Monday, March 24, 2008

jom ke lawatan muzium adat




Sempena Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu 2008, kami telah bekerjasama dengan MADUM iaitu Majlis Debat Universiti2 Malaysia untuk menganjurkan lawata dan Majlis Makan Malam bersama peserta2 yang telah terlibat di dalam pertandingan tersebut pada 23 februari 2008. Sengaja kami memilih Negeri 9 sebagai lokasi lawatan untuk peserta seramai 45 orang daripada universiti2 peringkat antarabangsa dan nusantara. satu lawatan yg menarik kerana mereka begitu kagum dengan kesenian2 yg terdapat di negara kita.
Apa yg menarik, peserta telah dihidangkan dengan santapan menu petang iaitu minum petang ala2 kampung. Ada yang merasa pelik dengan makanan yang dihidangkan seperti pulut putih bersama sambal ikan bilis,pisang rebus manis,kuih koci dan beberapa lagi yg menarik dan saya sendiripun jarang sekali menikmati hidangan seperti itu di sini.hahahahha. walaupun pelik,peserta tetap berselera dengan makanan ala2 kg.


No comments: