Friday, April 3, 2009

bosanke aku ni



kilat semakin kuat dan kuat lagi, cuaca kat luar tak juga menampakkan tanda2 nak berhenti. pandangan aku kosong bilamana aku melihat PC ni. tak tau apa yang sedang bermain kat otak aku sekarang. satu demi satu aku lihat blog2 rakan sama ada yang aku kenal dan yang aku tak kenal. mungkin ada yang kenal dari jauh tapi dekat dihati. hampir sejam aku mengadap PC aku yang dah memang saban hari menjadi teman aku kat ofis ni. kerja yg datang makin datang dan tak pernah ada tanda yang akan berhenti. Bosankah aku?

jawapannya aku tak pernah bosan dengan apa yg ada. cuma jiwa yang tak dapat kepuasan yang sebenar. perasaan ni kembali semula seperti kali pertama aku mula bekerja. orang akan kata dah jadi lumrah manusia tak pernah rasa puas. tapi pada aku kadangkala kepuasan tu memang perlu dalam hidup.
biasalah bila hujan2 begini, kita akan bosan apatah lagi pada org bujang seperti aku. wakakaaka. aku cuba berlawak sedangkan aku tak rasa ianya lawak.

meja aku semakin kalut dengan paper2 yg patut aku selesaikan, hampir separuh sudahku siapkan dan selebihnya hanya pandangan kabur dimata aku. kilat masih kedengaran, tandanya apa......nampaknya aku balik lewat malam ni dan seperti malam yg sebelum2 nya aku tak juga balik awal. nasib2. bilalah agaknya akan berakhir.cewahhhhhh.agaknya bila aku dah berhenti keja dan buat seperti dulu. boleh ka?dah tentu tak boleh, kalau ditanya pada siapa2 pun jawapannya tak boleh.

dah lama rasanya tak menyentuh novel kegemaran aku, em mungkin masa ni lah aku kembali mengadap karya Habiburrahman el shirazy penulis adikarya Fenomena Ayat-ayat cinta. dan aku mengenali karyanya yang pertama itu sebelum menjadi filem. novel lebih menaik berbanding dengan filemnya.em tu yg aku rasa, sebab dari penceritaan melalui filemnya memang tak sampai seperti mana yang aku rasa bila membaca. buat masa sekarang aku dah memiliki kesemua karyanya dan menunggu kalau2 ada keluaran yang baru akan keluar. rasanya seperti dah lama tak keluar. dan setiap kali aku membawa diriku ke kedai buku di klcc( semua tau kan kedai tu) em memang hampa sebab tak juga ada yang baru. dan untuk menghilangkan kebosanan aku, aku akan membaca semula buku2nya sebagai mengisi kekosongan aku.dan aku akan terus menunggu lagi, kerana pada aku inilah penulis yg betul2 membuatkan aku tertarik untuk membeli novel dengan ikhlas yg lahir dari sanubariku.yerk..

em....hujan dah semakin reda tapi tak bermakna aku akan bergerak untuk ke rumah, kuala lumpur takkan dapat lari daripada kesesakan yang memang menyesakkan. kan seronok kalau masyarakat malaysia menggunakan tren dan basikal saja. mesti ringan sikit bumi ni daripada kesesakan2 yang ada.

oklah teman2 semua, masa tak mengizinkan untuk aku menaip apa2 lagi. dan sebelum aku makin mengarut, aku stop di sini dan aku nak melihat keindahan malam selepas hujan. katanya.