Saturday, June 27, 2009

kenegaraan yang mua dirasai

Baru2 ini aku telah dihantar ke Pahang untuk mengikuti kursus kenegaraan @ BTN. terus terang aku nyatakan bahawa aku sikitpun tidak berminat untuk memikirkan hal2 yang berkaitan politik. tapi apabila sudah wajib aku menghadirinya, ku pergi jugak. konvoi bersama sama rakan 6 kereta semuanya. sampai di sana, lipis, memang aku tidak menjangkakan indahnya ciptaan tuhan kerana aku berkursus di tempat yang dikelilingi dengan tumbuhan kehijauan yang menyegarkan. cuaca di sana tak dapatku pastikan berapa darjah, tapi yang nyata amat mendinginkan.

pengalaman pada hari pertama, aku diwajibkan untuk kembali ke zaman sekolah dimana wajib mengenakan kurung putih sezaman aku sekolah dulu beserta kain hitam dan yang paling penting menutup aurat. ayu juga aku sebenarnya. ahaks, memang menguji kesabaran dan keimanan ketika di sana. seperti biasa aku akan memilih katil yang paling hujung dan bawah sekali. disebabkan aku gayat jadi aku tak memilih untuk memilih katil atas. hehehhe.

seronok di sana kerana dapat jugak aku melupakan sedikit perihal kerja2 aku yang sentiasa mengejar dan menanti aku. tidur memang tidak lena, tetapi aku gembira kerana dapat bersama rakan2 dari pelbagai bidang yang amat berbeza. pagi2 lagi kami dah dikejutkan untuk berjemaah...ya tuhan....indahnya pagi tu...terasa seperti aku tidak mahu untuk kembali ke kuala lumpur. keindahan yang tida di KL.

selepas solat subuh seperti biasa akan ada tazkirah dalam 15 minit dan selepas itu kami akan bergegas untuk menyiapkan diri untuk berkawad. memang mendisiplinkan diri, aku suka sangat. susah sungguh nak nampak matahari di atas kepala, cuacanya memang mampu membuatkan sesiapa saja akan terlena.

Banyak proses2 yang kami pelajari di sana. khususnya untuk menguji aku sebagai seorang penjawat awam. semakin berada di sana semakin aku didekatkan dengan sejarah2 negaraku Malaysia DAN AKU BENAR2 KAGUM DAN BERSYUKUR YANG AKU HIDUP DI BUMI MALAYSIA.

tidak dinafikan sejak akhir2 ini, isu politik menjadi igauan, bualan, rimasan dan sebagainya. isu yang tak pernah abis2. aku jugak sering rimas dengan apa yang berlaku pada masa ini dan hendak juga rasanya tuk melarikan diri dari semua ni.pindah negara?

tidak sama sekali, aku mula menjadi semakin sayang dan cintakan negara aku. untung juga aku pergi ke kursus ni, barulah aku rasai keperitan mereka2 yang terdahulu yang berjuan habis2an untuk mencapai kemerdekaan negara. baru aku tahu apa tujuan politik itu semua. POLITIK sebenarnya adalah tidak kotor, apa yang jelasnya pembawakan seseorang itu yg mementingkan diri sendiri membuatkan ianya menjadi kotor.

terasa rendahnya diri aku di sana kerana kekurangan pengetahuan mengenai sejarah negara aku sendiri. malunya aku rasa kerana aku hidup di negaraku Malaysia tetapi sejarah kewujudannya, kesedihannya, kegembiraannya, pejuangannya tidak aku tahu sepenuhnya. ya tuhan terasa kerdilnya aku ketika itu. ditambah pula usia aku yang mencecah 25 tahun tetapi masih tidak menjalankan tugas sebagai rakyat iaitu mendaftarkan diri untuk SPR.

aku sedih sangat, bila di sana barulah mata aku terbuka seluas-luasnya....pejuang2 kita dahulu berjuang bermati-matian untuk mencapai kemerdekaan negara tetapi masyarakat kita sekarang, bukan mahu membantu sebaliknya berperang sesama sendiri semata -mata tuk mencapai kepuasan diri sendiri. sehinggakan ada yang sanggup menjual aset negara kepada negara lain. sedihnya. aku menangis lagi, tuanku abd rahman,tun hussien onn, tun abd razak yg ketika itu berjuang habis2an untuk mencapai kemerdekaan pada tanah melayu....tapi sekarang semuanya macam tak dihargai....tun mahathir, pak lah n najib turut meneruskan misi yang sama untuk negara ini. tetapi tetap dipertikaikan.

isu2 perkauman mula dipertikaikan, isu2 raja2 mula dipersoalkan, bahasa melayu mula dipincangkan.kenapa? kenapa pelembagaan persekutuan diwujudkan? kenapa? untuk siapa? fikirkan dulu sebelum membuat anasir2 bodoh. aku sakit hati aku kecewa, kecewa dengan masyarakat di Malaysia yang terlalu bodoh dan selfish dalam membuat sebarang tindakan.

dunia semakin kalut dengan pekara2 yg macam2 yang dah tak terbendung. bila aku melihat visual kejadia 13 mei 1946, perasaan takut mula menyelubungi aku. ntah kenapa bila kejadian perhimpunan hindraf dr jalan ampang, kg.baru,jln.tun razak, membuatkan aku semakin takut kerana kejadian itu seperti kejadian yg sama berlaku pada 13 mei.

Ya Allah, Kau lindungilah Negaraku dan Masyarakatnya dari ancaman2 kotor yang semakin menghampiri kami. jauhkanlah kami dari sebarang musibah dan bencana dan selamatkanlah negaraku MALAYSIA. aku bangga menjadi rakyat Malaysia. Insyallah aku akan meneruskan perjuangan2 demi negaraku Malaysia

bila aku memikirkan semula benda2 ni, kita yang mudalah yang patut menyambung perjuangan2 mereka yang terdahulu. kitalah yang patut menjaga negara kita, kitalah yang patut mengharmonikan negara kita, kitalah yang patut mewarnai negara kita dengan keamanan. dan kitalah PENYAMBUNG WARISAN.

No comments: