ya memang tak dinafikan memang susah untuk mendapat cuti khususnya di tempat saya bekerja. kalau diberikan cuti itu merupakan hari2 yang bertuah macam seseorang memenangi loteri. seharian di rumah tiada rutin baru yang saya laksanakan sekadar rutin sebagai seorang yang manusia yang bangun pagi menunaikan kewajipan seharusnya, mengemas rumah yg kemas tak kemas sama sahaja sampai saya pun bosan dan cuba mencari kelainan, membasuh pakaian2 yang tak pernah habis, menjemur dan melipat dan golek2 dan mengadap notebook. itulah aktiviti yang rutin. pelawaan demi pelawaan saya terima mungkin untuk berkongsi kegembiraan bercuti dengan saya. kesemuanya saya tolak mungkin kerana mahukan masa untuk bersendirian.
ada juga cadangan untuk berjalan keluar dari kuala lumpur, keinginan hati memang melonjak untuk pergi, tapi bila menghubungi tuan rumah dan keadaan tidak mengizinkan untuk saya dan teman untuk kesana. keputusannya seharian saya di rumah. sehinggalah tiba pada jam yang seterusnya saya dipelawa oleh mr.bean tuk makan tengahari bersama serta meminta saya mengajak rakan2 yang lain. saya hanya ketawa dan memintanya meneruskan niatnya disebabkan saya malas mahu keluar dari rumah walaupun pada ketika itu perut saya merintih meminta untuk diisi. oh sangat malas ketika itu sehinggalah saya akhirnya membuat keputusan untuk mengisi perut saya pada jam 2.00 petang dan meluangkan masa bersama rakan-rakan yang lain di sebuah kedai yang agak terkenal dengan rotinya yang sedap. saya mula menjamu selera yang pada ketika itu sudahpun tiada. ada macam tiada ketika itu dan otak ligat memikirkan untuk pulang sahaja ke rumah dan duduk di rumah sahajalah tempat yang sesuai untuk saya agaknya. jadi kesimpulannya di sini ada cuti mahupun tidak adalah sama untuk saya.
yeah dan saya mengambil keputusan untuk duduk sahaja di rumah dan aktivitinya melihat siling, dinding, rumah permainan senja, dan berbual bersama merpati.
oh ya, mendapat panggilan sms membuatkan saya teruja dan bila membalasnya sampai di situ sahaja. dan bunyian itu hanya mati di situ dan saya menunggunya sampai ke pagi dan akhirnya terlena.
jam 4 pagi saya terjaga dan tiba2 mata ini tidak mahu lena. cuba untuk menarik semula selimut kembali tapi tidak berjaya. apa lagi saya capai tuala dan mandi...burrrrrrr sejuk giler air disubuh begini...uhhh ni lah kalau jarang mandi pepagi gini. kalau dulu masa sekolah rendah dan menengah awal2 mak dah kejutkan saya tuk bangun pagi takut terlepas bas. dan akhirnya pasti saya akan tertidur sampailah ke sekolah dan pastinya pakcik bas tu kejutkan saya...oh indahnya kenangan masa sekolah... mahu kembali seperti dulu, mak kejut pagi2, bawak bekal, kejar bas, tidur dalam bas, mak pasti akan mendandankan rambutku yang panjang itu..oh...bila sorang2 inilah kenangan dan perasaan paling indah saya miliki.
selesai menguruskan apa yang patut saya bersiap seawal seperti di bulan puasa. jam 7 saya dah terpacak di depan kedai makcik tu mengharapkan masih ada nasi untuk dibeli. oh rezeki saya rm1.50 saya hulurkan dengan senyuman paling manis saya bagi tanda terima kasih kerana ada nasi itu lagi. kalau dulu masa zaman di IPT itulah bekalan tuk saya hari2 dan masa tu rm1. kalau makan pagi, sampai malam tak makan disebabkan nasi makcik tu terlalu banyak. memang indah dan bila duit ada lebih pastinya akan ada habuan tuk kawan2 sempena hari jumaat walaupun ada yang tak suka ngan nasi yang saya bawa ketika itu disebabkan belinya di kampung baru mesti tak bersih...hm...saya hanya mampu senyum dan berbisik dalam hati kalau kau beli kat KLCC ke kat ampang park ka belum tentu bersih. takpalah rasa masing2 dan sejak itu dah tak ada perasaan tuk belikan untuk siapa2........ hehehehe kenangan2.
dan sehingga sekarang saya masih kenyang bersama nasi yang dimakan di pagi hari tadi. alhamdulillah,itu adalah rezeki buat saya hari ini,insyallah esok masih ada lagi.saya masih menanti masa untuk pulang, lagi setengah jam dari sekarang dan bersedia untuk aktiviti yang bakal tiba. dan hari ini telifon ini terlalu sibuk dengan urusan kerja. oh saya letih adakalanya dan adakalanya saya gembira, mungkin gangguan emosi ketika ini membuatkan saya kurang mahu memulakan kerja. tapi walaumacam mana sekalipun saya berjaya menghadirkan diri ke tempat kerja dan mesyuarat dengan jayanya dan sempat juga memaniskan muka dengan senyuman dalamnya ada tawar.apa pun saya takkan campurkan urusan peribadi dengan kerja. itu memang perangai saya. hal yang remeh temeh takkan saya ambil kira kerana ianya akan mengecewakan saya.
so moral untuk saya hari ini jadilah diri sendiri dan biar kita mengawal keadaan dan jangan keadaan yang mengawal kita. cuba sukakan apa yang orang sekeliling atau yg kita sayang suka. bak kata orang masuk kandang kambing kita mengembek masuk kandang lembu...huhuhu mengembok ek...hahahha. jiwa kacau