Sunday, November 11, 2012

JAK!!!

jiwa aku kacau bukan anak-anak kecil yang sering mahu diingatkan jiwa aku kacau bukan anak-anak kecil yang perlu diketuk kepalanya jiwa aku kacau bukan anak-anak kecil yang harus aku suapkan jiwa aku kacau bukan anak-anak kecil lagi yang perlu diperlekehkan jiwa aku kacau bukan anak-anak kecil yang tak punya akal fikiran jiwa aku kacau aku bukan anak-anak kecil lagi seperti apa yang kau bayangkan jiwa aku kacau dan tak ada nokhtahnya disini

Friday, September 7, 2012

tanpa tajuk

terimalah aku seadanya aku dan hormatilah aku seadanya aku.

bak kata

bak kata aqasha, kita sering keliru dalam mengharung hidup. jangan sampai kekeliruan itu mengambil kita pergi jauh. bak kata risalah sufi, dalam pencarianmu, jujurlah kerana kejujuran merupakan karakter utama sesorang pejalan sejati

milik Allah

kebenaran itu hanya milik Allah. siapa aku untuk menciptanya

Monday, May 28, 2012

syukur Ya Allah

Syukur Ya Allah atas segalanya. walaupun aku dikategorikan bukan seorang yang selalu disiplin ketika bersamaMu, namu Kau tetap menerima doa2 dariku seorang hamba yang seringkali melupakanMu. Ampunkan daku Ya Allah. terima kasih kerana mendengar doa2 ku, dan maafkan aku kerana seringkali meminta minta padaMu. alhamdulillah pada tahun ini seperti yang aku minta, ya pada 26 mei 2012 aku telah pun mengikatkan satu hubungan kekeluargaan dan secara rasminya menjadi tunangan orang. yer, satu doaku yang agak lama aku menunggu ianya dimakbulkan akhirnya termakbul. yer memang tidak dinafikan dalam menjalani kehidupan ke arah satu hubungan itu memanglah sangat sukar dan perlukan kesabaran. syukur kerana aku masih dilihat oleh tuhanku dan aku mendapat ujian dariNya. banyak perkara yang aku lalui dalam menemukan koma yang pertama di dalam hubunganku ini."Ya tuhanku, kalaulah benar hamba allah itu milikku dan ternyata dialah jodoh untukku, dialah yang akan memimpinku di dunia dan akhirat, kau dekatkan lah dia untuk menerimaku dan permudahkanlah urusanku bersamanya, jauhikanlah kami daripada sebarang segketa yang membawa kepada perpecahan dan perbalahan sesama manusia" ,itulah doa2ku untukku bersama temanku sepanjang 7 tahunku bersamanya sebagai teman bicara, teman meminjam bahu dan teman suka dan duka. moga dipermudahkan urusan dalam menempuh permulaan ikatan yg baru ini. terima kasih tuhanku dengan apa yang telah Kau berikan kepadaku. moga dia dan aku akan disatukan dan menemukan kami kepada satu titik nohktah yang terbaik dalam sebuah hubungan yang direstui. moga kami menjadi semakin dewasa, matang, sabar dan cekal dalam menempuhi dugaan yang mendatang. amin.

Wednesday, May 9, 2012

moga

moga apa yg terjadi di dalam mimpi tidak menjadi realiti. izinkan aku ya tuhanku untuk merasai kegembiraan itu seperti orang lain. maaf kerana sering meminta minta padamu. moga ianya tidak terjadi.

Monday, April 23, 2012

syukur

alhamdulillah dan syukur atas kepecayaan diberikan dalam saya melaksanakan tugas dengan baik. syukur. dan moga perjalanan dalam menjalankan perkara yang baik seterusnya, diberkati dan diredhai Allah. moga semuanya dipermudahkan. tima kasih ya allah.

Wednesday, February 15, 2012

Rasa apalah

Im sick. Alhamdulillah. Hope cpt sembuh. Amin. Moga hati2 yg sedih dapat dipulihkan. Dan aku ini yg tak tertanggung bebanan yg x siapa tahu krna tak mahu dikatakan menagih simpati krn tak mahu dikatakan tak berdikari. Oh pinjamkan daku bahumu seketika agar dapatku lepaskan sedikit beban yg ada. Jiwa2 ini makin pedih merasa moga dipermudahkan segala krn aku tak mampu mengharung segala. Tak dapatku simpan rasa yg semakin menebal ini tanpa melihat walau sehelai rambutmu itu. Moga rasa sakit ini dismbuhkan.

For what

Nobdy know n care. Just silent. For what. Nothing!!

Thursday, February 9, 2012

Keadaan mengawal @ terkawal

Keadaan membuatkan sering terasing,

keadaan membuatkan kealpaan, keadaan membuatkan kekosongan, keadaan membuatkan kebuntuan, keadaan membuatkan kejauhan dan keadaan juga mambuatkan kecelaruan.

Tapi hakikatnya permainan drp keadaan ini bergantung kpd sejauh mana kita bijak utk mgawal keadaan.

Tuesday, February 7, 2012

Monday, February 6, 2012

Sedeh

Kalaulah rasa sakit ni dapat ditukar kpd vitamin pasti akan sihat sentiasa dan semua x kan kecewa. Tapi bukan kita yg mencipta penyakitkan. Hurm pasti jiwa2 semua dpt dihiburkan.
Rasa ini bikin mahu sendirian krn x mahu menyusahkan sesiapa krn x semua suka bila sakit. Mood: sedeh

Sunday, February 5, 2012

Rasa cinta

Jatuh cinta untuk kesekian kalinya dan kasih ini tak pernah putus.

Saya punyai itu

Saya tak kaya, tak punya byk rm untuk bersukaria cuma punya rm untuk meneruskan hidup. Saya tak punya harta yg byk cuma sedikit tetapi sangat berharga iaitu saya punyai itu kasih syg dan juga kesetiaan
Yg tak bisa di tukar ganti.

Jangan utk kesekian kalinya

Pulangkan saja jiwa itu kalau itu hanya persinggahan penghibur bila perlu, jgn dibajai lg dengan madu2 yg manis jika ianya bukan milikmu dan jgn dijolok sarang tebuan yg membusut kelak kau yg akan merana

Thursday, February 2, 2012

dedikasi ikhlas untuk: jamaliah azman

KASIH
Kasih ini tak pernahnya padam. Rindu ini tak tertampung lagi tapi masih boleh ditanggung. Kesetiaan ini juga masih belum terusik. Memang kesibukkan menjadi punca kejauhan, tapi belum lagi mampu mengoncangkan kesejahteraan. Moga keharmonian perhubungan ini terus menerus di redhai TUHAN dan sekalian alam. Terima kasih atas segala-galannya dan maaf seagung-agungnya.

dedikasi ikhlas untuk:
jamaliah azman.

DARI SESEORANG BUAT SAYA :PADA 19 OGOS 2009

Monday, January 30, 2012

rindu milik siapa

rasa kerinduan yang dari mana datangnya dan untuk siapa dirindui tidaklah diketahui sejak bermimpikan sesuatu semalam. rasa rindu ini membikinkan diri hampir untuk menangis. tapi untuk siapakah kerinduan itu tidak dipastikan milik siapa. dan apakah maksud disebalik mimpi semalam. dan kini masih buntu.

masanya

Bila tenaga yang ada semakin diperah perah, mulalah semuanya datang menghampiri. sejak semalam saya tak bisa berdiri setiba di rumah. kepala seperti dihenyak henyak dan tidak mampu untuk berdiri lagi. sehinggalah ke pagi ini ada sedikit rasa itu tapi digagahi juga ke tempat kerja meskipun telah terlewat setengah jam masa yang sepatutnya. dan rasa henyakkan itu masih bersisa. moga rasa ini dapat menghapuskan sedikit demi sedikit dosa-dosa yang lampau agar saya bisa membersihkan diri ini sebelum tiba masanya.