Tuesday, September 15, 2009

bila salvadore berkata kata

BULAN KEBERKATAN, BULAN YG DINANTI NANTI....dan banyak jua ujian yg datang dalam beberapa bulan ni....ya allah bantulah aku untuk menjadi seorang yang matang, seorang yang sabar dan seorang yg cekal dan tabah.....
manusia yg tidak pernah puas dengan apa yg dimilikinya. dan mungkin satu hari nanti,bila sudah kehilangan, baru akan merasai kehilangan sesuatu...itu lumrah dunia dan manusia. tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki...

syukur tuhan kerana aku masih berpijak di bumi yang nyata....dan ternyata aku masih aku dan bukannya jelmaan sesiapa di dalam diri...
syukur sekali lagi dengan apa yang aku kecapi dan aku lalui sehingga ini, moga ada yang indah untuk aku di hadapan sana...amin
syukur kerana aku masih mengingati mereka2 yg ada disekelilingku, syukur kerana aku tidak lupa diri dan syukur kerana aku adalah aku...

dan dengan rasa kesyukuran ini, aku cuba untuk menjadikan aku seorang yang cekal dan tabah serta sabar atas segala ujian2 yg mendatang...
bantulah aku tuhanku, andainya aku tersungkur, andainya aku kecewa, andainya aku terluka, andainya aku terseksa, andainya aku alpa, andainya jiwaku kosong, bantulah aku untuk menjadi seorang insan yg sempurna.

ya tuhanku, bawalah pergi jauh sekiranya sesuatu itu bukan kepunyaanku, bawalah ia pergi sekiranya ianya hanya persinggahan...bawalah sebelum aku terleka dan semakin jauh....

ya tuhanku
syukur atas segala kebahagiaan, kesempurnaan yg aku miliki hingga kini. terima kasih tuhanku....atas segalanya.....

No comments: