Friday, December 2, 2011

jurnal buat abah

hari ni kalau nak dikirakan cukup 30 hari abah menginap di dalam wad. bermula daripada tingkat 5 hinggalah ditukarkan ke tingkat 3 katil 15b telah dihuni oleh abah sehingga kini. banyak kisah yang berlaku sepanjang abah di wad. boleh dikatakan sepanjang abah di wad tak pernah pun ditinggalkan berseorangan. siang hari mak yang akan menjaga abah, di malam hari akan dijaga oleh abang ipar dan abang. begitulah rutin2 harian abah. di siang hari saya dan juga kakak adalah tetamu tetap abah di hospital sehingga kini.

setiap makanan dan minuman abah dan pembuangan air kecil abah akan dicatit dari masa kesemasa. semuanya di bawah penguasaan dan kawalan doc dan hospital. kencing manis abah tidak menentu, kejap turun kejap naik. kalau dulu abah hanya ambil pil tapi sekarang abah disuntik dengan jarum. setiap hari abah akan disuntik, begitu juga jari2 abah semuanya dah nak hancur kerana sehari 4 kali abah akan dicucuk sebab nak tengok kandungan gula dalam badan abah. abah cakap dah tak rasa apa dah dah sebati dan tak larat nak punya rasa apa.

haritu tu abah kena masuk darah 2 paket, kata doc kaki abah lemah kerana darah kurang dalam badan dan tak sampai ke kaki tu lah sebabnya abah susah nak berjalan, kaki abah sangat lemah. bila darah dah masuk nampaklah sedikit perubahan pada kaki abah, abah dah boleh gagah sedikit berjalan. hari makin hari berlalu, doc bagitahu abah tak boleh minum terlalau banyak air kerana abah punya buah pinggang dah rosak, hurmmm sikit2 penyakit yg lain dikesan begitu juga abah kena berpantang kerana abah dah mula ada gaot. hidangan2 makanan abah mula di kawal dan menu2 diet banyak diberikan pada abah. selera abah makin berkurangan, mana tidaknya abah seorang yg gemar makan tetapi menu2 dikawal kini. semuanya untuk kebaikan abah. kalau dulu bera abah semasa mula2 mendapat rawata 85 kg sekarang berat abah tinggal 75 kg.

betul kata orang tekanan memang lagi banyak bila duduk di hospital. kelihatan abah seperti tertekan. abah dah mula menunjukkan rasa tekanannya tinggal dihospital. abah dah mula tidak mahu makan, tidak mahu mandi dan tidak mahu itu dan ini. bak kata mak abah dah jadi macam budak2. semuanya tidak mahu. kata abah bila dia mandi badannya akan sengal2, jadi nak tak nak kami paksanya juga dengan hanya mengelap badan abah setiap hari. begitulah rutin mak dan saya biala menjaga abah. berbeza pula kalu abang ipar yang menjaga, abah tidak dapat mengelakkan diri daripada tidak mandi terpaksa mandi kerana abang ipar akan membawanya juga ke bilik mandi. dalam banyak2 orang yang menjaga abah, abah paling tidak melawan kalau saya, abang dan abang ipar yang menjaganya mungkin kerana takut kami tidak melayannya. berbeza dengan mak bila menjaganya, ada saja karenah abah terhadap mak. mungkin itu cara mereka mahu berkasih sayang. tapi kadang kala kesian juga melihat mak, mak pun tidaklah sihat sangat, tapi digagahkannya juga. katanya tak mahu abah jadi lagi teruk, nanti dia juga yg susah, mak tak cakap pun sebenarnya dia sayang kat abah tapi biasalah ego tinggi. masing2 begitu. abah kalau mak hilang sekejap sahaja mesti bisingnya tak ingat dunia. saya tahu mereka saling sayang menyayagi antara satu sama lain cuma masing2 jual mahal.

abah makin hari makin malas dan mungkin dah tak ada kekuatan nak ceria seperti dahulu. abah tak nak mencukur jambangnya yang dah hampir penuh diruang mukanya. katanya dia mahu cukur selepas dia keluar dari hospital. jenuh kami adik beradik nak buang dan tidak diberi. selepas hari lahir abah yang disambut dihospital tempoh hari doc memaksa abah utk bercukur bagi menjaga kesihatannya. dan akhirnya abah mencukur janggutnya juga. alhamdulillah....kedegilan abah terlerai sedikit.
abah beritahu dia sangat bosan dihospital, dia rasa runsing. jadi saya telah keluar membelikan mp3 tuk saya memuat turunkan ayat2 suci alquran didalamnya bagi mengisi kekosongan abah sepanjang di hospital. hurm abah hanya mahu dengar 2 hari sahaja, katanya tak selesa dengan mp3 yg diberi. dan hari ini saya telah membawa radio utk abah dan harap abah suka.

satu hari kaki abah makin membengkak, abah minta untuk dibeikannya selipar baru kerana kakinya tidak boleh masuk kaki yang lama. saya ketika itu cuba juga mencari selipar yang sesuai tetapi tidak ditemui, akhirnya kakak telah membeli tetapi tidak juga mua dikakinya. mood abah sentiasa berubah ubah, dimintanya untuk mencari kasut yang lain, dan saya telahpun membeli untuk abah, cukup abh menggunakan selama seminggu sahaja dah kaki abah tidak muat. dimintanya untuk membawa seliparnya yg lama dan akhirnya dia menggunakan seliparnya yang lama.

abah kata dia tak selesa mandi berdiri sebab kerusi mandi yang dibekalkan oleh pihak hospital telah dicuri oleh pesakit dari bilik lain. nak dijadikan cerita abang ipar dah pun membeli kerusi plastik utk abah tetapi lain pula jadinya, abah jadikan kerusi itu sebagai tongkatnya untuk ke bilik air. gigihlah abah menolak kerusi itu ke tandas. hari ini saya nekad untuk mengikat duit belanja saya untuk membeli tongkat untuk abah, saya katakan pada abah supaya dia tidak terasa hati saya katakan abah guna yang ini tak der lah abah jatuh nanti, kerusi yg ada tu untuk mandi, ringan kalau abah tolak nanti jatuh. dan abah hanya memandang saja kerusi tu katanya nanti dia guna. abah bertanya berapa pula harga tongkat ni, dan saya seperti kebiasaannya yg mahal akan menjadi murah bila saya bagi tahu padanya kerana biasalah orang tua ni lain sikit kalau disebut mahal dimarahnya kita nanti. kesimpulannya tida siapa tahu harga sebenar tongkat itu dan saya pun tak nak beritahu kerana takut disalah anggap untuk menunjuk nunjuk atau sebagainya. apa yang penting adalah untuk keselesaan abah.

malam kelmarin firstime mak tidur d hkl utk menemani abah, kebetulan abang ipar demam ciken pox n saya demam dan abang tiada kerana ada urusan. kesian mak pasti keletihan dan malam tadi mak tidur dirumah ternyata mak tersangat keletihan, letak sahaja kepala di bantal terus terlena sampai ke subuh dan saya mengejutnya bangun. hurm kesian mak. nasib saya dapat mc selama 2 hari dapatlah bantu apa yang patut. tapi bak kata doc semalam demam ni lambat baik sebab demam urat katanya. kena biskan ubat so arini saya terlupa makan ubat..hahhaha....

hari ni saya mandikan abah tapi kat katil jer, mula dari muka, telinga, kepala, leher sampai ke badang tangan dan perut.....abah punya kulit kering sesangat, hurmmm lepas selesai, kaki abah dari betis sampailah ke hujung kaki n jari. hurmmm melihat kan kaki abah banyak perubahan. makin hari makin risau makin hari makin risau. tompok2 merah yang ada pada betis abah dah berkurangan sebaliknya ada pada tapak kaki dan banyak....nak dijadikan cerita ada beberapa tompok merah tu dah jadi seperti darah beku terutamanya di ibu jari dan jari kelingking dan juga sedikit2 di tapak kaki.

aduhaiiii rasa apalah yang saya rasa bilamana menyapu ubat di kaki abah. lepas saja saya sapu ubat dikaki abah saya akan lari kebilik air dan menangis hurmmm saya tak kuat tapi saya takkan tunjuk semua tu depan keluarga. doa saya hari2 tak putus pada Allah agar diberikan kekuatan pada abah dan kami sekeluarga. moga abah cepat sembuh moga abah sihat seperti selalu moga abah ceria seperti selalu moga abah dapat ketawa seperti selau dan bawa abah jalan2 ke empa yang abah suka. oh moga doa2 ini didengariNya. saya tahu saya tidaklah begitu sempura seperti anak2 solehah yg lain, tapi saya cuba jadi yang terbaik buat diri saya sendiri, buat mak dan abah. saya tak dapat bajai mereka dengan wang ringgit tetapi cukuplah dengan doa2 dan bakti apa yang mampu saya lakukan. moga semuanya akan kembali seperti biasa.

1 comment:

alifah@along said...

u..sabar ye..i pun turut sedih tau...berdoa byk2 ye..InsyaAllah...