Wednesday, February 24, 2010
Sindbad Kembali
Jom n moh pakat ramai2 kita p Penang menyaksikan Pementasan Sindbad d tour to USM Penang. Pementasan adalah seperti berikut:
Tarikh : 1-2 Mac 2010
Masa : 8.30 malam
Tempat : Dewan Budaya,USM
Kepada mereka2 yang tidak berkesempatan menyaksikannya di Panggung Bandaraya disember yg lalu...jomlah kita semua p penang na....sambil makan nasi kandar...p hard rock cafe tu....singah2 la menonton....
mai jangan tak mai.....
jumpa di sana
Saturday, February 13, 2010
dan malam cuti ini
banyak hal yang perlu diselesaikan sehinggakan tidak terkejar dek masa untuk berlari ke suatu tempat untuk mendapatkan 2 keping kertas untuk malam ini. dan akhirnya mungkin menimbulkan sedikit perasaan hampa. dek kerana perkara2 yang berlaku disekeliling sentiasa menyekat untuk melakukan sesuatu. harap ada yang faham akan itu, ianya rumit dan lagi indah kalau ada yang sudi membantu ke arah yang sama.
esok saya akan pergi meninggalkan kuala lumpur yang penuh indah dengan pelbagai kenangan buat saya, baik yang indah mahupun pahit. terlalu lama untuk saya merasai kenikmatan untuk ke destinasi ini walaupun dalam keadaan sederhana dan saya yakin ianya akan memberi kepuasaan. saya akan pergi sendiri lagi untuk kali ini. sayup sayu saja malam ini memikirkan perjalanan saya esok, merisaui kalau2 ada janji yang tidak dilaksanakan. merisaui kalau2 lambat atau tak dapat ditunaikan. insyallah kalau diizinkannya.
malam makin hanyut melewati ke pagi hari, dan saya masih lagi tidak membuat sebarang persiapan untuk esok hari. apalah yang saya fikirkan. kenyataannya harus pergi demi menjaga sebuah hati sementara masih ada. sahabat2,doakan perjalanan saya semoga semuanya selamat. dan saya tetap merindui kuala lumpur kerana di sini dia berada.
malam ini, esok dan hari yg dinanti

Thursday, February 11, 2010
jenguk, lirik, penat,selesa dan suka
Dek kerana tanggungjawab ke atas kerjaya membuatkan saya terlupa seketika dek masa untuk mencari diri saya semula. dek kerana masa itulah yang membuatkan saya sekian lama tidak mencoretkan secebis kata pada blog saya yang telah sekian lama menyepi. sekembalinya saya dari johor yang lalu membuatkan saya menerima macam2 karenah manusia yang sukar disangkal.kepenatan yang dirasa begitu terubat bila saya berjaya menyelesaikan tugasan dan tanggungjawab saya walaupun melalui seribu macam cerita. bermula dengan masalah dengan pengurusan hotel, masalah dengan peserta saya, dengan kemangkatan sultan johor turut membuatkan saya serba salah ketika itu, sama ada meneruskan program atau turut sama berkabung. semuanya dapat saya atasi dan telah dibantu juga oleh rakan2 dari negeri, para fasilitator yg tak pernah jemu dengan saya dan juga peserta2 yang terlibat.
alhamdulillah semuanya terlaksana, yang merisaukan saya apabila berat saya naik pula 1kg, aduh itu yang membuatkan saya kerisauan. bukan kerisauan atau kebimbangan untuk cantik, sebenarnya untuk memiliki kesihatan yang baik dan sempurna. memang tak dinafikan kalau kawan2 semua datang ke muar, mesti takkan ketinggalan untuk mencuba mee bandung muar, sate n macam2 lagi... terus terang saya katakan yang saya tidak gemar sangat dengan mee...dek kerana rakan yang beria mahu saya mencuba mee bandung muar,akhirnya saya cuba jua tapi dengan mihon bandung muar...hehehhe janji saya tidak menghampakannya. bayangkan makan sate di pagi hari, inilah pengalaman pertama makan sate di pagi hari. boleh dikatakan sepanjang berada di sana boleh dikatakan hari2 adalah menu yang sama saya makan, dan ditambah pula dengan ikan semilang masak asam pedas. memang sedap dan disebabkan kesedapan itulah berat saya naik.hehehhe. tapi asam pedas air tangan bonda tetap dihati saya.
sekembalinya dari johor saya beralih arah ke negeri melaka bandar bersejarah, bertugas untuk program 1Malaysia di Pantai Klebang. Kehadiran Perdana Menteri Malaysia, dan para2 vvip,vip yang lain dan turut dihadiri seramai 50 ribu rakyat melaka serta dipersembahkan persembahan yang melibatkan 412 orang peserta yang telah dikelolai oleh jabatan saya. turut menjayakan persembahan ini adalah Pak Ngah yang merupakan pengarah persembahan bersama KP jabatan saya serta tenaga2 kreatif iaitu bos2 saya, team2 gegau, para koreografer dan banyak lagi.
Keadaan di sana memang susah nak dijangkakan. mengharapkan kemungkinan akan adanya angin2 laut yang sepoi2 bahasa....tetapi tidak....kepanasan yang membahang dapat saya dan rakan2 rasainya. bayangkanlah kulit saya yang sawo matang ini telah bertukar menjadi sawo gelap matanglah kot istilahnya....hehehe hitam manis dibuatnya. bukan saja saya, rakan2 yang lain semuanya memiliki warna kulit yang berbeza. itu semua tidak menjadi masalah kepada kami, yang penting tugas, kerjaya dan tanggungjawab membuatkan saya suka dengan kerja saya. tapi perkara yang sama saya lalui di johor, iaitu berat saya bertambah lagi untuk 1kg lagi. aduih, apa kes alieya? rakan2 bertanya....saya membisikkan pada mereka, kerana penat membuatkan saya akan lapar dan minta perut saya sentiasa ingin diisi. memang lucu dan pelik dengan saya, boleh dikatakan hampir setiap malam perut ini akan diisi dengan otak2 yang sedap dari sebuah kedai yang berhadapan dengan pantai Klebang yang kami menggelari ia kedai along n acik. dek kerana makan menjadi hobi kedua di kala saya kepenatan telah membuatkan saya bertambah comel.
sekembalinya di kuala lumpur, tugasan lain telah menanti saya...aduh masa itu semakin berlari dan penat untuk saya yang rendang ini untuk mengejarnya. kepenatan tetap semakin dirasakan dan saya rasa mungkin faktor anjakan umur saya dan berat saya yang membuatkan saya letih. bilalah akan ada ruang untuk saya melepaskan lelah. bukan niat saya untuk mengeluh dan jauh di sudut hati saya. saya hanya inginkan menikmati rasa indahnya bila dapat memanjakan diri.oh indahnya.
oh tak sabarnya untuk saya merasai percutian yang indah iaitu pulang ke kampung halaman. sangat tak sabar untuk menanti masa itu, cuma tidak dapat dipastikan adakah saya akan pulang bersama keratapi ataupun kereta mini kesayangan saya itu. hanya tunggu dan lihat dan harap perjalanan saya untuk pulang akan berjaya.
percutian ini mungkin tidak lama memandangkan sehari selepas kita menyambut maulidur rasul saya dan rakan akan berlepas ke utara iaitu Pulau Pinang untuk mementaskan sekali lagi Bangsawan Sinbad di sana. jadi bermula dari sekarang saya dan rakan mula bergiat semula membuat latihan. argh dalam masa 2 minggu saya diminta untuk menurunkan berat badan. mampukah saya? memaksa diri untuk ke arah itu? tepuk dada tanya selera. hati saya berkata kata, perlu....hahahaha insyallah....ada dikalangan rakan2 yang cuba membantu, dan saya hanya boleh mengatakan terima kasih kerana prihatin terhadap saya. bukan saya tidak mempercayainya, cuma saya takut nak mengambil risiko. saya berkata pada mereka biarlah saya menggunakan kaedah yang normal....insyallah...
Pulau Pinang,salam sayang dari saya nantikan kehadiran saya dan rakan2 di sana....
Sinbad session 2....

Subscribe to:
Posts (Atom)