Wednesday, May 13, 2009

tak pernah habis episod II

kerja2....
tak abis lagi kerja2 aku yang lain dah aku terima lagi 2 kerja lagi. adei, masa manalah aku nak dapat rehat dan bercuti ni. muka aku, rambut aku pun dah tak terurus dibuatnya. memikirkan dan membuat kerja2 aku yg tak abis lagi. episod 2 ni aku nak kongsi pasal aku dapat kerja baru bukan satu tapi 2.wakakakak bestnya hidup aku ni, agaknya idup tuk semata mata menerima kerja. jadi janganlah anda menunjukkan yg diri anda seorang yang best atau rajin2 membuat kerja. kalau tidak anda akan menjadi sebahagian daripada aku dan teman2 yg tak berhenti tuk bekerja. agaknya bila jantung aku dah berhenti barulah aku stop dari membuat kerja, tu pun aku terfikir sapalah yang nak buat kerja aku sebab aku tak wat serah tugas masa tu.wakakaka memang hampeh jawapan aku.

nak dipendekkan cerita aku kena siapkan 9 tugas dalam 1 masa yang sama dan terdekat giler. cam mana ek, sabtu sampai ahad ni aku bekerja juga tapi aku tak ada di KL sampai isnin. lokasinya tak perlulah aku jelaskan sebab sapalah yg nak amik tau kan. hahahaha.aku akan kongsi bila aku balik nanti.

ujan semakin lebat kat luar sana, dan faham2 lah keadaan d ofis aku masa ni, sejuk giler cam musim sejuk kat london plak.heheehhe
dan tuk pengetahuan korang aku dan seangkatan yg ada dah mula beku. sejuk2 gini perubahan yg ada kat aku pertamanya, kuku warna biru tak yah pakai pewarna, tangan aku jd kecut tak yah rendam ngan air lelama, mata aku jadi berat tak yah makan ubat tidur,dan perut aku akan bergema tandanya menanti air panas masuk ke dalamnya. huhuhu nak dijadikan cerita di sebelah aku sudah tersedia secawan milo panas tanpa gula yg menyelerakan.nyam2....nikmatnya
hilang sikit beban di kepala aku.

otak aku terfikir pula akan 2 anak ninja yg kat umah tu, mesti tertunggu tunggu aku balik. so sweet, bila aku bersama diorang aku rasa hepy sangat walaupun hanya untuk seketika bersama aku. yer lah bukan aku punya pun, apa pun thanks sebab bagi aku peluang untuk mengingati dan mengabadikan rasa rindu aku pada arwah senja dan mega. cuma yang lebih menyedihkan aku bila aku pergi bertugas di luar nanti, siapalah yang akan jaga diorang? aku tak pernah rasakan mereka menyusahkan aku, cuma org yang menyalah ertikan maksud aku.

huh sedih plak rasanya. untuk memberi kepercayaan dan kefahaman kepada seseorang manusia bukan sesuatu yang mudah dan berkesan. melainkan kalau seseorang itu mempunyai minda yg terbuka, kematangan dalam pelbagai aspek dan seorang yang penyabar dan bebas daripada ancaman anasir2 liar. manusia mudah untuk mengajar org lain untuk menjadi yg terbaik, tetapi hakikatnya apa yang dikongsikan tidak diterjemahkan dengan baik khasnya untuk diri mereka sendiri.

em apalah yg cuba aku sampaikan di sini, entahlah.apa yg terfikir tulah yg aku keluarkan. apa pun aku telah mencuba untuk menjadikan diri aku yang terbaik antara yang terbaik. cukuplah aku pernah menjadi seorang yang bodoh dalam membuat tindakan dan keputusan. mungkin ianya tidakkan berulang lagi dengan perancangan dan penelitian yang bersistem aku takkan jadi seperti dulu.

doaku pada petang asar yang dingin ni, agar aku berpeluang mencari masa tuk diri aku
sendiri. amin

No comments: