Thursday, November 19, 2009

Konsert Jelajah Juara - Juara



Program yang menampilkan mereka2 yang menjadi juara di dalam pertandingan2 nyanyian anjuran JKKN. Program ini adalah merupakan pengcukilan bakat JKKN. Akan dilaksanakan di 2 negeri iaitu :

21 November 2009
Taman Budaya Negeri Kedah

22 November 2009
Taman Budaya Negeri Perlis

kedua-dua program ini akan dilaksanakan jam 8.30 mlm-10.30 mlm dan turut menampilkan artis seperti Ezad Exist & Yus Raja Lawak.

apa lagi.....jomlah kita p utara....

Wednesday, November 18, 2009

SINBAD









SINBAD mengisahkan Kerajaan Syarib yang kehilangan batu permata dewa yang telah dicuri oleh Ratu Sheeba(SYAFINAZ).Batu permata dewa yang mempunyai kuasa sakti boleh menukarkan manusia kepada bentuk haiwan dan batu ini telah menjadi pewaris kepada Kerajaan Syarib dan dijaga oleh Puteri Jasmine(FARAH WAHEEDA & ALIEYA). Tiada seorang pun pahlawan yang berani menentang Ratu Sheeba. Raja Syarib telah memerintahkan SINBAD selaku tawanan istana untuk mendapatkan batu permata tersebut.
tempoh pencarian iaitu selama sepurnama utk mendapatkan batu tersebut, jika tidak semua tawanan Kelasi SINBAD akan dibunuh. Bermacam-macam halangan telah terjadi...saksikanlah...








dialah SINBAD......
latihan dah pun bermula, menampilkan pelakon2 terdiri daripada beberapa artis dan juga majoritinya adalah mereka2 yg terdiri daripada staf2 dr semua lavel....bergabung...hah barulah 1 malaysia gak...huhhuhh.
pementasan pada 11-13 dis 2009 di panggung bandaraya jam 8.30 malam dan ari ahad jam 3.00 ptg dan 8.30 malam. ingin rasai dunia di padang pasir?heheheh datang...jangan tak datang.

Friday, November 13, 2009

segulung sijil

Melayan karenah beberapa org yg masih baru adalah perkara yang paling malas aku nak layan.Apatah lagi bila mereka mula merasakan yang mereka begitu bagus dalam hal ni, sedangkan kalu nak dikirakan pengalaman antara mereka dan aku, rasanya jauh ketinggalan. Hanya yang cuma membezakan aku kerana tidak mempunyai segulung ijazah...hanya diploma yang mampu aku miliki hingga kini. kadang2 terlintas difikiran aku adakah kerana perbezaan pada segulung sijil itu membuatkan seseorang itu memandang tinggi ke atas tanpa memandang walau secebis ke bawah. walhal kejayaan seseorang itupun bermula dari yang bawahan seperti aku. Adakah menjadi seseorang yg di atas membuatkan mereka2 ni hanya mampu melihat saambil tersenyum dan goyang kaki yang hanya menunggu kredit dimasukkan ke dalam akaun setiap bulan?
Sungguh tidak adil. kerana wujudnya secalit warna hitam di dada membuatkan sesorang itu lupa pada dirinya, lupa pada janjinya, lupa pada asalnya dan lupa dengan segala-galanya.
Ya tuhan, andainya satu hari nanti aku mampu mengejarnya, Kau jauhilah aku dari bersikap seperti2 mereka yg bodoh dan berlagak pandai ini...sedangkan bukan mereka yang berusaha.Amin...
Tuhanku, hari ini aku diuji dengan mereka2 ini...mungkin kesabaran ini masih terkawal lagi...bagaimanakah dengan hari2 esok yang berlaku. Aduh...hidupku tidak diganggu selama ini..bila wujudnya pelakon tambahan di dalam pentasku...membuatkan aku benci dengan mereka2 ini yang berlagak angkuh dan sombong hanya kerana perbezaan pada segulung sijil.
Tuhanku, Kau bawalah mereka ini jauh dariku...kerna tak sanggup aku menjadi seorang yang kejam, seorang yang tiada kesabaran dan seorang yang hipokrit.
YA TUHANKU....kentalkan jiwaku dalam menempuhi hari2 esok....AMIN

Tuesday, November 10, 2009

sushi king







nyam2....sapa mau belanja i makan? bawalah p makan sushi...garenti i akan tersenyum kepuasan...hehehehe...gembira2....

Friday, November 6, 2009

Pertandingan Mencipta Lagu Asli 2009



Anda berminat dengan lagu2 asli.....anda menghargai apa itu seni?...jangan lupa dan datanglah beramai ramai di Auditorium RTM pada 8 November 2009 jam 8.30 malam. Antara tetamu kehormat yg hadir iaitu YBhg Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.

Turut menampilkan beberapa artis seperti Farawahida, Aspalela, Karen Tan dan Nubhan AF. Pengacara program ini iaitu Muaz dan Hanie dari RTM. Bakat baru dalam nyanyian yang akan menyanyikan penciptaan lagu2 baru ini terdiri daripada produk atau bintang2 daripada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN)....
ANDA ingin tahu lagi.Datanglah beramai-ramai BAGI MEMERIAHKAN PERTANDINGAN INI....
masuk adalah PERCUMA...

my magazine



ada seiapa yg mahukan majalah ini? murah saja. anda mungkin akan dapat diskaun sekiranya anda merupakan sahabat baik saya.....heheheheh sekiranya ingin menjadi model, hantarkan gambar anda yg palin ensem atau canti pernah anda miliki....heheheh...

rindu ini



jauh di mata dekat di hati.

Thursday, November 5, 2009

SDG:epi2

Makin menyepi dan tidak berkata-kata. Mungkin makin terasa dengan apa yang sedang berlaku. Malam semakin larut,bisu tidak berkata apa walau sebutir kata.Sesepi itu sekali mula membawa seribu langkah tanpa berpaling semua.

Malam punya sengketa, malam punya angkara...salahkan malam?salahkan siapa?tepuk dada tanya selera.memilih atau terpilih atau tersengaja memilih?

Wednesday, November 4, 2009

Tahniah

Tahniah buat sahabat yg baru mula untuk berjinak-jinak untuk membuat blog. walaupun aku menjadi gurunya secara tak rasmi....aku hanya mampu tunjukkan apa yang aku tahu...sebab aku pun tidak habis berguru lagi..heehehhe.

Apa pun tahniah dan selamat datang pada sahabat, dan selamat menghasilkan karya, jurnal atau info2 yang menarik untuk tatapan dan perkongsian sesama.

majulah anda untuk semua.wacah...

SDG:epi1

(3.11.09 : 1030 pm)
malam seperti tahu dengan apa yang sedang aku fukirkan. Membayangkan dengan persoalan persoalan dan pertanyaan yang sering membelenggu sudah pun terjawab. mungin ianya sengaja diluahkan dan mungkin ianya sekadar tidak sengaja diluahkan. seperti mana-mana perjalanan yg dilalui dalam beberapa tahun yang lalu ianya sama seperti dulu. tetap dikelilingi dengan sesuatu yang tidak dapat difikirkan dengan akal yang benar atau logik. mengetahui sesuatu yang indah adalah bermakna tetapi mengetahui sesuatu yang tidak indah adalah sukar untuk diakui.

perjalanan hidup yang masih panjang, banyak perkara yang sama berlaku dan tetap berlaku. mengharapkan ianya tidak berlaku tetapi ianya masih berlaku walaupun bermain disebalik layar itu. permainan dan sandiwara yang dicipta oleh manusia itu sendiri, dialah pengarahnya dan dialah pelakonnya.

argh begitu payah untuk aku menulis begini...dan telah lama aku meninggalkan semua diari-diariku,karya-karya aku yang pelik tapi bermakna untuk aku...begitu lama dan aku kembali semua untuk meneruskannya sementara aku masih ada sedikit ruang di sini. dan begitu lama aku tidak melakukan rutin-rutin aku seperti yang sebelum ini dan aku merinduikan saat-saat seperti itu.

mungkin kesibukkan dan juga perubahan hidupku sejak 2 tahun yang lalu membuatkan aku semakin jauh dengan apa yang aku inginkan. menyusun dan mengatur semula sebuah kehidupan rupanya bukanlah sesuatu yang mudah. terlalu payah untuk aku mengaturnya

Monday, November 2, 2009

bila diuji


Alhamdulillah, diuji sekali lagi. bulan yg penuh dengan dugaan dan ujian....ya allah jadikan aku seorang yang cekal dan tabah.amin.Bak kata orang2 lama, hidup takkan bermakna jika kita tidak diuji, tidak akan bermakna jika kita tiada masalah.

Untuk menjadi seorang manusia seharusnya menerima dan melalui semuanya ini. 2 bulan yang benar2 menguji aku dengan pelbagai masalah...baik yang peribadi mahupun kerja dan lain2 lagi.

Syukur kerana aku diuji, tandanya tuhan sayangkan kita dan nak kita menjadi manusia yang sempurna dengan adanya masalah2 seperti ini. buat alieya akasha,aku sendirilah tu....teruskan perjuangan....cekalkan hati..kentalkan diri.....yakin dengan kebolehan sendiri....jangan putus asa....cayok2.....hahahah muhasabah diri....