yg dirasa. oh...
atau kenikmatan yg dirasa. oh...
oh apakah
untuk apalah dipupuk kalau bukan untuk tuhanmu
tak perlu memandang aku kalau bukan ianya aku
kaku palsu kelu
tak perlu memandang aku kalau bukan ianya aku
kaku palsu kelu
kekuatan
kekuatan ini masih menebal ya allah. hakikatnya janganlah hanya yg disini. moga doa2ku didengarmu ya allah.
yang tak pasti
masih juga ia menagih walaupun kenyataan dan hakikatnya adalah tak pasti. cara apalah yg boleh diajari agar dia tidak menagih pada yang tak pasti
Monday, August 22, 2011
aktiviti ramadhan ke 22
ramadhan yg ke 22. di saat tuk mencari malam lailatulqadar, mengerjakan terawikh dan ada yg sedang sibuk membuat persiapan menjelang hari raya dan saya tidaklah merasa apa yang dirasa oleh mereka2 yang lain. saya dan rakan2 masih berada di pejabat. selesai saja pulang dari berbuka kami masuk semula ke pejabat untuk menyelesaikan tugas2an sebelum semuanya bercuti hari raya. persiapan untuk menyambut hari kemerdekaan dan hari malaysia pada 16 september sedang giat dilaksanakan. kesian pada kawan2 yg lain, mungkin ini takdirnya untuk kita semua. apa pun kerja juga adalah satu ibadah jugakan. jadi tak perlu rasanya untuk mengeluh. kalau orang nak kata, katalah yg penting tuhan tau niat kita. insyallah kalau niat kita betul,semuanya akan berjalan dengan baik. lebih2 lagi di bulan yg mulia ini. oh saya rindukan malam2 terawikh,apakah masih akan mampu untuk mengejarnya lagi. Insyallah, berikanlah keizinan untuk merasainya. amin
Friday, August 19, 2011
muga temui apa yg dimahukan
dia mencuba untuk menipu dirinya sendiri. hakikatnya rindu dan ingatannya masih menebal dan menantikan hadirnya sang merpati itu seperti satu ketika dulu. dia cuba untuk memulihkan keadaan. dan dia cuba membantu dirinya sendiri dan hakikatnya dia sendiri tertewas. muga dia menjumpai jalan yg dapat membawanya mencari apa yg dia mahu sebenarnya.
Tuesday, August 16, 2011
kegembiraan ramadhan
ramadhan yang menggembirakan apatah lagi bila tahun lepas diselubungi dengan kesunyian tetapi tahun ini penuh dengan kegembiraan. arini saya gembira kerana dapat bersama keluarga tercinta. otak sibuk memikirkan apakah menu yg menarik untuk berbuka arini. dan gembira juga kerana saya dah ada teman serumah yang baru. yg menariknya ini kali pertama mak dan abah berbuka dan sahur dirumah saya sejak berkampung hampir 10 tahun di kuala lumpur. merasai solat terawikh dan berbuka puasa bersama org yg tersayang juga suatu perkara yang sangat mengharukan saya.
alhamdulillah kerana masih diberi untuk merasai semua nikmat dan kegembiraan ini.
alhamdulillah kerana masih diberi untuk merasai semua nikmat dan kegembiraan ini.
Monday, August 8, 2011
bak pelangi
mood ni kdg2 mcm pelangi,kalau rasa x gembira x keluar. kalau rasa gembira baru mau keluar. tapi kdg2 cm lain plak, sukati dia nak keluar masa bila dia rasa perlu. salam dan selamat pagi buat jiwa2 yang resah,muga kalian akan jadi lebih bermakna.
Thursday, August 4, 2011
insyallah
tidak perlu mengikuti siapa dan kenapa. pokok pangkalnya terpulang pada individu itu sendiri. antara mahu atau tidak sahaja. hanya berjaya di dunia semata mata....tetapi hakikatnya? pada saya, saya mahu berjaya di dunia dan akhirat nanti. insyallah. allah sentiasa memberi peluang kepada sesiapa yang punya rasa kesedaran di dalam diri. penat sudah mengejar didunia...mengumpul pula dan mencari bekalan untuk di bawa ke sana nanti. insyallah, perlahan lahan.mudah-mudahan.amin.
Wednesday, July 27, 2011
berikan kekuatan pdku
hari demi hari semakin kuat ujian-ujian itu datang. berikanlah saya kekuatan untuk melalui semua itu. amin
Tuesday, July 5, 2011
kata2
Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.by p.merana.
terjaga
ianya nampak tebal tapi hakikatnya semakin menipis. hari2 akan gugur. mencari kepastian disebaliknya. muga dipanjangkan segala sisa2 dan kesempatan masa yg masih ada.
Monday, July 4, 2011
Hai
Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping.
Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut- by p.merana.
Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut- by p.merana.
nothing..to do
nothing to do.
keep silent.
today-alone-not feeling.
travel-train.
nothing-nothing-nothing
keep silent.
today-alone-not feeling.
travel-train.
nothing-nothing-nothing
tiada pelangi
mengharapkan pelangi muncul kembali. tapi tak diketahui bila kerana tak seorang pun mahu membuang ketulan batu yang semakin membesar bagaikan batu karang yang akan memakan diri sendiri.
Sunday, July 3, 2011
tanda tanya
selalu berakhir dengan begitu. benci bila hujan ini akan sering membanjiri bila ianya terjadi begitu. jiwa kacau
Sunday, June 19, 2011
Wednesday, June 8, 2011
pemilik yang tegar
kadang-kadang seperti layang-layang terputus talinya. pemilik tali yang tegar takkan mensia-siakan layang-layang itu terputus tali untuk kesekian kalinya. mengharapkan pada sang angin agar tidak kau bawakan khabar yang tidak gembira buat pemilik layang-layang itu. moga pemilik layang-layang itu mampu mempertahakan layang-layangnya itu dari terputus talinya. dan moga layang-layang itu kukuh bersama tulang perisainya. dan tak mahu didengarinya lagi layang-layang terputus tali buat kesekian kalinya.
Sunday, June 5, 2011
kesabaran dan kekentalan
bulan yg diberi kegembiraan dan bulan juga diberi kedukaan. syukur kerana mampu merasai semua itu. dan syukur kerana tuhan masih menyayangi aku. ya dengan rasa2 seperti ini membuatkan aku semakin berhati-hati dan menerima segala ketentuan dari tuhan. melihatkan mereka ketawa aku hanya mampu tersenyum kerana tawaku telah hilang dek kerana kesibukkan masaku membuatkan semuanya hampir hilang. susah untuk menjadi seorang yang sempurna. dan aku semakin penat dengan segala perihal yang berlaku pada bulan ini. dan bulan2 yang mendatang tak juga aku tahu apakah lagi yang akan menghantui. semoga jiwa2ku ini dikurniakan dengan sifat kesabaran dan kekentalan.
berusaha
membuang rasa2 perit yg ada memang susah. masih berusaha. dan untuk menjadi yang terbaik adalah susah walaupn hakikatnya kita merasa yang kita adalah yang terbaik.masih berusaha untuk mencapai ke satu matlamat yang dirancang. hanya tuhan yang menentukan segalanya. selebihnya berserah kepada individu itu sendiri sama ada mahu atau tidak.
Monday, April 18, 2011
hanya jurnal-3
berkorban adakalanya perlu,apatah lagi untuk orang yang kita sayang. dalam beberapa tahun ini alhamdulillah saya mencuba untuk membantu orang2 yang saya sayang untuk berjaya mencari masa hadapan yang insyallah menjanjikan yang terbaik. saya katakan pada mereka, saya hanya membantu mana2 yang perlu selebihnya bergantung kepada mereka sendiri, yang sering saya ingatkan doa, usaha dan tawakal. seorang yang saya sayang telahpun berjaya dengan berkat semangat dan kekuatannya dalam meneruskan kerjaya seninya, insyallah peluang yang seterusnya akan sentiasa dia miliki antara cepat dan lambat sahaja. seorang lagi yang saya sayang juga, adalah sangat rumit untuk memahaminya walaupun saya dan dia dibesarkan dalam jarak yang tak jauh bezanya. dia memang susah untuk berkongsi segala perihal tentang dirinya. sehinggalah perihal melibatkan kerjayalah baru dia mula berkongsi dengan saya. saya cuba membantu sedaya upaya, dan dia juga pernah rasa putus asa, memang susah juga untuk memulihkan semangat bila perasaan itu sudah hilang. alhamdulillah berkat kesabaran dia menerima juga pandangan dan bantuan saya. tak sabar juga untuk saya menunggu dia berjaya dalam bidang perubatan,4 bulan itu tersangatlah lamanya. dalam tempoh itu jugalah saya perlu bersungguh-sungguh untuk membantu sedaya upaya saya. jadi bermulalah rutin untuk saya membuat apa saja peluang yang ada dihadapan mata untuk membantu mereka2 yang saya sayang.
dua orang yang saya sayang, pertamanya sudah hampir berjaya dan yang kedua baru untuk mengatur langkah seterusnya. Insyallah rezeki akan sentiasa ada untuk kamu berdua. dan doa saya agar kamu berdua kekal untuk terus berusaha dan terus untuk sayangkan saya. muga yang terbaik buat kalian berdua. kesabaran penting di dalam setiap apa yang kamu lakukan begitu juga saya. muga sifat kesabaran itu dikuatkan sepenuhnya di dalam diri kita. muga terbaik buat chenta hati, mr.ad n yang terbaik buat my big brother, mr.muk. dan saya akan sentiasa menjadi tulang belakang kamu berdua..
hanya doakan kesempurnaan kesihatan saya supaya saya akan kekal menjadi tulang belakang kalian untuk terus berjaya. saya takkan minta balasan kerana mungkin tuhan telah menghantar saya untuk membantu dan bersama kalian. all the best, ingat walau saya jauh walau saya jarang bersama kamu, saya sentiasa ada untuk kamu.

kaku
kebisuan yang membuatkan ianya kaku
dan kebisuan yang membuatkan ianya batu
mana mungkin disimpan rasa itu
tapi masih juga kaku
mana mungkin disimpan rasa itu
ya rasa yang semakin merindu
tapi mungkinkah diambil tahu
dan kebisuan yang membuatkan ianya batu
mana mungkin disimpan rasa itu
tapi masih juga kaku
mana mungkin disimpan rasa itu
ya rasa yang semakin merindu
tapi mungkinkah diambil tahu
Thursday, April 14, 2011
hanya jurnal-2
berdiam diri bukan bermakna tidak kisah. sangat kisah dan selalu kisah. selalu ambil kisah akan hal itu, tapi tidak ada tindak balas seterusnya. bila disebut seperti tiada apa. bila berdiam lebih baik tetap menjadi persoalannya. jadi mahu yang mana. cuba minta difahamkan tetapi tak memberi kerjasama. jadi mahu yang mana. kerana sifat keegoan membuatkan keadaan seperti ini. sampai bila? berdiam lebih baik daripada berkata-kata, kalau tidak mahu ada yang mengguris rasa. biar tebal rasa yang ada, kalau itu yang dimahu cuma. buangkanlah bukuan ego itu, insyallah semuanya akan selesa. sayang ini masih ada dan bukan untuk diberi kepada sesiapa.
"berdiam diri mungkin selesa, tapi hakikatnya terpaksa dan cuba tanpa rela tetapi ini kehendaknya juga. hilang tanpa berita dan muncul pula secara tiba. jiwa yang dipintu rasanya apa, cuba berserah pada yang Esa"-salvadore

Wednesday, April 13, 2011
hanya jurnal-1
"dan kehidupan ini adalah hanya permainan dan senda gurau. sedangkan akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertakwa". kadang-kadang kita tak pernah sedar dengan apa yang kita lakukan. kita rasa apa yang kita laksanakan atau lakukan adalah betul dan hanya gurauan semata-mata. tapi dek kerana gurauan itulah tanpa kita sedari telah membuatkan orang yang kita guraukan itu terasa. tahukah apa akibatnya bila kita mengguriskan perasaan seseorang itu?carilah, baru kamu akan faham apakah ia. kiranya sekali ia berlaku ini mungkin tiada apa-apa. tapi jika ianya kerap berlaku ia akan menjadi sesuatu yang mungkin kamu akan kehilangan ia.
"kirimkan rasa kesabaran dan rasa kekentalan". dia hanya datang bila dia hanya benar2 memerlukan kamu dan juga dia benar2 rasa kesunyian. tetapi bilaman dia mempunyai teman dia tidak akan menoleh kepadamu, bilamana ruang masanya terisi dia tidak akan terfikirkan pun perihal kamu. tapi bila dia dalam keadaan sedih, dalam keadaan keseorangan, dalam masanya terisi kekosongan barulah dia akan mengingati kamu. jadi apalah tempat kamu sebenarnya di sisi dia. apakah hanya persinggahan sementara? atau adakah sebenarnya dia masih keliru dengan siapa diri dia yang sebenarnya dan siapakah kamu dalam hidupnya?
"jangan menatap ke dalam matanya bila apa yang kau lakukan hanya pembohongan"
kamu begitu berani membohongi diri mereka, tetapi kamu takkan berani membohongi diri kamu sendiri. kamu rasa keputusan kamu adalah terbaik untuk segalanya, dalam masa yang sama kamu tak sedari kamu telah mengguriskan hatinya. mungkin kamu rasa tindakan kamu ini baik untuk kamu dan baik untuk dirinya. lantas kamu tak memikirkan apakah kesudahannya. mengeluarkan kata-kata haruslah difikirkan menggunakan akal dan fikiran yang waras, bukan hanya tindakan bodoh semata-mata. kamu dilahirkan untuk menjadi pemikir yang bijak dan berjaya, bukannya menjadi seorang pemikir yang sempit dan kosong otaknya. jangan melakukan pembohongan jika itu bukan diri kamu.
kamu pergi dan kamu diamkan diri untuk melenturkan perasaan kamu, sedangkan pada dia yang kamu tinggalkan dalam seketika masa itu, kamu tidak pernah memikirkan apakah yang berlaku padanya. boleh ini dikatakan yang kamu sangat mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan perasaan orang yang lain. membuat keputusan tanpa memikirkan apakah musibah atau kesudahannya. dalam tempoh dia ditinggalkan adakah kamu pernah memikirkannya dan adakah pernah kamu bertanyakan padanya? kamu suka pergi dan kamu kembali tanpa memikirkan apa yang telah kamu lakukan. adakah ini terbaik kamu rasakan yang kamu lakukan?
"kedewasaan". carilah apa itu sifat2 kedewasaan, carilah apa itu nilaian sifat keegoan, carilah apa sifat sayang dan menyayangi, dan carilah apa istilah menghargai.
"mencari kesempatan waktu yang kerana kita memang tak punya waktu"
Perbaikilah agamaku, urusanku, dan perbaikilah duniaku yang menjadi tempat hidupku, dan perbaikilah akhiratku yang menjadi tempat kembaliku. Ya tuhanku, jadikanlah hidup ini sebagai tambahan kebaikan untukku, dan jadikanlah kematian sebagai istirehatku dari segala kejahatan.
Ya Tuhanku, bantulah aku,dan janganlah Engkau biarkan. Berikanlah kejayaan untukku, keluargaku,dia cintaku, dan janganlah Engkau kalahkan. Tunjukkanlah aku, dan mudahkanlah aku untuk menuju jalan yang benar.

Monday, April 11, 2011
hanya jurnal
minggu yg betul2 memenatkan semuanya. mata,otak,hati dan semuanya. mahu saja memjamkan mata untuk seketika, dan otak tanpa memikirkan apa2,tapi bagaimana pula dengan hati. oh, 2011 benar2 menguji saya. tapi rasa putus asa tak pernah wujud dala diri sebaliknya semangat dan kekuatan yang membantu untuk segalanya. meminta petunjuk dari sang pencipta, laluan itu juga yangku lihat. kenapalah dan mengapa?
bila ganjakan umur makin bergerak, saya sudah tiada rasa untuk menjadi remaja seperti satu ketika dulu. pada saya kehidupan sebagai remaja akan berakhir bila sampai waktunya. tapi bagi sesetengah dikalangan mereka, sentiasa berangan dan terus mengulit mimpi untuk menjadi remaja selamanya. saya juga tak segahairah untuk mengekalkan zaman remaja, ya saya dah makin dewasa. dan kerana dek kedewasaan inilah membuatkan ada dikalangan mereka2 yang tidak menyukainya. dan maaf memang sukar untuk menjadikan diri sebagai yang hipokrit.
dahulu saya memang mempunyai ramai kawan dan sangat ramai. tapi dikalangan yang ramai itu bukan tentu semuanya memahami apa erti sebuah perhubungan persahabatan. apatah lagi hidup dizaman ini, takkan ada yang tahu apa erti nilai persahabatan yang sebenar. sahabat dia akan berkongsi segala duka dan juga manisnya bersama,sahabat jugalah yang akan memujuk ketika bersedih, sahabatlah juga yang akan membantu membuatkan kita ketawa, sahabatlah juga yang akan turut sama membantu bila kita senang dan sahabat jugalah yang sama2 membantu untuk sama2 berjaya dan sahabatlah salah seorang yang akan sama membantu mendoakan yang terbaik buat kita. susah nak mencari sahabat yang betul2 menghargai kita. bila dah kehilangan kebiasaannya barulah kita akan benar2 mengingati akan kehadiran sahabat kita satu ketika dulu.
kejayaan seseorang itu terletak dengan melihat siapakah disekeliling kita. siapakah yang membantu menjadi tulang belakang kita untuk ke hadapan. dan kejayaan itu juga ada daripada hasil doa, usaha dan tawakal. dan kejayaan itu takkan berhasil kalau kita tidak mempunyai niat yang sebenar. alhamdulillah kejayaan sehingga kini adalah merupakan doa dan juga sokongan daripada mereka2 yang berada disekeliling saya. terima kasih
mereka berkata tahniah dengan apa yang saya miliki. hanya mampu berkata alhamdulillah. diluaran saya mampu tersenyum dan mereka melihat saya gembira. tapi dalaman saya tiada pun senyuman yang pernah satu ketika saya miliki. penat juga menjadi pelakon ini ssebenarnya. kadang kala saya tak mampu untuk berdiri dan terus menjadi pelakon sedangkan jiwa saya memberontak untuk tidak menjadi hipokrit. menjadi dek nak menjadi pelakonlah kadang kala diri sendiri seringkali ditipu, seringkali menjadi tempat untuk mereka2 melepaskan kemarahan, melepaskan kekesalan,melepaskan rasa keegoaan dan sebagainya. adakah ini yang seharusnya berlaku?
saya punya teman baik, bluhipo,tikus mondok dan tupai nyot2. kelakar sangat nama mereka. memang teman baik, tapi tak semuanya boleh untuk saya berkongsi rasa suka, rasa duka, rasa marah dan sebagainya. mereka memang baik dengan saya. banyak masa2 kosong saya yang telah diisi oleh mereka. rasa bersalah kerana membuatkan mereka sentiasa merisaui saya. rasa bersalah kerana membuatkan mereka mengambil berat akan saya. dan sekarang, saya tak mahu membiarkan mereka memikirkan perihal saya kerana masing2 sudah mempunyai komitmen sendiri. alhamdulillah. saya bahagia melihat teman saya bertiga ini bahagia. dan sekarang hanya tinggal saya seorang yang menghuni rumah lama itu setelah si tupai meninggalkan saya dan menemui kebahagiaan di sana. alhamdulillah. kebahagiaan milik teman saya. komitmen yang baru dimilikinya membuatkan saya semakin jauh dengan dia, kerana dia yang lebih rapat dengan saya. berbeza dengan bluhipo, komitmennya sangat tinggi bersama keluarga. kadang kala kesian pun ada melihatnya yang tidak mengcukupi masa untuk diri sendiri..apatah lagi masa untuk saya. perihal tikus mondok adalah berbeza kerana dia adalah seorang lelaki yang juga seorang abang buat saya. sentiasa bersama dengan saya memandangkan perjalanan untuk bertugas dan juga agenda kerja sentiasa melibat saya dan juga abang saya ini. kadang2 membuatkan pertanyaan apakah hubungan kami sebenarnya? cukuplah saya katakan disana sekadar teman sekerja juga abang di dalam hubungan kami berempat beradik. mereka2 takkan memahami apakah yang berlaku diantara kami berempat, kerana di dalam fikiran mereka hanya ke arah yang negatif semata mata.
rumah lama masih semakin sunyi bila mana penghuni itu hanya saya seorang yang menemaninya. saya cuba untuk memeriahkan suasana tapi masih sama. dari ramai penghuninya yang macam2 karenah tinggallah saya dan rumah lama yang sama2 memikul rasa sedih dan gembira bersama sama.
saya tak tahu apa yang nak dikatakan lagi, kalau berkesempatan saya ingin menerbitkan buku pertama yang ditulis oleh saya. pengkisahan diri salvadore yang saya rasa perlu dibukukan untuk sebagai kenangan yang terindah buat saya suatu hari nanti. juga menunggu buku dari bluhipo bilakah akan disiapkan entahlah tak pasti. insyallah pasti satu hari buku saya akan dicetak. kalau tidak secara rasmi, saya akan cetakkan juga. itu kenangan yang terindah pernah saya miliki sehingga umur saya kini. terima kasih pada mereka2 yang pernah membuatkan saya ketawa, gembira, sedih dan menangis bersama. maaf kerana anda semua merupakan sebahagian daripada watak yang dipinjamkan didalam pengkisahan salvadore.
saya benar2 sangat gembira. terima kasih kerana memberi saya rasa semua rasa yang ada. alhamdulillah kedewasaan ini semakin dewasa. semakin menjadikan saya matang. alhamdulillah.

Thursday, April 7, 2011
kosong
segala-galanya membuatkan saya berfikir. tapi tak pernah rasa sebegini sekian lama telah jauh ditinggalkan rasa ini. tak pernah rasa berfikir tapi kosong. ya 2 hari ini saya rasa sangat kosong. mood untuk ke tempat kerja juga kosong. memandu kereta pun rasa kosong. pandangan pc pun rasa kosong. rasa ada getaran dan rasa yang paling tak indah dan lebih gembira untuk balik ke rumah dan duduk sendirian dan cara yang terbaik kembali ke kamar dah tidur dengan aman tanpa memikirkan apa2 lagi.
petang ni rutin sibuk dah mula kembali, jadual telah padat. tapi mampukah saya melakukannya tanpa ada rasa? rasa seperti mati pun ada.
mood:kembali bertemu tuhan.
petang ni rutin sibuk dah mula kembali, jadual telah padat. tapi mampukah saya melakukannya tanpa ada rasa? rasa seperti mati pun ada.
mood:kembali bertemu tuhan.
Tuesday, March 29, 2011
Friday, March 11, 2011
Citra Budaya Adat Perpatih Negeri Sembilan
Meminjam INFO daripada kakak ezlina dan buboy dari JKKN mengenai program Citra Budaya Adat Perpatih Negeri Sembilan pada 11 - 13 Mac 2011 bertempat di Padang MPS Seremban.....
Masyarakat Adat Perpatih terbahagi kepada tiga kumpulan utama iaitu Perut Suku dan Luak. Perut adalah unit sosio-politik yang terkecil di mana anggota sesuatu perut itu adalah berasal daripada moyang (keturunan perempuan) yang sama. Setiap perut mempunyai seorang ketua yang digelar Buapak.Buapak ini dipilih oleh anak-anak buah di dalam sesuatu perut berkenaan. Kumpulan yang kedua ialah suku. Suku dibentuk oleh beberapa perut yang menjadikan keluarga berkenaan semakin besar. Suku diketuai oleh seorang ketua yang digelar Dato' Lembaga. Kumpulan ketiga ialah Luak.
Luak adalah unit kawasan pentadbiran dari segi adat di mana ada empat luak utama iaitu Rembau, Sungai Ujung, Johol dan Jelebu. Setiap luak diketuai oleh seorang Undang. Selain daripada empat luak utama ini ada satu lagi luak yang kelima dipanggil Luak Tanah Mengandung. Luak Tanah Mengandung ini adalah terdiri daripada lima luak kecil di Seri Menanti iaitu Luak Inas, Luak Ulu Muar, Luak Gunung Pasir, Luak Terachi dan Luak Jempol. Setiap luak kecil ini ditadbirkan oleh seorang ketua yang bergelar Penghulu Luak.
Adat Perpatih ini diwariskan dari generasi ke generasi melalui kata-kata perbilangan. Ia merangkumi pelbagai aspek kehidupan masyarakat termasuk soal harta pusaka, perlantikan pemimpin, hukum nikah kahwin, amalan bermasyarakat, sistem menghukum mereka yang melanggar adat atau melakukan kesalahan dan pelbagai aspek lagi. Setiap peraturan atau adat itu ada perbilangannya dan setiap peraturan itu ada rasional atau sebab-sebab terjadinya hukum atau adat itu.
Menarikkan? Untuk lebih info, Jom kunjungi Citra Budaya Perpatih Negeri Sembilan pada 11 hingga 13 Mac ini!
Layari www.jkkn.gov.my utk keterangan lanjut-
Monday, February 21, 2011
KENAPA TELEPHONE?
baru baru ini mendapat pertanyaan dari seorang kenalan,kenapa menggunakan background blog telifon? hahahah jawapan saya mudah saja supaya mengingatkan rakan2 dan juga kawan2 serta saudara mara supaya sentiasa mengingati saya selalu. kalau ingat saya hubungilah saya. kalau telifon tiada kredit hubungilah dengan public phone yang saya rasa dah jauh kita tidak menggunakannya. walaupun saya mempunyai telifon tangan, saya tetap sekali skala menggunakan public phone. terasa rindu mahu menggunakannya. hehhe pendek kata walau seberat mana walau sesibuk mana sekalipun jangan lupa untuk menghubungi saya walaupun dengan hanya kiriman sms sudah cukup menghiburkan hati saya. kesimpulannya telifon itu tersangat penting kerana ianya dapat mengeratkan sesebuah hubungan itu. banyak lagilah kepentingannya, pikir2 kanlah sendiri.
Wednesday, February 16, 2011
Monday, January 24, 2011
bila rindu bertandang
setiap malam saya rindukan mak dan abah. tapi tak pernah terungkap di hadapan mereka berdua.boleh dikatakan setiap hari melihat kalender,bilakah saya dapat pulang bertemu mereka. Ya Allah berikanlah kesempatan untuk saya melepaskan rindu pada mereka, sekadar mendengar suara tak cukup untuk saya meluahkan betapa rindunya saya pada mereka.
boleh dikatakan hampir setiap hari saya menghubungi mak,tapi malam tadi saya mengalir air mata bila mak kata dia rindu pada saya. lagi pula bila terdengar suara abah sayup2 dari hujung, rindunya akan panggilan itu 'yah ke tu...' arghhhhhhhhhhhhhhhhhh mau pulang.
ya, saya akan mencuri waktu itu.
Sunday, January 23, 2011
manalah yang selesa
mencari tempat yang selesa untuk bersantai dan dengan budjet yang sedia ada. dan akhirnya hari ini masih lagi sendirian. menguruskan perkara rutin seperti biasa sudah pun selesai dan masanya untuk mengisi perut yang kosong sejak semalam. biasalah perasaan bila menjamu selera sorang2 macam ni adalah perkara paling tak seronok dirasakan.
sms dari rakan mempelawa untuk keluar makan tengahari ditolak kerana mood dalam ketika itu dalam keadaan malas apatah lagi tekak yang masih dikuasi rasa kapur semalam. sms dari teman abadi juga tidak mengizinkan untuk keluar bersama kerana ada kerja yang perlu dilaksanakan. akhirnya saya menjamu selera dengan bersendirian bertemankan notebook peribadi yang menjadi teman dikala kebosanan. ini saja yang mampu menghiburkan saya. em menu hari ini segelas cham coffee bersama nasi,ayam hancur dan telur sebutir. alhamdulillah ini rezeki saya untuk hari ini dan akan bertahan sehingga ke pagi esok. mudah-mudahan hendaknya.
kalau nak diberitahu memang malu rasanya, tapi ini yang saya cuba lakukan untuk salah satu azam tahun ni. ya saya tahu azam ni boleh dikatakan setiap tahun ada di dalam list saya. tapi saya akan cuba juga untuk tahun ini, nah hasilnya saya telah berjaya menurunkan berat badan saya.walaupun 2kg sahaja turun tapi itu cukup membanggakan saya kerana susah untuk menurunkan 1 kg sebelum ini. moga usaha saya bagi tahun ini akan berjaya.
oh mood makan saya terganggu, dalam kedai yang sebegini selesa dan penghawa dingin dan tertutup ada pula lah seekor langau yang tersesat barangkali cuba untuk mencari mangsa yang seterusnya em...sapalah punya pemiliknya. dan ini adalah kali kedua saya didatangi dengan situasi begini. dulu arwah atuk pernah cerita, berhati-hati dengan keadaan yang macam ni, takut kalau2 ada yang irihati dan tak suka pada kita, macam2 dia boleh buat. sama ada dengan cara kasar mahupun dengan cara halus. oh moga2 semua ini disimpangkan. yang peliknya kenapa meja saya sahaja yang ada,ish ni yang buat saya dalam keadaan musykil. selera saya terbantut dan tak dapat menjamah lagi makanan saya kerana telah dihurungi dengan langau itu. saya rasa perlu berhati hati kerana perka begini turut pernah dialami oleh rakan baik saya juga. ya memang kalau sesiapa dengar memang tidak akan mempercayainya, tapi kami memang dah berada di dalam situasi itu dan sehinggalah sekarang rakan saya masih diganggui dengan dia yang kami panggil MAT LAMPIR. tuhan saja yang akan membalas akan perbuatan MAT LAMPIR tersebut.
pokoknya sekarang milik siapakah empunya langau yang menggangu saya? argh malas mahu memikirkannya kau makanlah nasi saya tu,saya sanggup tak makan pun tak apa. sapalah yang busuk hati ni. em rasa saya masih kuat mengatakan ya ada tuan yang hantar, sama ada untuk org yang sebelumnya duduk di kerusi yang saya duduk atau pun untuk saya. UNTUK SAYA?ishhhhh minta2 lah bukan.
sedutan minuman yang terakhir telahpun selesai tapi saya masih tidak mahu meninggalkan tempat ini. em mungkin saya perlu cari tempat lain yang mungkin lagi selesa. alamak budjet makin kurang...em.......macam manalah?
Saturday, January 22, 2011
malam ini
Malam ini kurang enak rasanya. ditemani dengan secawan milo panas. dan masa tidak diperlukan panjang. seharusnya melabuhkan tirai. selesa tapi mood masih dalam keadaan jiwa kacau.
sambung balik
selesai jam jam berikutnya, saya berlari ke tandas dan tidak dapat mengawal diri lalu memuntahkan secawan milo panas yang saya minum tadi. penatnya saya rasa dan sangat lemah sekejap. tersandar di tandas dan rasa air panas mengalir dari celah kelopak mata saya. ya saya rasa sedih, melayan kesihatan yang selalu tak stabil sendirian sejak kebelakangan ini. bila sudah baik dari demam penyakit lain pula yang datang datang dan datang. oh saya terimanya dengan hati yang terbuka. ini ujian dari tuhan. dibekalkan minyak angin yuyi cap limau milik mak, saya sapukan di tempat yang sepatutnya. mungkin angin dah masuk sebab terasa pula seperti menyucuk di dalam perut, alahai siapa pula yang menjahit malam2 gini kat dalam perut ni. setuguk air suam peneman malam ini dan air kapur yang tak sedap itu yang juga milik mak yang ditinggalkan tuk saya, saya minum. mungkin dapat meredakan saya untuk malam ini.
sudah terlalu lewat dan saya perlu merehatkan diri dan tidak larat untuk menaip lagi mahupun berjaga lama untuk malam ini.
moga saya sihat untuk hari esok, dan saya akan makan esok supaya kembali sihat seperti biasa.
salam untuk semua
penat melayan lagu2 di laman youtube dan di postkan di FB untuk tatapan bersama teman2. dan lagu terakhir tadi untuk anda semua. saya mahu undurkan diri untuk seketika di pagi dan subuh ini. salam untuk semua.
Friday, January 21, 2011
memujuk hati sendiri
melayan novel pudarnya pesona cleopatra by habiburrahman el shirazy bertemankan dinner malam bersama minuman bagaikan johan dan biskut sepantas tiger. masih kaku...cuba mengukir senyum pantas ada air hujan mahu membasahi lagi malam ini. mungki kerana jiwanya masih kacau...9:26
semalam dan hari ini
ya memang tak dinafikan memang susah untuk mendapat cuti khususnya di tempat saya bekerja. kalau diberikan cuti itu merupakan hari2 yang bertuah macam seseorang memenangi loteri. seharian di rumah tiada rutin baru yang saya laksanakan sekadar rutin sebagai seorang yang manusia yang bangun pagi menunaikan kewajipan seharusnya, mengemas rumah yg kemas tak kemas sama sahaja sampai saya pun bosan dan cuba mencari kelainan, membasuh pakaian2 yang tak pernah habis, menjemur dan melipat dan golek2 dan mengadap notebook. itulah aktiviti yang rutin. pelawaan demi pelawaan saya terima mungkin untuk berkongsi kegembiraan bercuti dengan saya. kesemuanya saya tolak mungkin kerana mahukan masa untuk bersendirian.
ada juga cadangan untuk berjalan keluar dari kuala lumpur, keinginan hati memang melonjak untuk pergi, tapi bila menghubungi tuan rumah dan keadaan tidak mengizinkan untuk saya dan teman untuk kesana. keputusannya seharian saya di rumah. sehinggalah tiba pada jam yang seterusnya saya dipelawa oleh mr.bean tuk makan tengahari bersama serta meminta saya mengajak rakan2 yang lain. saya hanya ketawa dan memintanya meneruskan niatnya disebabkan saya malas mahu keluar dari rumah walaupun pada ketika itu perut saya merintih meminta untuk diisi. oh sangat malas ketika itu sehinggalah saya akhirnya membuat keputusan untuk mengisi perut saya pada jam 2.00 petang dan meluangkan masa bersama rakan-rakan yang lain di sebuah kedai yang agak terkenal dengan rotinya yang sedap. saya mula menjamu selera yang pada ketika itu sudahpun tiada. ada macam tiada ketika itu dan otak ligat memikirkan untuk pulang sahaja ke rumah dan duduk di rumah sahajalah tempat yang sesuai untuk saya agaknya. jadi kesimpulannya di sini ada cuti mahupun tidak adalah sama untuk saya.
yeah dan saya mengambil keputusan untuk duduk sahaja di rumah dan aktivitinya melihat siling, dinding, rumah permainan senja, dan berbual bersama merpati.
oh ya, mendapat panggilan sms membuatkan saya teruja dan bila membalasnya sampai di situ sahaja. dan bunyian itu hanya mati di situ dan saya menunggunya sampai ke pagi dan akhirnya terlena.
jam 4 pagi saya terjaga dan tiba2 mata ini tidak mahu lena. cuba untuk menarik semula selimut kembali tapi tidak berjaya. apa lagi saya capai tuala dan mandi...burrrrrrr sejuk giler air disubuh begini...uhhh ni lah kalau jarang mandi pepagi gini. kalau dulu masa sekolah rendah dan menengah awal2 mak dah kejutkan saya tuk bangun pagi takut terlepas bas. dan akhirnya pasti saya akan tertidur sampailah ke sekolah dan pastinya pakcik bas tu kejutkan saya...oh indahnya kenangan masa sekolah... mahu kembali seperti dulu, mak kejut pagi2, bawak bekal, kejar bas, tidur dalam bas, mak pasti akan mendandankan rambutku yang panjang itu..oh...bila sorang2 inilah kenangan dan perasaan paling indah saya miliki.
selesai menguruskan apa yang patut saya bersiap seawal seperti di bulan puasa. jam 7 saya dah terpacak di depan kedai makcik tu mengharapkan masih ada nasi untuk dibeli. oh rezeki saya rm1.50 saya hulurkan dengan senyuman paling manis saya bagi tanda terima kasih kerana ada nasi itu lagi. kalau dulu masa zaman di IPT itulah bekalan tuk saya hari2 dan masa tu rm1. kalau makan pagi, sampai malam tak makan disebabkan nasi makcik tu terlalu banyak. memang indah dan bila duit ada lebih pastinya akan ada habuan tuk kawan2 sempena hari jumaat walaupun ada yang tak suka ngan nasi yang saya bawa ketika itu disebabkan belinya di kampung baru mesti tak bersih...hm...saya hanya mampu senyum dan berbisik dalam hati kalau kau beli kat KLCC ke kat ampang park ka belum tentu bersih. takpalah rasa masing2 dan sejak itu dah tak ada perasaan tuk belikan untuk siapa2........ hehehehe kenangan2.
dan sehingga sekarang saya masih kenyang bersama nasi yang dimakan di pagi hari tadi. alhamdulillah,itu adalah rezeki buat saya hari ini,insyallah esok masih ada lagi.saya masih menanti masa untuk pulang, lagi setengah jam dari sekarang dan bersedia untuk aktiviti yang bakal tiba. dan hari ini telifon ini terlalu sibuk dengan urusan kerja. oh saya letih adakalanya dan adakalanya saya gembira, mungkin gangguan emosi ketika ini membuatkan saya kurang mahu memulakan kerja. tapi walaumacam mana sekalipun saya berjaya menghadirkan diri ke tempat kerja dan mesyuarat dengan jayanya dan sempat juga memaniskan muka dengan senyuman dalamnya ada tawar.apa pun saya takkan campurkan urusan peribadi dengan kerja. itu memang perangai saya. hal yang remeh temeh takkan saya ambil kira kerana ianya akan mengecewakan saya.
so moral untuk saya hari ini jadilah diri sendiri dan biar kita mengawal keadaan dan jangan keadaan yang mengawal kita. cuba sukakan apa yang orang sekeliling atau yg kita sayang suka. bak kata orang masuk kandang kambing kita mengembek masuk kandang lembu...huhuhu mengembok ek...hahahha. jiwa kacau
Wednesday, January 19, 2011
kisah saya
malam semalam saya benar2 gembira, kalau dahulu saya sentiasa ditemani dengan sahabat saya ini, tapi bila keadaan dan kerjaya telah memisahkan kami dalam mencari haluan hidup dengan sendiri. malam tadi kami sama2 melepaskan kerinduan, untung juga memiliki teknologi yang canggih. berhubung menggunanakan YM adalah paling mudah dan menjimatkan saya. hampir 3 jam saya bersama dia, macam2 story seperti dah lama saya tidak berjumpa. kalu nak diikutkan awal januari baru saja saya berjumpanya tapi keadaan dan masa ketika itu tidak mengizinkan saya untuk berborak lama dengannya. saya tahu dia pun menrindui saya. huh, inilah susahnya kalau kita dah sayangkan seseorang dan hubungan itu, makin jauh kita dipisahkan makin semangat rindu membara. mungkin kalau dia sudah berkahwin mungkin sedikit demi sedikit hubungan ini akan berubah. oh itu yang saya takutkan dan harap kami masih seperti dulu. saya susah untuk mempunyai teman yang rapat, tapi berbeza dengan dia, yang mudah untuk dibawa runding dan sangat selesa. 3 jam berbual terasa sangat singkat masa berlalu, daripada posisi meniarap sampai ke mengiring sampai ke duduk dan samapai ke berjalan2 i dalam rumah sambil memegang notebook. memang lucu bila mengingati setiap perbualan kami. dia masih seperti dulu, masih tetap terlena di depan tv, masa tetap melepaskan rambutnya yg mengurai menutup mata, masih kekal bersama baju tidur orennya dan masih kekal dengan hidungnya yg selesema dan masih kekal dengan mata pitingnya dan masih kekal dengan senyuman dan ketawanya. oh tuhan rindu pula pada wanita ini, bila bertemu tak pula saya rasa ingin berdakap erat dengannya, tapi hati ini masih berkata ya saya sayang dia. wanita yang cekal dan adakalanya sensitif dan tetap dengan kenakalannya. bila bertemu, hobi nakal kami tetap sama, tapi bila dah tak bersama kenakalan itu yang menggembirakan saya dan membuatkan saya mengingatinya.
sahabat saya ini sudah mula pindah di rumah barunya, nampak agak selesa kerana kelengkapan rumahnya semakin bertambah dan bersesuaian dengannya yang bakal mengakhiri zaman bujangnya. saya sedih? rasanya tidak, saya nampak sedih tapi saya gembira kerana dia bahagia. apa yang saya mahu adalah kegembiraan buat dia kerana saya tak mahu dia terluka atau dikecewakan lagi. jam hampir menunjukkan ke angka 3 pagi. rasa berat hati saya neak menamatkan perbualan kami ini. 3 suku pagi saya menamatkan perbualan dan melenakan diri dengan senyuman kepuasan.
lagu diradio malam tadi benar2 menghanyutkan saya dan saya terjaga jam 11pagi. ya tuhan melompat saya dibuatnya kerana ada perkara dipejabat yang perlu diselesaikan. mujur saya segera menghubungi rakan saya yang merangkap bos melalui sms jer...nasib dia memahami. terniat juga mahu je amik cuti tapi saya agak bosan tuk cuti sedangkan kerja masih belum selesai. nah akhirnya sampai juga ke pejabat berbekalkan sebungkus nasi untuk disantap bagi sarapan pagi,tengahari dan malam....huhuhu itulah rutin sejak bujang dari bulan 6 2010 sehinggalah sekarang masih belum ada rakan serumah lagi. kalau ada yang mahu serumah bersama saya mungkin saya akan buat audition kot...hahahha alamatnya takkan adalah jawapan untuk itu kerana saya agak memilih orangnya. siapa juga akan buat perkara yang sama seperti saya. mencari rakan serumah sama juga ibarat mencari pasangan hidup.
Tuesday, January 18, 2011
1.1.2011 TAHNIAH
alhamdulillah, tarikh yg baik dan juga perancangan yang baik buat sahabat saya cik nurmizanun saari yang telah pun menjadi tunangan kepada en saiful yacob. kalau mahu tahu sahabat saya ni dah lama mebujangkan dirinya daripada sebarang hubungan cinta. alhamdulillah bak kata orang doa kita sentiasa didengariNya dan jika kita benar2 ikhlas memohon dariNya dan jika kita sentiasa bersabar insyallah kita akan dapat apa yang kita mahu. Sungguh besar kuasaNya semuanya berlaku dihadapan mata. nah sekarang sahabat saya dah mula ada komitmen bersama yang tersayang. saya akan bahagia jikalau dia bahagia. moga apay yang dicari dan dihajati sahabat saya akan sentiasa mendapat keredhaanNya. Percutian 4 hari 3 malam di bumi kelantan benar2 membawa saya dan rakan2 bahawa ini adalah percutian akhir 2010 dan permulaan 2011 yang sangat indah. percutian yang tidak dirancang dan keinginan merasai pengalaman yang indah di hari bahagia bersama sahabat yang saya sayang. tahniah wanita biasa@ nurmizanun atas ikatan ini dan moga sahabat saya ini bahagia disamping dia....isk2....saya masih tak kehilangan awak kan walaupun awak sudah memberi sebahagian komitmen awak pada dia...heheheh..miss u my friend...
Subscribe to:
Posts (Atom)