Monday, April 11, 2011

hanya jurnal

minggu yg betul2 memenatkan semuanya. mata,otak,hati dan semuanya. mahu saja memjamkan mata untuk seketika, dan otak tanpa memikirkan apa2,tapi bagaimana pula dengan hati. oh, 2011 benar2 menguji saya. tapi rasa putus asa tak pernah wujud dala diri sebaliknya semangat dan kekuatan yang membantu untuk segalanya. meminta petunjuk dari sang pencipta, laluan itu juga yangku lihat. kenapalah dan mengapa?

bila ganjakan umur makin bergerak, saya sudah tiada rasa untuk menjadi remaja seperti satu ketika dulu. pada saya kehidupan sebagai remaja akan berakhir bila sampai waktunya. tapi bagi sesetengah dikalangan mereka, sentiasa berangan dan terus mengulit mimpi untuk menjadi remaja selamanya. saya juga tak segahairah untuk mengekalkan zaman remaja, ya saya dah makin dewasa. dan kerana dek kedewasaan inilah membuatkan ada dikalangan mereka2 yang tidak menyukainya. dan maaf memang sukar untuk menjadikan diri sebagai yang hipokrit.

dahulu saya memang mempunyai ramai kawan dan sangat ramai. tapi dikalangan yang ramai itu bukan tentu semuanya memahami apa erti sebuah perhubungan persahabatan. apatah lagi hidup dizaman ini, takkan ada yang tahu apa erti nilai persahabatan yang sebenar. sahabat dia akan berkongsi segala duka dan juga manisnya bersama,sahabat jugalah yang akan memujuk ketika bersedih, sahabatlah juga yang akan membantu membuatkan kita ketawa, sahabatlah juga yang akan turut sama membantu bila kita senang dan sahabat jugalah yang sama2 membantu untuk sama2 berjaya dan sahabatlah salah seorang yang akan sama membantu mendoakan yang terbaik buat kita. susah nak mencari sahabat yang betul2 menghargai kita. bila dah kehilangan kebiasaannya barulah kita akan benar2 mengingati akan kehadiran sahabat kita satu ketika dulu.

kejayaan seseorang itu terletak dengan melihat siapakah disekeliling kita. siapakah yang membantu menjadi tulang belakang kita untuk ke hadapan. dan kejayaan itu juga ada daripada hasil doa, usaha dan tawakal. dan kejayaan itu takkan berhasil kalau kita tidak mempunyai niat yang sebenar. alhamdulillah kejayaan sehingga kini adalah merupakan doa dan juga sokongan daripada mereka2 yang berada disekeliling saya. terima kasih

mereka berkata tahniah dengan apa yang saya miliki. hanya mampu berkata alhamdulillah. diluaran saya mampu tersenyum dan mereka melihat saya gembira. tapi dalaman saya tiada pun senyuman yang pernah satu ketika saya miliki. penat juga menjadi pelakon ini ssebenarnya. kadang kala saya tak mampu untuk berdiri dan terus menjadi pelakon sedangkan jiwa saya memberontak untuk tidak menjadi hipokrit. menjadi dek nak menjadi pelakonlah kadang kala diri sendiri seringkali ditipu, seringkali menjadi tempat untuk mereka2 melepaskan kemarahan, melepaskan kekesalan,melepaskan rasa keegoaan dan sebagainya. adakah ini yang seharusnya berlaku?

saya punya teman baik, bluhipo,tikus mondok dan tupai nyot2. kelakar sangat nama mereka. memang teman baik, tapi tak semuanya boleh untuk saya berkongsi rasa suka, rasa duka, rasa marah dan sebagainya. mereka memang baik dengan saya. banyak masa2 kosong saya yang telah diisi oleh mereka. rasa bersalah kerana membuatkan mereka sentiasa merisaui saya. rasa bersalah kerana membuatkan mereka mengambil berat akan saya. dan sekarang, saya tak mahu membiarkan mereka memikirkan perihal saya kerana masing2 sudah mempunyai komitmen sendiri. alhamdulillah. saya bahagia melihat teman saya bertiga ini bahagia. dan sekarang hanya tinggal saya seorang yang menghuni rumah lama itu setelah si tupai meninggalkan saya dan menemui kebahagiaan di sana. alhamdulillah. kebahagiaan milik teman saya. komitmen yang baru dimilikinya membuatkan saya semakin jauh dengan dia, kerana dia yang lebih rapat dengan saya. berbeza dengan bluhipo, komitmennya sangat tinggi bersama keluarga. kadang kala kesian pun ada melihatnya yang tidak mengcukupi masa untuk diri sendiri..apatah lagi masa untuk saya. perihal tikus mondok adalah berbeza kerana dia adalah seorang lelaki yang juga seorang abang buat saya. sentiasa bersama dengan saya memandangkan perjalanan untuk bertugas dan juga agenda kerja sentiasa melibat saya dan juga abang saya ini. kadang2 membuatkan pertanyaan apakah hubungan kami sebenarnya? cukuplah saya katakan disana sekadar teman sekerja juga abang di dalam hubungan kami berempat beradik. mereka2 takkan memahami apakah yang berlaku diantara kami berempat, kerana di dalam fikiran mereka hanya ke arah yang negatif semata mata.

rumah lama masih semakin sunyi bila mana penghuni itu hanya saya seorang yang menemaninya. saya cuba untuk memeriahkan suasana tapi masih sama. dari ramai penghuninya yang macam2 karenah tinggallah saya dan rumah lama yang sama2 memikul rasa sedih dan gembira bersama sama.

saya tak tahu apa yang nak dikatakan lagi, kalau berkesempatan saya ingin menerbitkan buku pertama yang ditulis oleh saya. pengkisahan diri salvadore yang saya rasa perlu dibukukan untuk sebagai kenangan yang terindah buat saya suatu hari nanti. juga menunggu buku dari bluhipo bilakah akan disiapkan entahlah tak pasti. insyallah pasti satu hari buku saya akan dicetak. kalau tidak secara rasmi, saya akan cetakkan juga. itu kenangan yang terindah pernah saya miliki sehingga umur saya kini. terima kasih pada mereka2 yang pernah membuatkan saya ketawa, gembira, sedih dan menangis bersama. maaf kerana anda semua merupakan sebahagian daripada watak yang dipinjamkan didalam pengkisahan salvadore.

saya benar2 sangat gembira. terima kasih kerana memberi saya rasa semua rasa yang ada. alhamdulillah kedewasaan ini semakin dewasa. semakin menjadikan saya matang. alhamdulillah.

No comments: