Melayan karenah beberapa org yg masih baru adalah perkara yang paling malas aku nak layan.Apatah lagi bila mereka mula merasakan yang mereka begitu bagus dalam hal ni, sedangkan kalu nak dikirakan pengalaman antara mereka dan aku, rasanya jauh ketinggalan. Hanya yang cuma membezakan aku kerana tidak mempunyai segulung ijazah...hanya diploma yang mampu aku miliki hingga kini. kadang2 terlintas difikiran aku adakah kerana perbezaan pada segulung sijil itu membuatkan seseorang itu memandang tinggi ke atas tanpa memandang walau secebis ke bawah. walhal kejayaan seseorang itupun bermula dari yang bawahan seperti aku. Adakah menjadi seseorang yg di atas membuatkan mereka2 ni hanya mampu melihat saambil tersenyum dan goyang kaki yang hanya menunggu kredit dimasukkan ke dalam akaun setiap bulan?
Sungguh tidak adil. kerana wujudnya secalit warna hitam di dada membuatkan sesorang itu lupa pada dirinya, lupa pada janjinya, lupa pada asalnya dan lupa dengan segala-galanya.
Ya tuhan, andainya satu hari nanti aku mampu mengejarnya, Kau jauhilah aku dari bersikap seperti2 mereka yg bodoh dan berlagak pandai ini...sedangkan bukan mereka yang berusaha.Amin...
Tuhanku, hari ini aku diuji dengan mereka2 ini...mungkin kesabaran ini masih terkawal lagi...bagaimanakah dengan hari2 esok yang berlaku. Aduh...hidupku tidak diganggu selama ini..bila wujudnya pelakon tambahan di dalam pentasku...membuatkan aku benci dengan mereka2 ini yang berlagak angkuh dan sombong hanya kerana perbezaan pada segulung sijil.
Tuhanku, Kau bawalah mereka ini jauh dariku...kerna tak sanggup aku menjadi seorang yang kejam, seorang yang tiada kesabaran dan seorang yang hipokrit.
YA TUHANKU....kentalkan jiwaku dalam menempuhi hari2 esok....AMIN