Monday, August 22, 2011
aktiviti ramadhan ke 22
ramadhan yg ke 22. di saat tuk mencari malam lailatulqadar, mengerjakan terawikh dan ada yg sedang sibuk membuat persiapan menjelang hari raya dan saya tidaklah merasa apa yang dirasa oleh mereka2 yang lain. saya dan rakan2 masih berada di pejabat. selesai saja pulang dari berbuka kami masuk semula ke pejabat untuk menyelesaikan tugas2an sebelum semuanya bercuti hari raya. persiapan untuk menyambut hari kemerdekaan dan hari malaysia pada 16 september sedang giat dilaksanakan. kesian pada kawan2 yg lain, mungkin ini takdirnya untuk kita semua. apa pun kerja juga adalah satu ibadah jugakan. jadi tak perlu rasanya untuk mengeluh. kalau orang nak kata, katalah yg penting tuhan tau niat kita. insyallah kalau niat kita betul,semuanya akan berjalan dengan baik. lebih2 lagi di bulan yg mulia ini. oh saya rindukan malam2 terawikh,apakah masih akan mampu untuk mengejarnya lagi. Insyallah, berikanlah keizinan untuk merasainya. amin
Friday, August 19, 2011
muga temui apa yg dimahukan
dia mencuba untuk menipu dirinya sendiri. hakikatnya rindu dan ingatannya masih menebal dan menantikan hadirnya sang merpati itu seperti satu ketika dulu. dia cuba untuk memulihkan keadaan. dan dia cuba membantu dirinya sendiri dan hakikatnya dia sendiri tertewas. muga dia menjumpai jalan yg dapat membawanya mencari apa yg dia mahu sebenarnya.
Tuesday, August 16, 2011
kegembiraan ramadhan
ramadhan yang menggembirakan apatah lagi bila tahun lepas diselubungi dengan kesunyian tetapi tahun ini penuh dengan kegembiraan. arini saya gembira kerana dapat bersama keluarga tercinta. otak sibuk memikirkan apakah menu yg menarik untuk berbuka arini. dan gembira juga kerana saya dah ada teman serumah yang baru. yg menariknya ini kali pertama mak dan abah berbuka dan sahur dirumah saya sejak berkampung hampir 10 tahun di kuala lumpur. merasai solat terawikh dan berbuka puasa bersama org yg tersayang juga suatu perkara yang sangat mengharukan saya.
alhamdulillah kerana masih diberi untuk merasai semua nikmat dan kegembiraan ini.
alhamdulillah kerana masih diberi untuk merasai semua nikmat dan kegembiraan ini.
Monday, August 8, 2011
bak pelangi
mood ni kdg2 mcm pelangi,kalau rasa x gembira x keluar. kalau rasa gembira baru mau keluar. tapi kdg2 cm lain plak, sukati dia nak keluar masa bila dia rasa perlu. salam dan selamat pagi buat jiwa2 yang resah,muga kalian akan jadi lebih bermakna.
Thursday, August 4, 2011
insyallah
tidak perlu mengikuti siapa dan kenapa. pokok pangkalnya terpulang pada individu itu sendiri. antara mahu atau tidak sahaja. hanya berjaya di dunia semata mata....tetapi hakikatnya? pada saya, saya mahu berjaya di dunia dan akhirat nanti. insyallah. allah sentiasa memberi peluang kepada sesiapa yang punya rasa kesedaran di dalam diri. penat sudah mengejar didunia...mengumpul pula dan mencari bekalan untuk di bawa ke sana nanti. insyallah, perlahan lahan.mudah-mudahan.amin.
Subscribe to:
Posts (Atom)