Thursday, November 17, 2011

hari lahir abah 2011










Meraikan hari lahir abah pada tahun ini adalah dalam situasi dan keadaan yang tidak sama sekali kami sangkakan. 16 nov 2011.Tahun ni genap usia abah yang ke 60 tahun. habis sahaja daripada tempat kerja bergegas kami 3 beradik bersama muqris mencari kek yang sesuai utk abah. maklumlah dengan keadaan abah sekarang ni, semua makanan perlu berpantang. akhirnya kami memutuskan untuk membeli kek green tea bean. tak manis sangat dan boleh dimakan juga. kesian abah saya hanya menyuap dia 2 suapan yang kecil sahaja kerana takut kencing manisnya naik.

Melihatkan wajah abah semalam ternyata dia gembira, tapi jelas sdikit di raut wajahnya secalit kesedihan yang cuba disembunyikan. Abah kelihatan teruja untuk mengambil gambar bersama kami apatah saya yang sememangnya suka mengambil gambar. Tiada apa yg dapat dihadiahkan kepada abah selain daripada jambangan bunga dan teddy bear putih yg saya namakannya sebagai Yaya. Dan hadiah yang paling bermakna adalah doa dari saya buat abah, moga diberikan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur dan dipermudahkan segala urusan dan kata2 abah-ada lagi ..moga kuat makan..hehehe

to abah moga kasih sayang ini akan berpanjangan dan moga abah diberikan kesihatan yang baik dan kemabi sihat seperti dulu. sayang kamu selamanya.

No comments: