Wednesday, January 19, 2011

kisah saya




malam semalam saya benar2 gembira, kalau dahulu saya sentiasa ditemani dengan sahabat saya ini, tapi bila keadaan dan kerjaya telah memisahkan kami dalam mencari haluan hidup dengan sendiri. malam tadi kami sama2 melepaskan kerinduan, untung juga memiliki teknologi yang canggih. berhubung menggunanakan YM adalah paling mudah dan menjimatkan saya. hampir 3 jam saya bersama dia, macam2 story seperti dah lama saya tidak berjumpa. kalu nak diikutkan awal januari baru saja saya berjumpanya tapi keadaan dan masa ketika itu tidak mengizinkan saya untuk berborak lama dengannya. saya tahu dia pun menrindui saya. huh, inilah susahnya kalau kita dah sayangkan seseorang dan hubungan itu, makin jauh kita dipisahkan makin semangat rindu membara. mungkin kalau dia sudah berkahwin mungkin sedikit demi sedikit hubungan ini akan berubah. oh itu yang saya takutkan dan harap kami masih seperti dulu. saya susah untuk mempunyai teman yang rapat, tapi berbeza dengan dia, yang mudah untuk dibawa runding dan sangat selesa. 3 jam berbual terasa sangat singkat masa berlalu, daripada posisi meniarap sampai ke mengiring sampai ke duduk dan samapai ke berjalan2 i dalam rumah sambil memegang notebook. memang lucu bila mengingati setiap perbualan kami. dia masih seperti dulu, masih tetap terlena di depan tv, masa tetap melepaskan rambutnya yg mengurai menutup mata, masih kekal bersama baju tidur orennya dan masih kekal dengan hidungnya yg selesema dan masih kekal dengan mata pitingnya dan masih kekal dengan senyuman dan ketawanya. oh tuhan rindu pula pada wanita ini, bila bertemu tak pula saya rasa ingin berdakap erat dengannya, tapi hati ini masih berkata ya saya sayang dia. wanita yang cekal dan adakalanya sensitif dan tetap dengan kenakalannya. bila bertemu, hobi nakal kami tetap sama, tapi bila dah tak bersama kenakalan itu yang menggembirakan saya dan membuatkan saya mengingatinya.

sahabat saya ini sudah mula pindah di rumah barunya, nampak agak selesa kerana kelengkapan rumahnya semakin bertambah dan bersesuaian dengannya yang bakal mengakhiri zaman bujangnya. saya sedih? rasanya tidak, saya nampak sedih tapi saya gembira kerana dia bahagia. apa yang saya mahu adalah kegembiraan buat dia kerana saya tak mahu dia terluka atau dikecewakan lagi. jam hampir menunjukkan ke angka 3 pagi. rasa berat hati saya neak menamatkan perbualan kami ini. 3 suku pagi saya menamatkan perbualan dan melenakan diri dengan senyuman kepuasan.

lagu diradio malam tadi benar2 menghanyutkan saya dan saya terjaga jam 11pagi. ya tuhan melompat saya dibuatnya kerana ada perkara dipejabat yang perlu diselesaikan. mujur saya segera menghubungi rakan saya yang merangkap bos melalui sms jer...nasib dia memahami. terniat juga mahu je amik cuti tapi saya agak bosan tuk cuti sedangkan kerja masih belum selesai. nah akhirnya sampai juga ke pejabat berbekalkan sebungkus nasi untuk disantap bagi sarapan pagi,tengahari dan malam....huhuhu itulah rutin sejak bujang dari bulan 6 2010 sehinggalah sekarang masih belum ada rakan serumah lagi. kalau ada yang mahu serumah bersama saya mungkin saya akan buat audition kot...hahahha alamatnya takkan adalah jawapan untuk itu kerana saya agak memilih orangnya. siapa juga akan buat perkara yang sama seperti saya. mencari rakan serumah sama juga ibarat mencari pasangan hidup.

No comments: