Tuesday, December 29, 2009

indahnya






Bilakah lagi dapat merasai keindahan seperti itu lagi....

?

seronok bila ditipu? seronok bila menyembunyikan sesuatu? seronok dan ingat aku tak tahu? aduh....main2 banyak betul....biaq p kat hang, teruslah kalau hang nak tipu lagi...

kg.baru-ipoh

hurei...em...

Wednesday, December 16, 2009

first night- sabah

Ada yang menarik dan ada yang tidak menarik bila berada di negeri orang. Mungkin atas ketidakikhlasnya saya untuk berada di sini. bila sampai di Borneo Paradise Beach Hotel ni, perkara pertama yg terlintas di otak saya, apa yang saya nak buat malam ni. Terlalu sunyi di tambah pula dengan keadaan kesihatan saya yang kurang memuaskan. hidung masih berdesut sehingga kini dan kurang menyelerakan. Bertemankan dengan teh o sabah yang mampu membuatkan saya gagah untuk menulis di sini sekadar menghilangkan kesunyian. Flight asalnya pada 17 dis 09 di awalkan pd 16 dis 09 atas beberapa masalah yg tidak dapat dielakkan.

Program saya akan bermula pada hari esok, pendaftaran peserta akan dibuat di sebelah pagi, dan fasilitator /jurulatih dijangka tiba pada jam 4 petang dan semua perjalanan jadual saya akan berubah. Kali pertama memulakan kursus pd modul pertama yg telah dihasilkan adalah satu pelaksanaan yg tak dapat difikirkan bagaimanakah hasilnya...otak semakin ligat memikirkan...kerja2 yg tak pernah berakhir...langkah saya semakin perlahan, bila mana dek masa yg tak pernah ada tuk saya membuatkan saya benar2 rasa penat keletihan.

Dek krn program ini telah dirancang dan harus diteruskan wlupn byk halangan yg saya terima,dan saya menerimanya dengan redha. Mungkin tuhan mahu menguji saya ketika ini, beratnya kepala menahan rasa sisa2 kesakitan yg ada...dan mungkin ianya adalah satu cara penghapusan dosa2 lepas yang pernah saya lakukan.

Tadi lewat petang sempat saya ke bandar KK untuk mencari farmasi untuk membeli ubat2an untuk org demam seperti saya. RM100 untuk tambang teksi pergi dan balik dr hotel ke kk dan kk ke hotel. Sangat mahal tambangnya dan membuatkan wang dalam dompet saya surut...argh...sayangnya...tapi demi menjanjikan kesihatan yang sempurna...terpaksa saya menutup sebelah mata. pulang dari bandar KK saya bermandikan dengan rintikan manik2 hujan yg halus dan berbisa yg boleh mengundang semakin lama demam saya. lelehan air masih keluar dari rongga hidung dan tak dapat disurutkan. semua ubat yang dibeli telahpun saya menelannya...tapi keadaannya masih sama.

Bila saat2 merasai kenikmatan kesakitan seperti ini, macam2 yang saya fikirkan,alangkah indahnya kalau orang yang saya sayang ada di sisi saya. sekurang kurangnya kesakitan itu akan terubat...argh...
saya cuba buangkan jauh2 perasaan sensitif itu agar saya menjadi seorang manusia yang cekal dan tabah dan berdikari...sejak meninggalkan kg halaman pada 2002 membuatkan saya lebih berdikari dan semuanya harus bergerak dengan sendiri dan hasil sokongan mereka2 yg disekeliling membuatkan saya. jadi manusia seperti sekarang ini.

Ruangan lobi ini yang sunyi tadi telah terisi dengan beberapa org yang baru tiba pada malam ini...barulah rasa seperti ada org di sini. Tidak sabarnya mahu menunggu hari2 esok....supaya lekas saya pulang ke kuala lumpur dan ipoh. Mungkin kerana merindui seseorang membuatkan saya sunyi? tiada jawapan untuk itu, kerana jawapan itu sentiasa ada di dalam hati saya dan sukar untuk difahami...

Dan untuk malam ini saya akan berseorangan sementara menunggu kalau2 ada peserta yang akan berjiran katil dengan saya pada esoknya...
itulah first night d Borneo Paradise Beach Hotel, Kinarut,K,Kinabalu Sabah

dek kerana masa

kalaulah ada yg memahami apa yang berlaku pada sekian2 arinya, pasti tidak akan berlakunya macam2 pertanyaan dan keraguan. dan kerana keraguan itulah yang menyebabkan banyak kekeliruan yang tidak bertempat. dek kerana kesibukkan yg melanda, dek kerana masa yg tiada, dek kerana kekurangan dgn apa yg ada semuanya menjadi punca. apalah yg mampu di buat oleh seroja jikalau ketika itu dan masa itu adalah sesuatu yang merumitkan...dek mengejarkan sesuatu yg berbentuk kekeluargaan...dek mengejarkan kerjayanya dan dek mengejarkan segala-galanya sedang untuk dirinua sendiri tidak ada ruang ketika itu...argh...penat rasanya untuk menjadi seorang manusia,alangkah indahnya menjadi burung2 di hutan...tidak perlu untuk menjaga ati semua org, dek kerana 1 ari menjadi punca...1 ari membuatkan seroja tidak mencukupi segala apa yg ada....pd siapa yg faham akan keadaanya...kerja kuat tapi tiada juga hasilnya...siang malam tetap begitu...tapi pada siapa yang mahu memahami...dek kerana 1 ari menjadi punca....mahu saja dbuang telifon bimbitnya yg seringkali kehabisan kredit kehabisan segala-galanya dan bukannya untuk dirinya...tetapi tetap disangkal dan tidak dipercayai. pada siapa mahu diabadikan segala critera2 atinya sedangkan masa yg ada bukan untuknya....
argh..mungkin dan mungkin dek kerana kesibukan ini akan merungkai segalanya, pada yang memahami dan tidak memahami....
sakitnya tetap terasa kerana dek masa,dek segalanya menjadi punca..dan terdampar di sini...tanpa bicara..
teruskan untuk mencoretkan khayalan atau ceritra kalu itu yg dapat memuaskan ati sesiapa...