Wednesday, April 13, 2011

hanya jurnal-1

"dan kehidupan ini adalah hanya permainan dan senda gurau. sedangkan akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertakwa". kadang-kadang kita tak pernah sedar dengan apa yang kita lakukan. kita rasa apa yang kita laksanakan atau lakukan adalah betul dan hanya gurauan semata-mata. tapi dek kerana gurauan itulah tanpa kita sedari telah membuatkan orang yang kita guraukan itu terasa. tahukah apa akibatnya bila kita mengguriskan perasaan seseorang itu?carilah, baru kamu akan faham apakah ia. kiranya sekali ia berlaku ini mungkin tiada apa-apa. tapi jika ianya kerap berlaku ia akan menjadi sesuatu yang mungkin kamu akan kehilangan ia.

"kirimkan rasa kesabaran dan rasa kekentalan". dia hanya datang bila dia hanya benar2 memerlukan kamu dan juga dia benar2 rasa kesunyian. tetapi bilaman dia mempunyai teman dia tidak akan menoleh kepadamu, bilamana ruang masanya terisi dia tidak akan terfikirkan pun perihal kamu. tapi bila dia dalam keadaan sedih, dalam keadaan keseorangan, dalam masanya terisi kekosongan barulah dia akan mengingati kamu. jadi apalah tempat kamu sebenarnya di sisi dia. apakah hanya persinggahan sementara? atau adakah sebenarnya dia masih keliru dengan siapa diri dia yang sebenarnya dan siapakah kamu dalam hidupnya?

"jangan menatap ke dalam matanya bila apa yang kau lakukan hanya pembohongan"
kamu begitu berani membohongi diri mereka, tetapi kamu takkan berani membohongi diri kamu sendiri. kamu rasa keputusan kamu adalah terbaik untuk segalanya, dalam masa yang sama kamu tak sedari kamu telah mengguriskan hatinya. mungkin kamu rasa tindakan kamu ini baik untuk kamu dan baik untuk dirinya. lantas kamu tak memikirkan apakah kesudahannya. mengeluarkan kata-kata haruslah difikirkan menggunakan akal dan fikiran yang waras, bukan hanya tindakan bodoh semata-mata. kamu dilahirkan untuk menjadi pemikir yang bijak dan berjaya, bukannya menjadi seorang pemikir yang sempit dan kosong otaknya. jangan melakukan pembohongan jika itu bukan diri kamu.

kamu pergi dan kamu diamkan diri untuk melenturkan perasaan kamu, sedangkan pada dia yang kamu tinggalkan dalam seketika masa itu, kamu tidak pernah memikirkan apakah yang berlaku padanya. boleh ini dikatakan yang kamu sangat mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan perasaan orang yang lain. membuat keputusan tanpa memikirkan apakah musibah atau kesudahannya. dalam tempoh dia ditinggalkan adakah kamu pernah memikirkannya dan adakah pernah kamu bertanyakan padanya? kamu suka pergi dan kamu kembali tanpa memikirkan apa yang telah kamu lakukan. adakah ini terbaik kamu rasakan yang kamu lakukan?

"kedewasaan". carilah apa itu sifat2 kedewasaan, carilah apa itu nilaian sifat keegoan, carilah apa sifat sayang dan menyayangi, dan carilah apa istilah menghargai.

"mencari kesempatan waktu yang kerana kita memang tak punya waktu"

Perbaikilah agamaku, urusanku, dan perbaikilah duniaku yang menjadi tempat hidupku, dan perbaikilah akhiratku yang menjadi tempat kembaliku. Ya tuhanku, jadikanlah hidup ini sebagai tambahan kebaikan untukku, dan jadikanlah kematian sebagai istirehatku dari segala kejahatan.

Ya Tuhanku, bantulah aku,dan janganlah Engkau biarkan. Berikanlah kejayaan untukku, keluargaku,dia cintaku, dan janganlah Engkau kalahkan. Tunjukkanlah aku, dan mudahkanlah aku untuk menuju jalan yang benar.

No comments: