Sunday, January 23, 2011

manalah yang selesa


mencari tempat yang selesa untuk bersantai dan dengan budjet yang sedia ada. dan akhirnya hari ini masih lagi sendirian. menguruskan perkara rutin seperti biasa sudah pun selesai dan masanya untuk mengisi perut yang kosong sejak semalam. biasalah perasaan bila menjamu selera sorang2 macam ni adalah perkara paling tak seronok dirasakan.

sms dari rakan mempelawa untuk keluar makan tengahari ditolak kerana mood dalam ketika itu dalam keadaan malas apatah lagi tekak yang masih dikuasi rasa kapur semalam. sms dari teman abadi juga tidak mengizinkan untuk keluar bersama kerana ada kerja yang perlu dilaksanakan. akhirnya saya menjamu selera dengan bersendirian bertemankan notebook peribadi yang menjadi teman dikala kebosanan. ini saja yang mampu menghiburkan saya. em menu hari ini segelas cham coffee bersama nasi,ayam hancur dan telur sebutir. alhamdulillah ini rezeki saya untuk hari ini dan akan bertahan sehingga ke pagi esok. mudah-mudahan hendaknya.

kalau nak diberitahu memang malu rasanya, tapi ini yang saya cuba lakukan untuk salah satu azam tahun ni. ya saya tahu azam ni boleh dikatakan setiap tahun ada di dalam list saya. tapi saya akan cuba juga untuk tahun ini, nah hasilnya saya telah berjaya menurunkan berat badan saya.walaupun 2kg sahaja turun tapi itu cukup membanggakan saya kerana susah untuk menurunkan 1 kg sebelum ini. moga usaha saya bagi tahun ini akan berjaya.

oh mood makan saya terganggu, dalam kedai yang sebegini selesa dan penghawa dingin dan tertutup ada pula lah seekor langau yang tersesat barangkali cuba untuk mencari mangsa yang seterusnya em...sapalah punya pemiliknya. dan ini adalah kali kedua saya didatangi dengan situasi begini. dulu arwah atuk pernah cerita, berhati-hati dengan keadaan yang macam ni, takut kalau2 ada yang irihati dan tak suka pada kita, macam2 dia boleh buat. sama ada dengan cara kasar mahupun dengan cara halus. oh moga2 semua ini disimpangkan. yang peliknya kenapa meja saya sahaja yang ada,ish ni yang buat saya dalam keadaan musykil. selera saya terbantut dan tak dapat menjamah lagi makanan saya kerana telah dihurungi dengan langau itu. saya rasa perlu berhati hati kerana perka begini turut pernah dialami oleh rakan baik saya juga. ya memang kalau sesiapa dengar memang tidak akan mempercayainya, tapi kami memang dah berada di dalam situasi itu dan sehinggalah sekarang rakan saya masih diganggui dengan dia yang kami panggil MAT LAMPIR. tuhan saja yang akan membalas akan perbuatan MAT LAMPIR tersebut.

pokoknya sekarang milik siapakah empunya langau yang menggangu saya? argh malas mahu memikirkannya kau makanlah nasi saya tu,saya sanggup tak makan pun tak apa. sapalah yang busuk hati ni. em rasa saya masih kuat mengatakan ya ada tuan yang hantar, sama ada untuk org yang sebelumnya duduk di kerusi yang saya duduk atau pun untuk saya. UNTUK SAYA?ishhhhh minta2 lah bukan.

sedutan minuman yang terakhir telahpun selesai tapi saya masih tidak mahu meninggalkan tempat ini. em mungkin saya perlu cari tempat lain yang mungkin lagi selesa. alamak budjet makin kurang...em.......macam manalah?

No comments: