Wednesday, June 8, 2011

pemilik yang tegar

kadang-kadang seperti layang-layang terputus talinya. pemilik tali yang tegar takkan mensia-siakan layang-layang itu terputus tali untuk kesekian kalinya. mengharapkan pada sang angin agar tidak kau bawakan khabar yang tidak gembira buat pemilik layang-layang itu. moga pemilik layang-layang itu mampu mempertahakan layang-layangnya itu dari terputus talinya. dan moga layang-layang itu kukuh bersama tulang perisainya. dan tak mahu didengarinya lagi layang-layang terputus tali buat kesekian kalinya.

Sunday, June 5, 2011

kesabaran dan kekentalan

bulan yg diberi kegembiraan dan bulan juga diberi kedukaan. syukur kerana mampu merasai semua itu. dan syukur kerana tuhan masih menyayangi aku. ya dengan rasa2 seperti ini membuatkan aku semakin berhati-hati dan menerima segala ketentuan dari tuhan. melihatkan mereka ketawa aku hanya mampu tersenyum kerana tawaku telah hilang dek kerana kesibukkan masaku membuatkan semuanya hampir hilang. susah untuk menjadi seorang yang sempurna. dan aku semakin penat dengan segala perihal yang berlaku pada bulan ini. dan bulan2 yang mendatang tak juga aku tahu apakah lagi yang akan menghantui. semoga jiwa2ku ini dikurniakan dengan sifat kesabaran dan kekentalan.

berusaha

membuang rasa2 perit yg ada memang susah. masih berusaha. dan untuk menjadi yang terbaik adalah susah walaupn hakikatnya kita merasa yang kita adalah yang terbaik.masih berusaha untuk mencapai ke satu matlamat yang dirancang. hanya tuhan yang menentukan segalanya. selebihnya berserah kepada individu itu sendiri sama ada mahu atau tidak.