Thursday, July 22, 2010

PENAT dan hilang penat






Hilang penat bila melihat keletah anak buah yang mencuit hati. Memiliki 2 orang anak buah yang mempunyai sikap dan perangai yang sangat berbeza. Gambar ni merupakan anak buah saya, mohd haris muqris & Mohd Haris Mursyid. eh tetiba menceritaka perihal anak buahkan. Kalaulah si abang, mohd haris muqris tahu yang saya meletakkan gambar adiknya mesti perasaan cemburunya semakin bertambah. Pejam celik dah umur 6 tahun si abang. cepat betul pembesaran mereka. si abang semakin menuju ke alam kanak-kanak dewasa yang adakalanya pemikiran dia semakin matang seperti orang dewasa. mana tidaknya semuanya adalah pengaruh dari tv dan rakan sebaya. tipulah kalau saya katakan tv bukan pengaruh utama. semuanya dapat dinilai dengan aktiviti si abang yang suka menonton tv dan wayang dan juga psp.em...budak2 sekarang.... jangan tak tau di ketika usianya 4 tahun saya dah membawanya menonton wayang. sehinggalah sekarang dia akan bertanya" bilalah acu nak bawak abang g tengok wayang?" budak2 sekarang memang tak sama dengan budak2 masa sezaman saya dahulu. si adik pula seorang yang sangat manja dan semua orang akan suka padanya kerana memiliki raut wajah yang lembut dan manis seperti bayi perempuan. mana tidaknya permainan utamanya adalah teddy bear yg diberi nama ahmad dan atan. so sweet. hilang penat saya bila bersama mereka.
kesimpulannya nak cerita hari ini stress tapi bila melihat adik dan abang punya pic hilang penat lelah untuk hari ini.

No comments: