Friday, November 18, 2011



ada kawan begitulah, bila dah tak da baru beria ia nak mintak tolong itu ini..ish2...manusia2...ada i kisah u pandang i mcm tu tadi?huk aloh...
mood:mata potong sambil keluarkan lidah BUWERKKKKkkkkkkk

Thursday, November 17, 2011

bersama bonda

Membawa bonda untuk merehatkan diri setelah hampir seminggu lebih menemani abah di hospital.






saya bila berangan beginilah


hari ni kerja bukannya tak ada tapi mood nak memulakan tu lambat2 pula rasanya. nah rasa nak uplode gambar sendiri..heheh sukati sayalah kan..hahha

sedikit kenangan bergambar bersama abah di hospital

Moga abah cepat sembuh ya.....abah masuk wad dari 3 november sampailah sekarang. Ya Allah moga abah dapat disembuhkan daripada kesakitan dan penyakit yang dialaminya. Amin...







deepavali oru malaysia








dalam kesibukan mengejar masa melawat dan menjaga abah di HKL kerja di pejabat tetap diteruskan. Pada 10 nov yg lalu KPKK melalui JKKN telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka Deepavali 2011 bertempat di Padang Sekolah Menengah Kampung Jawa, Klang Selangor. sambutannya sangat menggalakan, kami ditugaskan untuk menguruskan persembahan seperti kebiasaannya. turut menampilkan artis2 tempatan seperti magen, shruti, iqwal, jamal abdillah, dan ramai lagi.

sedikit berbeza dari acara yang lain di mana petugas juga diharuskan mengikut tema perayaan ini dengan memakai kostum atau busana yang berkaitan. saya juga tidak mahu ketinggalan dengan mengenakan pakaian masyarakat india seperi yang boleh di lihat di dalam gambar ini.. heheheeh. disebabkan saya kurang mempunyai lebihan masa untuk mengambil gambar semasa acara berlangsung, jadi saya tidak dapat masukkan pic2 yang lainnya kerana hanya yg ada pic saya sendiri itupun selepas acara berlangsung. sama tak macam kajol ke rani ke kojol..hahha

p/s heppy deepavali to all

hari lahir abah 2011










Meraikan hari lahir abah pada tahun ini adalah dalam situasi dan keadaan yang tidak sama sekali kami sangkakan. 16 nov 2011.Tahun ni genap usia abah yang ke 60 tahun. habis sahaja daripada tempat kerja bergegas kami 3 beradik bersama muqris mencari kek yang sesuai utk abah. maklumlah dengan keadaan abah sekarang ni, semua makanan perlu berpantang. akhirnya kami memutuskan untuk membeli kek green tea bean. tak manis sangat dan boleh dimakan juga. kesian abah saya hanya menyuap dia 2 suapan yang kecil sahaja kerana takut kencing manisnya naik.

Melihatkan wajah abah semalam ternyata dia gembira, tapi jelas sdikit di raut wajahnya secalit kesedihan yang cuba disembunyikan. Abah kelihatan teruja untuk mengambil gambar bersama kami apatah saya yang sememangnya suka mengambil gambar. Tiada apa yg dapat dihadiahkan kepada abah selain daripada jambangan bunga dan teddy bear putih yg saya namakannya sebagai Yaya. Dan hadiah yang paling bermakna adalah doa dari saya buat abah, moga diberikan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur dan dipermudahkan segala urusan dan kata2 abah-ada lagi ..moga kuat makan..hehehe

to abah moga kasih sayang ini akan berpanjangan dan moga abah diberikan kesihatan yang baik dan kemabi sihat seperti dulu. sayang kamu selamanya.

Monday, November 14, 2011

Im not feeling

Melihatkan keadaan abah memang saya tak da feeling pun nak p keja. Keja pun otak memikirkan perihal abah. Abah dimasukkan ke hkl pada 3 nov 2011. Dan skrg dah 14 nov abah masih d hkl. 2 ari lagi adalah hari lahir abah, apalah yg dapat diraikan utk kali ini sebab mungkin akan membuatnya sedih. Takpalah, yg paling penting skrg melihatkannya kembali sihat dah cukup mengembirakan saya.

Arini abah kena puasa sampai esok sb sok doc nak buat scop perut abah sebab abah ada masalah sukar nak byang air besar. Arini kencing manis abah rendah, alhamdulillah tapi kaki abah pula sakit katanya.

Aduhai, harus bagaimana tuk saya pergi kerja tapi otak saya sangat tak fokus. Melihatkan wajah mak, memang wanita yg kuat, jauh dari abah saya nampak dia nangis tapi bila di depan abah dan saya dia pura2 gembira. Oh mampukah saya sekuat mak?

Moga abah menjadi semakin tabah dan kuat semangat utk melawan penyakit dan cepat sembuh. Ya Allah permudahkanlah semuanya berikan lah kesihatan yang baik pada mak, abah dan keluarga kami.