Monday, April 18, 2011

hanya jurnal-3

berkorban adakalanya perlu,apatah lagi untuk orang yang kita sayang. dalam beberapa tahun ini alhamdulillah saya mencuba untuk membantu orang2 yang saya sayang untuk berjaya mencari masa hadapan yang insyallah menjanjikan yang terbaik. saya katakan pada mereka, saya hanya membantu mana2 yang perlu selebihnya bergantung kepada mereka sendiri, yang sering saya ingatkan doa, usaha dan tawakal. seorang yang saya sayang telahpun berjaya dengan berkat semangat dan kekuatannya dalam meneruskan kerjaya seninya, insyallah peluang yang seterusnya akan sentiasa dia miliki antara cepat dan lambat sahaja. seorang lagi yang saya sayang juga, adalah sangat rumit untuk memahaminya walaupun saya dan dia dibesarkan dalam jarak yang tak jauh bezanya. dia memang susah untuk berkongsi segala perihal tentang dirinya. sehinggalah perihal melibatkan kerjayalah baru dia mula berkongsi dengan saya. saya cuba membantu sedaya upaya, dan dia juga pernah rasa putus asa, memang susah juga untuk memulihkan semangat bila perasaan itu sudah hilang. alhamdulillah berkat kesabaran dia menerima juga pandangan dan bantuan saya. tak sabar juga untuk saya menunggu dia berjaya dalam bidang perubatan,4 bulan itu tersangatlah lamanya. dalam tempoh itu jugalah saya perlu bersungguh-sungguh untuk membantu sedaya upaya saya. jadi bermulalah rutin untuk saya membuat apa saja peluang yang ada dihadapan mata untuk membantu mereka2 yang saya sayang.

dua orang yang saya sayang, pertamanya sudah hampir berjaya dan yang kedua baru untuk mengatur langkah seterusnya. Insyallah rezeki akan sentiasa ada untuk kamu berdua. dan doa saya agar kamu berdua kekal untuk terus berusaha dan terus untuk sayangkan saya. muga yang terbaik buat kalian berdua. kesabaran penting di dalam setiap apa yang kamu lakukan begitu juga saya. muga sifat kesabaran itu dikuatkan sepenuhnya di dalam diri kita. muga terbaik buat chenta hati, mr.ad n yang terbaik buat my big brother, mr.muk. dan saya akan sentiasa menjadi tulang belakang kamu berdua..

hanya doakan kesempurnaan kesihatan saya supaya saya akan kekal menjadi tulang belakang kalian untuk terus berjaya. saya takkan minta balasan kerana mungkin tuhan telah menghantar saya untuk membantu dan bersama kalian. all the best, ingat walau saya jauh walau saya jarang bersama kamu, saya sentiasa ada untuk kamu.

No comments: