Wednesday, May 13, 2009

tak pernah habis

Semalam aku balik awal sedikit dari yang sebelumnya. agak pelik sedikit kerana jalanraya yang menjadi rutin laluan aku tak sesak seperti kebiasaannya. menerima cadangan teman2 untuk mencari tempat bagi mengisi kekosongan perut aku akhir2 ni yang semakin susah menerima makanan. selepas maghrib atau isyak baru we all akan keluar. seperti biasa aku akan wat apa2 yang patut, dan tunggu punya tunggu sampailah aku tertidur dan dikejutkan dengan panggilan. aku sendiri tak sedar aapa yang aku cakap dan aku kembali terlena. jam 4.30 pagi aku terjaga untuk mencari air,terasa kehausan dengan kepanasan cuaca sekarang ni. sempat juga aku capai tel bimbit dan tertera 1 msg telah masuk dan aku membukanya, hahahahha rupanya temanku memberi tahu tak jadi untuk keluar kerana keadaan tidak mengizinkan sebab kerja tak abis lagi. apa lagi aku menyambung semula lenaku sebelum terjaga jam 6.45 pagi.

dan untuk pagi ini, aku mengenakan sepasang kurung bertemakan kuning dan oren. em tak tau kenapa aku rasa nak pakai baju yg setelah lama aku simpan ni. mungkin faktor warna membuatkan kita akan ceria, tapi aku rasa biasa jer. tak tau apa yg berserabut kat otak aku sejak kebelakangan ini. perut aku berkeroncong untuk kesekian kalinya mintak diisikan sesuatu, jam menunjukkan ke angka 9 suku pagi, macam tak sempat tuk aku bersarapan. sehelai surat pangggilan meeting ada ditangan aku dan aku terpaksa melupakan seketika keroncong yang aku alami.

tuk tak tuk tak...keting....bunyi kasut aku menuju ke lif tuk pegi meeting. sampainya aku di sana, kosong, sunyi seperti tiada apa2 yang berlaku.
" kak, ada ke meeting pagi ni?" aku bertanya dengan muka aku yang sedikit kecewa.
" tunda jam dik, sebab pengerusi ada mesyuarat lain."

fuh dengan berkat kesabaran yang ada aku kembali semula ke lif, jangan tak tau aku merungut habis dah tau ada meeting, wat pelah diorang wat time yg sama. banyak lagi time yg ada.ntah lah, keroncong aku semakin bergema dan aku melangkahkan kaki aku ke floor yg menjadi tempat persinggahan aku untuk sarapan. sekadar tuk melapik perut, ok lah.

kembali semula ke bilik aku, otak aku mula menunjukkan kesemakan dengan paper2 yg ada di meja aku. aduh...semakin banyak dan banyak, tak tau aku nak mulakan yg mana. memang tak pernah abis...disebabkan kerja aku yg tak habis ni lah manusia disekeliling aku menjauhkan diri daripada aku. entahlah, memang susah nak menyakinkan mereka. terpulanglah untuk memahami ataupun tidak. dan aku tetap akan teruskan kerja yg tek pernah habis ni demi menggembirakan orang disekeliling aku. dan aku akan cuba mencari ruang untuk aku mencari diri aku semula.insyallah akan ada

No comments: