berkorban adakalanya perlu,apatah lagi untuk orang yang kita sayang. dalam beberapa tahun ini alhamdulillah saya mencuba untuk membantu orang2 yang saya sayang untuk berjaya mencari masa hadapan yang insyallah menjanjikan yang terbaik. saya katakan pada mereka, saya hanya membantu mana2 yang perlu selebihnya bergantung kepada mereka sendiri, yang sering saya ingatkan doa, usaha dan tawakal. seorang yang saya sayang telahpun berjaya dengan berkat semangat dan kekuatannya dalam meneruskan kerjaya seninya, insyallah peluang yang seterusnya akan sentiasa dia miliki antara cepat dan lambat sahaja. seorang lagi yang saya sayang juga, adalah sangat rumit untuk memahaminya walaupun saya dan dia dibesarkan dalam jarak yang tak jauh bezanya. dia memang susah untuk berkongsi segala perihal tentang dirinya. sehinggalah perihal melibatkan kerjayalah baru dia mula berkongsi dengan saya. saya cuba membantu sedaya upaya, dan dia juga pernah rasa putus asa, memang susah juga untuk memulihkan semangat bila perasaan itu sudah hilang. alhamdulillah berkat kesabaran dia menerima juga pandangan dan bantuan saya. tak sabar juga untuk saya menunggu dia berjaya dalam bidang perubatan,4 bulan itu tersangatlah lamanya. dalam tempoh itu jugalah saya perlu bersungguh-sungguh untuk membantu sedaya upaya saya. jadi bermulalah rutin untuk saya membuat apa saja peluang yang ada dihadapan mata untuk membantu mereka2 yang saya sayang.
dua orang yang saya sayang, pertamanya sudah hampir berjaya dan yang kedua baru untuk mengatur langkah seterusnya. Insyallah rezeki akan sentiasa ada untuk kamu berdua. dan doa saya agar kamu berdua kekal untuk terus berusaha dan terus untuk sayangkan saya. muga yang terbaik buat kalian berdua. kesabaran penting di dalam setiap apa yang kamu lakukan begitu juga saya. muga sifat kesabaran itu dikuatkan sepenuhnya di dalam diri kita. muga terbaik buat chenta hati, mr.ad n yang terbaik buat my big brother, mr.muk. dan saya akan sentiasa menjadi tulang belakang kamu berdua..
hanya doakan kesempurnaan kesihatan saya supaya saya akan kekal menjadi tulang belakang kalian untuk terus berjaya. saya takkan minta balasan kerana mungkin tuhan telah menghantar saya untuk membantu dan bersama kalian. all the best, ingat walau saya jauh walau saya jarang bersama kamu, saya sentiasa ada untuk kamu.
Monday, April 18, 2011
kaku
kebisuan yang membuatkan ianya kaku
dan kebisuan yang membuatkan ianya batu
mana mungkin disimpan rasa itu
tapi masih juga kaku
mana mungkin disimpan rasa itu
ya rasa yang semakin merindu
tapi mungkinkah diambil tahu
dan kebisuan yang membuatkan ianya batu
mana mungkin disimpan rasa itu
tapi masih juga kaku
mana mungkin disimpan rasa itu
ya rasa yang semakin merindu
tapi mungkinkah diambil tahu
Thursday, April 14, 2011
hanya jurnal-2
berdiam diri bukan bermakna tidak kisah. sangat kisah dan selalu kisah. selalu ambil kisah akan hal itu, tapi tidak ada tindak balas seterusnya. bila disebut seperti tiada apa. bila berdiam lebih baik tetap menjadi persoalannya. jadi mahu yang mana. cuba minta difahamkan tetapi tak memberi kerjasama. jadi mahu yang mana. kerana sifat keegoan membuatkan keadaan seperti ini. sampai bila? berdiam lebih baik daripada berkata-kata, kalau tidak mahu ada yang mengguris rasa. biar tebal rasa yang ada, kalau itu yang dimahu cuma. buangkanlah bukuan ego itu, insyallah semuanya akan selesa. sayang ini masih ada dan bukan untuk diberi kepada sesiapa.
"berdiam diri mungkin selesa, tapi hakikatnya terpaksa dan cuba tanpa rela tetapi ini kehendaknya juga. hilang tanpa berita dan muncul pula secara tiba. jiwa yang dipintu rasanya apa, cuba berserah pada yang Esa"-salvadore

Wednesday, April 13, 2011
hanya jurnal-1
"dan kehidupan ini adalah hanya permainan dan senda gurau. sedangkan akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertakwa". kadang-kadang kita tak pernah sedar dengan apa yang kita lakukan. kita rasa apa yang kita laksanakan atau lakukan adalah betul dan hanya gurauan semata-mata. tapi dek kerana gurauan itulah tanpa kita sedari telah membuatkan orang yang kita guraukan itu terasa. tahukah apa akibatnya bila kita mengguriskan perasaan seseorang itu?carilah, baru kamu akan faham apakah ia. kiranya sekali ia berlaku ini mungkin tiada apa-apa. tapi jika ianya kerap berlaku ia akan menjadi sesuatu yang mungkin kamu akan kehilangan ia.
"kirimkan rasa kesabaran dan rasa kekentalan". dia hanya datang bila dia hanya benar2 memerlukan kamu dan juga dia benar2 rasa kesunyian. tetapi bilaman dia mempunyai teman dia tidak akan menoleh kepadamu, bilamana ruang masanya terisi dia tidak akan terfikirkan pun perihal kamu. tapi bila dia dalam keadaan sedih, dalam keadaan keseorangan, dalam masanya terisi kekosongan barulah dia akan mengingati kamu. jadi apalah tempat kamu sebenarnya di sisi dia. apakah hanya persinggahan sementara? atau adakah sebenarnya dia masih keliru dengan siapa diri dia yang sebenarnya dan siapakah kamu dalam hidupnya?
"jangan menatap ke dalam matanya bila apa yang kau lakukan hanya pembohongan"
kamu begitu berani membohongi diri mereka, tetapi kamu takkan berani membohongi diri kamu sendiri. kamu rasa keputusan kamu adalah terbaik untuk segalanya, dalam masa yang sama kamu tak sedari kamu telah mengguriskan hatinya. mungkin kamu rasa tindakan kamu ini baik untuk kamu dan baik untuk dirinya. lantas kamu tak memikirkan apakah kesudahannya. mengeluarkan kata-kata haruslah difikirkan menggunakan akal dan fikiran yang waras, bukan hanya tindakan bodoh semata-mata. kamu dilahirkan untuk menjadi pemikir yang bijak dan berjaya, bukannya menjadi seorang pemikir yang sempit dan kosong otaknya. jangan melakukan pembohongan jika itu bukan diri kamu.
kamu pergi dan kamu diamkan diri untuk melenturkan perasaan kamu, sedangkan pada dia yang kamu tinggalkan dalam seketika masa itu, kamu tidak pernah memikirkan apakah yang berlaku padanya. boleh ini dikatakan yang kamu sangat mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan perasaan orang yang lain. membuat keputusan tanpa memikirkan apakah musibah atau kesudahannya. dalam tempoh dia ditinggalkan adakah kamu pernah memikirkannya dan adakah pernah kamu bertanyakan padanya? kamu suka pergi dan kamu kembali tanpa memikirkan apa yang telah kamu lakukan. adakah ini terbaik kamu rasakan yang kamu lakukan?
"kedewasaan". carilah apa itu sifat2 kedewasaan, carilah apa itu nilaian sifat keegoan, carilah apa sifat sayang dan menyayangi, dan carilah apa istilah menghargai.
"mencari kesempatan waktu yang kerana kita memang tak punya waktu"
Perbaikilah agamaku, urusanku, dan perbaikilah duniaku yang menjadi tempat hidupku, dan perbaikilah akhiratku yang menjadi tempat kembaliku. Ya tuhanku, jadikanlah hidup ini sebagai tambahan kebaikan untukku, dan jadikanlah kematian sebagai istirehatku dari segala kejahatan.
Ya Tuhanku, bantulah aku,dan janganlah Engkau biarkan. Berikanlah kejayaan untukku, keluargaku,dia cintaku, dan janganlah Engkau kalahkan. Tunjukkanlah aku, dan mudahkanlah aku untuk menuju jalan yang benar.

Monday, April 11, 2011
hanya jurnal
minggu yg betul2 memenatkan semuanya. mata,otak,hati dan semuanya. mahu saja memjamkan mata untuk seketika, dan otak tanpa memikirkan apa2,tapi bagaimana pula dengan hati. oh, 2011 benar2 menguji saya. tapi rasa putus asa tak pernah wujud dala diri sebaliknya semangat dan kekuatan yang membantu untuk segalanya. meminta petunjuk dari sang pencipta, laluan itu juga yangku lihat. kenapalah dan mengapa?
bila ganjakan umur makin bergerak, saya sudah tiada rasa untuk menjadi remaja seperti satu ketika dulu. pada saya kehidupan sebagai remaja akan berakhir bila sampai waktunya. tapi bagi sesetengah dikalangan mereka, sentiasa berangan dan terus mengulit mimpi untuk menjadi remaja selamanya. saya juga tak segahairah untuk mengekalkan zaman remaja, ya saya dah makin dewasa. dan kerana dek kedewasaan inilah membuatkan ada dikalangan mereka2 yang tidak menyukainya. dan maaf memang sukar untuk menjadikan diri sebagai yang hipokrit.
dahulu saya memang mempunyai ramai kawan dan sangat ramai. tapi dikalangan yang ramai itu bukan tentu semuanya memahami apa erti sebuah perhubungan persahabatan. apatah lagi hidup dizaman ini, takkan ada yang tahu apa erti nilai persahabatan yang sebenar. sahabat dia akan berkongsi segala duka dan juga manisnya bersama,sahabat jugalah yang akan memujuk ketika bersedih, sahabatlah juga yang akan membantu membuatkan kita ketawa, sahabatlah juga yang akan turut sama membantu bila kita senang dan sahabat jugalah yang sama2 membantu untuk sama2 berjaya dan sahabatlah salah seorang yang akan sama membantu mendoakan yang terbaik buat kita. susah nak mencari sahabat yang betul2 menghargai kita. bila dah kehilangan kebiasaannya barulah kita akan benar2 mengingati akan kehadiran sahabat kita satu ketika dulu.
kejayaan seseorang itu terletak dengan melihat siapakah disekeliling kita. siapakah yang membantu menjadi tulang belakang kita untuk ke hadapan. dan kejayaan itu juga ada daripada hasil doa, usaha dan tawakal. dan kejayaan itu takkan berhasil kalau kita tidak mempunyai niat yang sebenar. alhamdulillah kejayaan sehingga kini adalah merupakan doa dan juga sokongan daripada mereka2 yang berada disekeliling saya. terima kasih
mereka berkata tahniah dengan apa yang saya miliki. hanya mampu berkata alhamdulillah. diluaran saya mampu tersenyum dan mereka melihat saya gembira. tapi dalaman saya tiada pun senyuman yang pernah satu ketika saya miliki. penat juga menjadi pelakon ini ssebenarnya. kadang kala saya tak mampu untuk berdiri dan terus menjadi pelakon sedangkan jiwa saya memberontak untuk tidak menjadi hipokrit. menjadi dek nak menjadi pelakonlah kadang kala diri sendiri seringkali ditipu, seringkali menjadi tempat untuk mereka2 melepaskan kemarahan, melepaskan kekesalan,melepaskan rasa keegoaan dan sebagainya. adakah ini yang seharusnya berlaku?
saya punya teman baik, bluhipo,tikus mondok dan tupai nyot2. kelakar sangat nama mereka. memang teman baik, tapi tak semuanya boleh untuk saya berkongsi rasa suka, rasa duka, rasa marah dan sebagainya. mereka memang baik dengan saya. banyak masa2 kosong saya yang telah diisi oleh mereka. rasa bersalah kerana membuatkan mereka sentiasa merisaui saya. rasa bersalah kerana membuatkan mereka mengambil berat akan saya. dan sekarang, saya tak mahu membiarkan mereka memikirkan perihal saya kerana masing2 sudah mempunyai komitmen sendiri. alhamdulillah. saya bahagia melihat teman saya bertiga ini bahagia. dan sekarang hanya tinggal saya seorang yang menghuni rumah lama itu setelah si tupai meninggalkan saya dan menemui kebahagiaan di sana. alhamdulillah. kebahagiaan milik teman saya. komitmen yang baru dimilikinya membuatkan saya semakin jauh dengan dia, kerana dia yang lebih rapat dengan saya. berbeza dengan bluhipo, komitmennya sangat tinggi bersama keluarga. kadang kala kesian pun ada melihatnya yang tidak mengcukupi masa untuk diri sendiri..apatah lagi masa untuk saya. perihal tikus mondok adalah berbeza kerana dia adalah seorang lelaki yang juga seorang abang buat saya. sentiasa bersama dengan saya memandangkan perjalanan untuk bertugas dan juga agenda kerja sentiasa melibat saya dan juga abang saya ini. kadang2 membuatkan pertanyaan apakah hubungan kami sebenarnya? cukuplah saya katakan disana sekadar teman sekerja juga abang di dalam hubungan kami berempat beradik. mereka2 takkan memahami apakah yang berlaku diantara kami berempat, kerana di dalam fikiran mereka hanya ke arah yang negatif semata mata.
rumah lama masih semakin sunyi bila mana penghuni itu hanya saya seorang yang menemaninya. saya cuba untuk memeriahkan suasana tapi masih sama. dari ramai penghuninya yang macam2 karenah tinggallah saya dan rumah lama yang sama2 memikul rasa sedih dan gembira bersama sama.
saya tak tahu apa yang nak dikatakan lagi, kalau berkesempatan saya ingin menerbitkan buku pertama yang ditulis oleh saya. pengkisahan diri salvadore yang saya rasa perlu dibukukan untuk sebagai kenangan yang terindah buat saya suatu hari nanti. juga menunggu buku dari bluhipo bilakah akan disiapkan entahlah tak pasti. insyallah pasti satu hari buku saya akan dicetak. kalau tidak secara rasmi, saya akan cetakkan juga. itu kenangan yang terindah pernah saya miliki sehingga umur saya kini. terima kasih pada mereka2 yang pernah membuatkan saya ketawa, gembira, sedih dan menangis bersama. maaf kerana anda semua merupakan sebahagian daripada watak yang dipinjamkan didalam pengkisahan salvadore.
saya benar2 sangat gembira. terima kasih kerana memberi saya rasa semua rasa yang ada. alhamdulillah kedewasaan ini semakin dewasa. semakin menjadikan saya matang. alhamdulillah.

Thursday, April 7, 2011
kosong
segala-galanya membuatkan saya berfikir. tapi tak pernah rasa sebegini sekian lama telah jauh ditinggalkan rasa ini. tak pernah rasa berfikir tapi kosong. ya 2 hari ini saya rasa sangat kosong. mood untuk ke tempat kerja juga kosong. memandu kereta pun rasa kosong. pandangan pc pun rasa kosong. rasa ada getaran dan rasa yang paling tak indah dan lebih gembira untuk balik ke rumah dan duduk sendirian dan cara yang terbaik kembali ke kamar dah tidur dengan aman tanpa memikirkan apa2 lagi.
petang ni rutin sibuk dah mula kembali, jadual telah padat. tapi mampukah saya melakukannya tanpa ada rasa? rasa seperti mati pun ada.
mood:kembali bertemu tuhan.

Subscribe to:
Posts (Atom)