Monday, February 23, 2009

Kemuncak ASN


Inilah acara kemuncak Anugerah Seni Negara. Acara ini telah diadakan pada 18 Februari 2009 yang lalu bertempat di hotel Shangri-la Kuala Lumpur. Program ini merupakan Majlis Penganugerahan Seniman Negara yang ke-8. Beberapa anugerah turut diberi kepada penggiat2 seni tanahair iaitu Anugerah Bakat Muda, Anugerah Pendukung Seni, Anugerah Karyawan Seni dan ANUGERAH SENIMAN NEGARA KE-8. Tetamu Kehormat yang hadir iaitu SPB Yang di Pertua Agong dan SPB Raja Permaisuri Agong, YB Menteri KPKKW dan Isteri, dan YB Senator Tan Sri Datuk Dr. Jin Shamsudin serta tetamu2 jemputan yg lain.Turut menampilkan persembahan2 yg menarik khususnya mengenai penerima anugerah2 seniman yg lepas. Suatu persembahan yg unik dan menarik tutut ditampilkan juga persembahan khas iaitu persembahan daripada Dato' Sarimah yang berganding dengan rakan seperjuangannya yang merupakan penerima Anugerah Seniman Negara ke-8 iaitu YB Senator Tan Sri Datuk Dr. Jin Shamsudin. Suatu persembahan yang membuatkan tetamu terhibur dan tersenyum dalam tangisan kegembiraan.Tahniah juga kepada penerima2 anugerah yang lain yang tidak dapat saya sebutkan satu persatu.

No comments: