Saturday, February 13, 2010

dan malam cuti ini

banyak hal yang perlu diselesaikan sehinggakan tidak terkejar dek masa untuk berlari ke suatu tempat untuk mendapatkan 2 keping kertas untuk malam ini. dan akhirnya mungkin menimbulkan sedikit perasaan hampa. dek kerana perkara2 yang berlaku disekeliling sentiasa menyekat untuk melakukan sesuatu. harap ada yang faham akan itu, ianya rumit dan lagi indah kalau ada yang sudi membantu ke arah yang sama.

esok saya akan pergi meninggalkan kuala lumpur yang penuh indah dengan pelbagai kenangan buat saya, baik yang indah mahupun pahit. terlalu lama untuk saya merasai kenikmatan untuk ke destinasi ini walaupun dalam keadaan sederhana dan saya yakin ianya akan memberi kepuasaan. saya akan pergi sendiri lagi untuk kali ini. sayup sayu saja malam ini memikirkan perjalanan saya esok, merisaui kalau2 ada janji yang tidak dilaksanakan. merisaui kalau2 lambat atau tak dapat ditunaikan. insyallah kalau diizinkannya.

malam makin hanyut melewati ke pagi hari, dan saya masih lagi tidak membuat sebarang persiapan untuk esok hari. apalah yang saya fikirkan. kenyataannya harus pergi demi menjaga sebuah hati sementara masih ada. sahabat2,doakan perjalanan saya semoga semuanya selamat. dan saya tetap merindui kuala lumpur kerana di sini dia berada.

malam ini, esok dan hari yg dinanti

No comments: